CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Covid-19 Rentap Nyawa Ibu, Atuk Dan Nenek Bayi Baru Lahir

1-12-2020 07:37 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 3005| Komen: 5|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Tragis. Seorang bayi lelaki dilahirkan ibunya yang bertarung nyawa dengan alat bantuan penafasan kerana Covid-19.





Tragis. Seorang bayi lelaki dilahirkan ibunya yang bertarung nyawa dengan alat bantuan penafasan kerana Covid-19.

Bagaimanapun, setelah bayi itu dilahirkan, si ibu menghembuskan nafas terakhirnya di bandar St Petersburg, Rusia tidak lama kemudian.

Menurut Daily Star, Svetlana Sorochinskaya, 36, dipercayai dijangkiti Coronavirus setelah melawat bapanya, Kirey, 64, yang menjalani pembedahan hati. 

Bapanya kemudian meninggal dunia pada 5 November lalu akibat dijangkiti Covid-19.

Svetlana sempat menulis nota menyatakan rasa terkilan kerana bapanya tidak sempat menyaksikan kehadiran cucunya.



Foto :

Setelah mendapat tanda-tanda untuk bersalin, Svetlana dikejarkan ke hospital. Namun, apabila disahkan positif Covid-19, dia terus dihantar ke hospital khusus untuk menangani pandemik ini.

Tiga hari kemudian, wanita ini melahirkan bayi lelaki pramatang yang dinamakan sebagai Kirey sempena mengingati bapanya. Bagaimanapun, malang menimpa apabila beberapa jam melahirkan, Svetlana meninggal dunia.

Tidak hanya itu, ibu Svetlana, Vera, 62, juga meninggal dunia pada 12 November kerana mengalami masalah pernafasan. Lebih menyedihkan, Vera yang mendapatkan rawatan di hospital pada 2 November disuruh 'baring atas lantai' kerana masalah kekurangan katil.


Svetlana bersama ayahnya

Bayi itu kini di dalam penjagaan rapi hospital yang juga mewarisi dua apartment.

Sementara itu, seorang lelaki mendakwa dia merupakan bapa kepada bayi tersebut dan kini bersedia untuk menjalani pengesahan DNA.


Foto : Social Media

Rusia setakat ini merekodkan kes Covid-19 sebanyak 2,295,654 kes, manakala angka kematian lebih 39,000.

Alahai, kasihannya. Semoga Kirey mendapat pengadilan yang sewajarnya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Lolalala 2-12-2020 01:27 AM
semoga Baby tu -ve covid dan dijaga elok-elok oleh bapanya. Jangan apak muncul sebab harta anak tu dah laaa
Quote jiwasemangat 2-12-2020 06:51 AM
.. memang kesian
.. satu dlm seribu kes, maybe (preventive action should be taken accordingly.. & not too emotion.. . .  .
Quote haryatie 2-12-2020 08:11 AM
sedihnyua
semoga yg mengaku bapak tu betul2 nak jaga dia
bukan sbb nk harta
Quote rospinki 2-12-2020 08:26 AM
kesian baby..apaknya tiba2 muncui ngaku.

kan saintis amurika kata ibu mengandung lebih berisiko kena covid sebab hormon badan berada ditahap minimum kerana kandungan memerlukan hormon ibu utk membesar.  oleh itu juga..hormon estrogen didapati berkesan menepis dari virus covid.

wanita yg tinggi hormon estrogen lebih aktif dan punya sex drive yg tinggi.
Quote husna_amal 2-12-2020 10:09 AM
Semoga bapa kandung bayi tu betul2 bertanggungjawab lah.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.330567 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top