CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tidak Berniat Bolot Harta Anak, AR Badul Hanya Mahu Hak Sebagai Bapa

2-12-2020 02:01 AM| Diterbitkan: CARI-HBZ| Dilihat: 9144| Komen: 51

Description: Selepas lebih setahun anaknya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran AR Badul mengakui hubungannya dengan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu ra ...



Selepas lebih setahun anaknya meninggal dunia dalam kejadian pilu akibat tertembak, pelakon dan pelawak veteran AR Badul mengakui hubungannya dengan Allahyarham Mejar Mohd Zahir Armaya tidak begitu rapat.

Namun, dia kecewa apabila hubungan renggang antara dia dan arwah dijadikan sebagai alasan haknya sebagai bapa dinafikan sehingga dia tidak menerima apa-apa pampasan daripada peninggalan harta anak lelakinya.

“Apabila terjadi perkara begini (kematian anak), pihak bekas isteri mengatakan saya tidak ambil tahu tentang anak. Tapi saya bapa dia..

“Pihak ATM (Angkatan Tentera Malaysia) juga tak beri apa-apa kepada saya, katanya saya tidak layak. Malah, insurans pun kata saya tak layak,” katanya.

Tidak berniat untuk membolot harta peninggalan arwah, Badul sebaliknya berkata, hanya sekadar mahu kewujudannya sebagai bapa kandung diberi perhatian dan haknya sebagai seorang bapa.


Loading FB Post...

“Bukan nak duit tu, tapi hak saya. Hasil sumbangan orang tu saya tak kisah, itu hak dia. Tapi berkaitan hak ayah. Macam disekat, konon saya tak ambil tahu pasal anak sejak kecil.

“Mungkin banyak cerita buruk saya tentang anak-anak diceritakan. Pihak sana katakan dia yang jadikan anak menjadi manusia, kata dialah,”tambahnya.

Dalam pada itu, Badul berkata, dia pernah mendesak supaya inkues diadakan bagi mencari punca kematian anaknya itu namun menarik balik hasrat berkenaan demi masa depan tiga orang cucunya.

“Mereka katakan kalau saya nak buat inkues, anak-anak dia akan kehilangan hak. Jadi selepas saya memikirkan hal itu, saya tarik balik permintaan untuk inkues.

“Tapi yang saya nak sekarang ialah sebagai bapa, dia larang saya untuk mendapatkan segala-galanya, dengan siapa nak minta tolong pun tak tahu,” katanya.

Allahyarham Mejar Mohd. Zahir merupakan pegawai komando daripada 11 Rejimen Gerak Khas dilaporkan meninggal dunia selepas terkena tembakan ketika melakukan demonstrasi sempena pelancaran Divisyen Kelima Briged ke-13 Infantri Malaysia di Kota Kinabalu, Sabah. 


Sumber – MalaysiaGazette/UtusanOnline


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matbad 2-12-2020 02:33 AM
Saya pun tahu knp awak dulu tak amnk tahu hal anak. Claim jgn xclaim
Quote Jemahjemah 2-12-2020 02:46 AM
Kenapa dia xambik tahu hal anak
Quote MatDeghem 2-12-2020 05:51 AM
matbad replied at 2-12-2020 02:33 AM
Saya pun tahu knp awak dulu tak amnk tahu hal anak. Claim jgn xclaim

kerana enjoyz. celup sana sini. sekarang dah tua ... baru nak claim hak sebagai bapak. dasar ....
Quote pxlbb 2-12-2020 08:07 AM
tak kisah selama ni amik tahu atau tak amik tahu pasal anak tapi kalau hidup dah cukup makan, abaikan ajelah "hak sebagai bapak" dalam bentuk "elaun dan insurans" tu, kesian cucu-cucu masih kecil jadi anak yatim. patutnya datuk yang bela nasib cucu. ini tidak... datuk pun nak jadi vulture jugakkk
300px-Vulture_-_Sky_burial.jpg
Quote Mamason 2-12-2020 08:14 AM
Banyak betul kes begini.... Dah mati minta bahagian masing2.

Cuma kita org luar xtau reality kisahnya.  Yang pasti, dok claim hak masing2 tu... sepanjang hidupnya arwah tu,  hak dia sbg anak, ada tak dia tuntut daripada org yg bergelar apak tu???

Pasal harta semua jadi buta.  Pasal duit semua jadi carca marba.  Entahlah...

