CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Jadi Kahwin Umur 25, Anak Aziz Desa Beli Motor Besar Sebab Putus Cinta

1-12-2020 06:24 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 12668| Komen: 34

Description: Selebriti media sosial, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara Allahyarham Aziz Desa sememangnya diketahui ramai berbakat dalam bidang masakan.
Selebriti media sosial, Mas Zhaeim Zhiddin yang juga anak kepada pengacara Allahyarham Aziz Desa sememangnya diketahui ramai berbakat dalam bidang masakan.

Kini, jejaka berusia 21 tahun itu menambah satu lagi hobi baharu apabila mula berjinak-jinak dalam dunia permotoran.




Mesra disapa Zhaeim, dia mengakui baru membeli sebuah motosikal KTM RC 200 sekitar dua minggu lalu dan kini banyak menghabiskan masa di atas jalan raya.

"Beli untuk kegunaan harian sebenarnya. Tapi minat motor ni memang dah lama. Saya suka motor yang nampak sporty.

"Dalam keluarga tiada siapa yang ada motor. Sebab dulu mama tak bagi ambil lesen motor. Dia takut. Tapi entah kenapa kali ni dia benarkan saya ambil lesen motor.

"Sekarang tengah tunggu habis Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Nak keluar Kedah, dah bosan pusing Langkawi," ujarnya kepada mStar.



Kredit foto: IG

Menurut Zhaeim lagi, motosikal itu dibeli dengan wang simpanannya sendiri yang mana ia sepatutnya digunakan untuk persiapan mendirikan rumah tangga.

Namun katanya, dia yang menyimpan hasrat untuk berkahwin pada usia 25 tahun mengubah sasarannya setelah kecundang dalam percintaan baru-baru ini.

"Saya beli motor ni sebab baru putus cinta. Memang simpan duit untuk kahwin tapi bila dah jadi macam ni, tak apalah.

"Nanti-nanti fikir pasal kahwin. Dulu plan nak kahwin umur 25, sekarang saya tukar... nak kahwin nanti umur 30 tahun lebih kurang," ujarnya.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 1-12-2020 06:32 PM
Belum lagi kategori moto besar.200cc.
Tapi ok ler dari aku yg pakai LC ajo.
Quote Tinot7 1-12-2020 06:40 PM
Baper rega ni?
Quote kimsa-ra 1-12-2020 06:44 PM
Belibis replied at 1-12-2020 10:32 AM
Belum lagi kategori moto besar.200cc.
Tapi ok ler dari aku yg pakai LC ajo.

Iols xde lesen motor. Nampak besar je anggap kuasa besar. Model motor pon xkenal. Kalau motor tu kat situ brand Kawasaki itu jela tau model apa mmg xtau.
Quote Belibis 1-12-2020 06:48 PM
Tinot7 replied at 1-12-2020 06:40 PM
Baper rega ni?

Dalam 18k.
Quote ceasefire 1-12-2020 06:52 PM
Ktm rc 200 dlm rm12k ++ shj
Quote sarah82 1-12-2020 06:59 PM
Aku ingatkan fireblade 1000 cc
Quote biskutraya 1-12-2020 07:06 PM
Ok la tu beli motor sbb putus cinta.. nnt nak kawin kumpul duit balik sikit2
Quote bintangct 1-12-2020 07:07 PM
wow ada gaya dan rupa
Quote nazzse 1-12-2020 07:07 PM
Belibis replied at 1-12-2020 10:32 AM
Belum lagi kategori moto besar.200cc.
Tapi ok ler dari aku yg pakai LC ajo.

Laki rupanya, ingatkan perempuan
Quote Tinot7 1-12-2020 07:15 PM
Belibis replied at 1-12-2020 06:48 PM
Dalam 18k.

Kalau ditakdirkan jodoh tahun depan, rugi je .. tapi takpe la, dia sedey nak sukakan ati...
Quote Belibis 1-12-2020 07:17 PM
nazzse replied at 1-12-2020 07:07 PM
Laki rupanya, ingatkan perempuan

Siapa??? Ank aziz??
Quote krustykrab 1-12-2020 07:33 PM
Rimehnye aku tgk jambul dia...mcm mana aku rimeh kna pakai facemask camtu la perasaan aku bila tgk jambul dia
Quote CiliPadiSedap 1-12-2020 07:42 PM
Motor panas brg selalu hilang.
Quote Normabaru 1-12-2020 07:43 PM
Haha. Ni pon jadi cerita. Pasni cerita dia berak sbb sakit perot pon masuk la jadi berita cari ok???
Quote AbukRokok 1-12-2020 08:28 PM
item happened
Quote Kurex 1-12-2020 10:35 PM
Semoga dapat menonggeng belakang motor mas sambil mas bawak keliling kl dgn penuh berhemah di jalan raya
Quote aijinmisaki 1-12-2020 11:09 PM
Siapa dia ni? Dah la tak hensem. Taste low class si korek gayah tak laku jah pun.
Quote matseh 1-12-2020 11:20 PM
RC200.
KTM tgh up skrg ni. Sll menang Moto GP, Moto2 dan Moto3. Kalau tak menang pun sll pole position.
Pickup mmg power. Tapi 1 dapur je, KTM ni 390 pun 1 dapur.
Quote salmon-suki 2-12-2020 01:27 AM
Macam jawline lee dong wook

Lihat semua komen(34)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.058847 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top