CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Antarabangsa Lihat artikel

Isteri Meninggal Akibat Tsunami, Kini Ifan Seventeen Dah Ada Kekasih

2-12-2020 11:33 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7323| Komen: 26

Description: Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami di Tanjung Lesung sekitar hampir dua tahun lalu kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih.
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami di Tanjung Lesung sekitar hampir dua tahun lalu kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih.


Wanita yang berjaya membuka semula hati Ifan untuk kembali memupuk cinta adalah bekas teman sekolahnya, Citra Monica.


Foto: IG

Citra Monica juga adalah wanita yang pernah 'ditangkap basah' bersama Irfan dalam sebuah apartment tahun lalu oleh suaminya sendiri.

Namun, waktu itu, baik Ifan atau Citra keduanya menafikan mereka menjalin hubungan cinta. Citra juga menolak dakwaan dirinya curang terhadap suaminya pada waktu itu.

Meski demikian, Ifan kini tidak berselindung dia dan Citra mula menjadi hubungan lebih serius selepas tragedi 'ditangkap basah' tersebut.




"Kalau boleh saya katakan, kami menjadi lebih rapat selepas tragedi 'penangkapan' tersebut," kata Ifan saat ditemui media Indonesia termasuk Gempak Indonesia Isnin lalu.

Ifan kemudian menceritakan, sebagai kawan, dia mengetahui Citra merupakan isteri orang. Namun setelah dirinya dan wanita tersebut 'ditangkap', dia berpendapat bahawa rumah tangga Citra memang bermasalah sehingga mereka akhirnya rasmi bercerai.

"Kami memang bersahabat sejak sekolah menengah dan setahu saya rumah tangga dia baik baik saja. Sehingga tiba tiba kami ditangkap, saya sedar ada yang tak kena dengan rumah tangganya," ujar Ifan.


Kini setelah Citra menjanda dan dia juga berstatus duda, Ifan mengaku wanita tersebut menjadi penyembuh luka ditinggal mati oleh isterinya.

"Hampir dua tahun saya tidak punya siapa siapa untuk berkongsi cerita. Ya, Citra Monica membantu menyembuhkan luka saya. Pastinya ini untuk serius (hubungan)," akui Ifan.


Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, lelaki dengan nama sebenar Riefian Fajarsyah ini memutuskan untuk menjalani karier seninya secara solo selepas kehilangan semua anggota Seventeen dalam tragedi Tsunami pada 2018 silam saat mereka sedang beraksi di atas pentas. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote NazRysha 2-12-2020 11:11 AM
rasa mcm baru lagi tsunami tg lesung tu
dah 2 tahun rupanya
Quote CARI-MRO 2-12-2020 11:33 AM
Vokalis kumpulan Seventeen, Ifan yang kehilangan isterinya, Dylan Sahara dalam tragedi tsunami di Tanjung Lesung sekitar hampir dua tahun lalu kini dikhabarkan sudah mempunyai kekasih.


Wanita yang berjaya membuka semula hati Ifan untuk kembali memupuk cinta adalah bekas teman sekolahnya, Citra Monica.




Foto: IG




Citra Monica juga adalah wanita yang pernah 'ditangkap basah' bersama Irfan dalam sebuah apartment tahun lalu oleh suaminya sendiri.


Namun, waktu itu, baik Ifan atau Citra keduanya menafikan mereka menjalin hubungan cinta. Citra juga menolak dakwaan dirinya curang terhadap suaminya pada waktu itu.


Meski demikian, Ifan kini tidak berselindung dia dan Citra mula menjadi hubungan lebih serius selepas tragedi 'ditangkap basah' tersebut.




[ig]https://www.instagram.com/p/CHEwCiHJBC-/[/ig]



"Kalau boleh saya katakan, kami menjadi lebih rapat selepas tragedi 'penangkapan' tersebut," kata Ifan saat ditemui media Indonesia termasuk Gempak Indonesia Isnin lalu.


Ifan kemudian menceritakan, sebagai kawan, dia mengetahui Citra merupakan isteri orang. Namun setelah dirinya dan wanita tersebut 'ditangkap', dia berpendapat bahawa rumah tangga Citra memang bermasalah sehingga mereka akhirnya rasmi bercerai.


"Kami memang bersahabat sejak sekolah menengah dan setahu saya rumah tangga dia baik baik saja. Sehingga tiba tiba kami ditangkap, saya sedar ada yang tak kena dengan rumah tangganya," ujar Ifan.