Quote Buritan 2-12-2020 08:28 AM
Jemahjemah: Kenapa dia xambik tahu hal anak

Malunyaa tengol prangai cenggini.. patut badul maluu nak mintak.. masa idup budak tuu ko buat dek.. dah mati ko nak hak.. adoi.. hak sbb air mani ko kee.. bagus ashkar tak bg seaen pun..
Quote Buritan 2-12-2020 08:29 AM
pxlbb: tak kisah selama ni amik tahu atau tak amik tahu pasal anak tapi kalau hidup dah cukup makan, abaikan ajelah "hak sebagai bapak" dalam bentuk "e ...

Bencilaa tengok muke jantan mcm ni.. muka buruk prngai buruk..
Quote swateng1 2-12-2020 08:48 AM
ehh ehh.. kalau dah hal anak sendiri tak ambik tau, hujung2 claim hak sebagai bapak. bapak haram jadah apa mcm ni.nampak sangat tak malu. dah anak mati, harta anak tu plak yg nak direbut. macamkan arwah takdak anak bini.
Quote Jennyrol 2-12-2020 08:53 AM
Kalau rasa ada hak ayah tu.. Lpskan la bg balu & anak2 arwah.. Darah daging ko gak pokcik
Quote cikatilia 2-12-2020 09:13 AM
hala halla halla

awok tu retis pokcik
bukan gelandangan pon merempat mintak duit sana sini
xkan xde simpanan langsung
Quote krustykrab 2-12-2020 09:15 AM
Bukan nak duit...itu je ko duk ulang...dah tu cakap la ko nak apa...kete, rumah, saham, sijil bsn, emas, permata...cer jelas sikit cakap...ni dukberselindung disebalik hak...
Masa budak tu kecik2 ada ko bg nafkah bulanan?ado???kalau takde, malu la sikit ...
Quote imanjannah 2-12-2020 09:20 AM
malas nak mencarut pagi2 ni
Quote bottombikini 2-12-2020 09:20 AM
MatDeghem replied at 2-12-2020 05:51 AM
kerana enjoyz. celup sana sini. sekarang dah tua ... baru nak claim hak sebagai bapak. dasar ....
...

konsepnya ..kemana tumpahnya kuah ye dak

dah tu badul nak apa sebenarnya?
hak yg camane ko nak
arwah ada anak lelaki..ko tak dapat apa pun badul
lain la kalo anak dia sume pempuan


Quote tagas 2-12-2020 09:28 AM
Sbg seorg bapa mmg dia layak dpt bahagian dia

cuma mengenangkan arwah ade anak ramai then kecik2 lagi

pastu ade balu better dia serah kan hak dia

pd balu & cucu2 demi kelangsungan hidup

itu tindakan yg sepatutnya

respek kalo sesiapa leh wat camtu
Quote husna_amal 2-12-2020 09:44 AM
Time2 ada peluang lah sebut pasal hak sebagai bapa. Tak rugi pun kalau rela duit2 tu dapat kat balu dan cucu2 je.
Quote kenari2101 2-12-2020 09:44 AM
Ikut hukum faraid, mmg dia ada hak harta tu
tapiiiiiiiiiiiiii
sebagai atuk, harta dia dpat tu, digunakan untuk anak2 yatim tu
means, tujuan harta untuk sara anak2 tu, ha sanggup???

biasanya yg part sara tu, ramai yg tinggal........
Quote syahoney 2-12-2020 09:50 AM
bolot harta - tak berniat HAK ko yang sebenar? JAGA anak arwah = BAGI NAFKAH --> yg ni nak buat tak? tak nak tuntut?
Quote Nana_Man 2-12-2020 09:53 AM
krustykrab replied at 2-12-2020 09:15 AM
Bukan nak duit...itu je ko duk ulang...dah tu cakap la ko nak apa...kete, rumah, saham, sijil bsn, e ...

Patut lepas anak dia meninggal, dia dah kene tolong sara cucu2 dia tu. Ni langsung tak tolong kan. Hak jgk dia mintak.
Quote juruterra 2-12-2020 10:09 AM
Mamason replied at 2-12-2020 08:14 AM
Banyak betul kes begini.... Dah mati minta bahagian masing2.

Cuma kita org luar xtau reality kisa ...

kan..hak dia sebagai bapa tak ditunaikan. hak tuntut reta anak bila anak meninggal tau pula nk tuntut. karut

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:29 PM GMT+8 , Processed in 0.065011 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top