View: 3876|Reply: 22
|
Kapal Angkasa China Berjaya Mendarat Di Bulan
[Copy link]
|
|
Kapal angkasa China mendarat di bulan, semalam, dengan sasaran untuk membawa pulang sampel pertama dalam tempoh empat dekad, menurut agensi angkasa Beijing.
China telah mengeluarkan perbelanjaan besar untuk membiayai program angkasa dikendalikan oleh pihak tentera negara ini, dengan harapan bakal mempunyai stesen angkasa bersama kru menjelang 2022 dan seterusnya menghantar manusia ke bulan.
Matlamat misi terbaru China itu ialah mengutip sampel batu dan tanah dari bulan bagi membantu penyelidikan saintis berhubung asal usul bulan, formasi serta aktiviti gunung berapi di permukaannya.
Kapal angkasa dinamakan Chang'e-5 itu berjaya mendarat di bulan, semalam, lapor agensi berita Xinhua yang memetik kenyataan pihak Pentadbiran Angkasa Kebangsaan China.
Kredit foto: AFP
Sekiranya penerokaan itu berjaya, China akan muncul negara ketiga memperoleh sampel dari bulan, selepas Amerika Syarikat (AS) dan Kesatuan Soviet pada 1960-an serta 1970-an.
Misi itu adalah percubaan pertama untuk membawa pulang sampel dari bulan selepas Kesatuan Soviet melakukannya pada 1976.
Xinhua melaporkan, kapal angkasa China terbabit berjaya memasuki orbit bulan, Sabtu lalu, selepas menempuhi perjalanan selama 112 jam dari bumi.
Misinya ialah mengumpulkan dua kilogram sampel dari sebuah kawasan belum diterokai sebelum ini dikenali sebagai Oceanus Procellarum atau 'Laut Ribut'.
Xinhua melaporkan, kapal angkasa itu bukan saja direka khas untuk mengutip sampel dari permukaan bulan tetapi juga melakukan penggerudian bagi mendapatkan pelbagai spesimen.
Kerja pengumpulan sampel itu akan membabitkan tempoh sehari waktu di bulan yang bersamaan 14 hari di bumi.
Sampel terbabit dijangka kembali ke bumi dalam kapsul yang akan mendarat di rantau Mongolia, bulan depan, menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (NASA). -CARI
Sumber: AFP/Berita Harian |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi. |
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:13 PM
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi.
bulan akn berwarna biru. |
|
|
|
|
|
|
|
Sape2 ada beli tanah atau tanah kubur kat bulan tu boleh la tumpang kalau2 ada kapal angkasa nak pgi lg.. |
|
|
|
|
|
|
|
tak lama malaysia hantar proton terbang pg bulan...
|
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 2-12-2020 01:13 PM
Cuba letak virus covid 19 kat bulan. Apa jadi.
Xde living thing kan.. mati camtu je la ek.. |
|
|
|
|
|
|
|
Tengok macam tak pakai angkasawan. Mungkin guna robotik kot. |
|
|
|
|
|
|
|
Kita masih dengan antu ketuk pintu... |
|
|
|
|
|
|
|
Jenuh la lepas ni warga PRC pakat ke bulan buat group tour lepas tu claim bulan dia punya... |
|
|
|
|
|
|
|
Pacak bendera pastu klem tanah jajahan China |
|
|
|
|
|
|
|
bulan akan menjadi milik china....klaim jgn x klaim
|
|
|
|
|
|
|
|
lepas ni nama "Laut Ribut" tu tukar la jadi "Laut China Ribut".. lepas tu claim. |
|
|
|
|
|
|
|
Yang percaya bumi rata pun ramai juga
|
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat Pon Tak Cukop Makan
|
|
|
|
|
|
|
Habislah bulan dah dijajah cina komunis |
|
|
|
|
|
|
|
lattehazelnut replied at 2-12-2020 01:43 PM
Xde living thing kan.. mati camtu je la ek..
Alien??
|
|
|
|
|
|
|
|
Skuau replied at 2-12-2020 01:24 PM
bulan akn berwarna biru.
Why?
|
|
|
|
|
|
|
|
RatuDunia94 replied at 5-12-2020 12:24 AM
Why?
hang tgk la movie the smurfs. |
|
|
|
|
|
|
|
getarsukma replied at 2-12-2020 02:51 PM
Jenuh la lepas ni warga PRC pakat ke bulan buat group tour lepas tu claim bulan dia punya...
No nation can claimed moon, stars, sun or any foreign object out of space as their own. Memang ada perkara ni dalam undang-undang apa ntah..aku tak ingat |
|
|
|
|
|
|
|
wow..tempoh sehari di bulan = 14 hari di bumi
so kalau rasa merengsa sgt kene kuarantin sbb +ve covid, bleh la kuarantin kat bulan...x lama pun..1 hari je |
|
|
|
|
|
|
| |
|