[ig]https://www.instagram.com/p/CFWDRxWjxbB/[/ig]



Kini setelah Citra menjanda dan dia juga berstatus duda, Ifan mengaku wanita tersebut menjadi penyembuh luka ditinggal mati oleh isterinya.


"Hampir dua tahun saya tidak punya siapa siapa untuk berkongsi cerita. Ya, Citra Monica membantu menyembuhkan luka saya. Pastinya ini untuk serius (hubungan)," akui Ifan.


[ig]https://www.instagram.com/p/CFhF8gkFn9r/[/ig]



Sementara itu dalam perkembangan terbaharu, lelaki dengan nama sebenar Riefian Fajarsyah ini memutuskan untuk menjalani karier seninya secara solo selepas kehilangan semua anggota Seventeen dalam tragedi Tsunami pada 2018 silam saat mereka sedang beraksi di atas pentas. -CARI


Sumber: Gempak
Quote miszclassique 2-12-2020 11:35 AM
Sekufu sangat, tahniah lah ye...mmg takboleh brain dia punya lakonan sedih2 kt netizen, sekali kena tangkap basah
Quote mamajawie 2-12-2020 11:50 AM
cehhhhhhhh....sape yg beria sedeyhh untuk si ipan ni?rupanya ada skandel sampai kena tangkap basah ngan somi skandel..dasar boye versi ummah manuskrip kuno
Quote Addrianna 2-12-2020 11:55 AM
editor ni tak reti baca ke?dah ada thread pasal ni lah.ayo
Quote Addrianna 2-12-2020 11:59 AM
kalau begitu jalan ceritanya semoga berbahagia
Quote alieyrina 2-12-2020 12:01 PM
Aku ingat group kpop 17 tu..cehh
Quote kaoru44 2-12-2020 12:01 PM
Aritu mmg nmpk sedih sgt..xlama tu dgr cter tngkap basah..
Tp ye la hdup kena teruskan jgk..
Quote whadda 2-12-2020 12:11 PM
aik kejap je dah ade pengganti
Quote husna_amal 2-12-2020 12:47 PM
Rasa macam yakin dia bersalah masa kantoi tangkap basah dengan isteri orang. Sekali lepas perempuan tu bercerai sambung balik jalin kasih.
Quote gummiebear 2-12-2020 01:10 PM
Dah selalu sangat iols baca kalau yang beria2 sedih masa laki/bini meninggal, tak lama lepas tu mesti cepat jah bertemu pengganti. Kalau tengokkan kesedihan tu ala2 takkan cari pengganti dah sampai mati
Quote RatuDunia94 2-12-2020 01:12 PM
Biarlah heols nk ada gf pun.. x kan nk bersedih je x move on..
Quote exclusive_vvip 2-12-2020 01:22 PM
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:12 PM
Biarlah heols nk ada gf pun.. x kan nk bersedih je x move on..

I setuju..walaupun bukan peminat ifan ni,kenal pun lepas tragedi tsunami tu..tapi biarlah dia nak move on..in fact, I don’t judge mana2 insan di muka bumi ni nak cari pengganti pasangan yg dah meninggal..kita xtau apa yg diorg hadap @ rasa tetiap hari kan..tambah2 la yg kehilangan org tersayang sebelum umo 70-an ni..panjang lagi perjalanan..
Quote beatgirlX 2-12-2020 08:17 PM
All the best
Quote fuyupoktek 2-12-2020 11:22 PM
Kdg mmg kena ada org lain utk menyembuh luka di hati aaagitew
Quote Artemesiaa 3-12-2020 03:58 PM
Dah ramai expect dia bakal segera dapat pengganti
Quote ctamira 4-12-2020 12:48 PM
harus la cepat cari pengganti..bil air tertunggak lama dah wei
Quote WandaMi 4-12-2020 01:49 PM
iddah wanita kematian suami pn beberapa bulan je, biarlah dia nak move on.. tp yg tak best kes tgkap basah tu je lah
Quote inspektoremos21 4-12-2020 11:25 PM
Si budak ifan ni memang dari dulu lagi suka berskandal sana sini. Masa jadi laki org pun dok sibuk menggatal dgn perempuan lain. Dalam band seventeen tu dia la yg yg banyak kontroversi. Masa kes tsunami tu iols mcm terdetik dlm hati yg tuhan selamat kan dia supaya dia sempat bertaubat. Gituh sangkaan iols

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 08:52 AM GMT+8 , Processed in 0.217265 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top