CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Panjat Gunung Pakai Kasut Tumit Tinggi 4 Inci, Kau Mampu?

25-11-2020 11:53 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 8175| Komen: 61|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Lain dari yang lain. Dua wanita menjejaki puncak tertinggi Colorado, Amerika Syarikat dalam penampilan yang paling ranggi dalam sejarah mendaki gunung.


Lain dari yang lain. Dua wanita menjejaki puncak tertinggi Colorado, Amerika Syarikat dalam penampilan yang paling ranggi dalam sejarah mendaki gunung. 

Manakan tidak, mereka bukan memakai pakaian sesuai untuk mendaki, sebaliknya mengenakan dress paras peha dipadankan dengan kasut tumit tinggi empat inci serta rambut yang dibiarkan mengurai. Unik kan?


Foto :IG

Menerusi Daily Star, Erin Ton, 22, bersama temannya mendaki gunung setinggi 14,000 kaki sejak tahun 2018. Namun, berbeza dengan pendaki gunung lain, Erin tampil dengan imej raggi tersebut kerana ia membuatkannya lebih feminin.


"Apabila ada yang bertanya mengapa saya memakai kasut tumit tinggi, saya bertanya kembali, kenapa tidak?"


Foto : IG

Bagi Erin, ia adalah simbolik bahawa dia telah mencapai kemenangan peribadi dengan menjejaki puncak gunung dalam penampilan berbeza.

"Saya tahu setakat mana kemampuan diri sendiri. Ianya menyeronokkan."


Foto : IG

Foto : IG

Wah! Macam-macam ya ragam pendaki gunung. Setakat ini, memang ini yang paling unik. Anda rasa macam mana? - CARI

1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kurex 25-11-2020 12:09 PM
Buat live dari mula panjat gunung - sampai puncak, baru boleh caya
Quote missbigrockstar 25-11-2020 12:14 PM
Aku rasa jahniqob penggemar kasut tongkol mampu
Quote Vermell 25-11-2020 12:18 PM
elehh..dah sampai atas baru tukar baju tu

#modedengki
Quote swateng1 25-11-2020 12:32 PM
Vermell replied at 25-11-2020 12:18 PM
elehh..dah sampai atas baru tukar baju tu

#modedengki

i ols pun rasa macam tu.. ko tengok laa kaki dia tak berkerak berdebu ponnnnnn.. melecet pun idokkk
Quote Artemesiaa 25-11-2020 12:36 PM
Amat membahayakan pakai kasut macam tu nak mendaki bukit berbatu macam tu silap sikit pasti bahaya mengundang.
Quote insulin 25-11-2020 12:37 PM
Menunjuk je ni. Semasa mendaki, pakai kasut mendaki. Sampai di puncak, tukar kepada kasut tumit tinggi.
Quote mikasa 25-11-2020 12:37 PM
Ingat ummah asian je gila attention
Quote jfq 25-11-2020 12:48 PM
Edited by jfq at 25-11-2020 01:37 PM

Ramai aje so-called instafemes kat msia buat camni bila sampai kat satu tempat tu beria tukar baju mcm dress putih siap dgn beach hat kadang kelakar aje tgk
Quote Nnasda53 25-11-2020 12:49 PM
Menerusi Daily Star, Erin Ton, 22, bersama temannya mendaki gunung setinggi 14,000 kaki sejak tahun 2018.

2tahun baru sampai puncak? ke hakak salah pemahaman ni.
Quote annehuda 25-11-2020 12:51 PM
hiking kt kawasan berbatu bleh la. tak berlecak mcm bukit kt malaysia
Quote eyansss 25-11-2020 01:07 PM
buat live dari awal panjat sampai puncak, baru boleh percaya...
Quote She-Ra 25-11-2020 01:10 PM
nak pircaya ke tidak ni ekkkk
fakta ke auta? bukti vdeo dlm perjalanan sehingga ke puncak ada?
ke tukar uniform kt puncak?

kalau bentuk muka bumi landai je.. mungkin ok la tp tetap la menyeksa jiwa raga
jln landai pun letih oi pakai kasut bertumit tinggi ni.. kalau tersadung/sangkut kt akar kayu ke.. nayaaaaaaaaaaaaaaaaa.. pokok jatuh sakit tersembam ke bumi/tanah..
Quote any42 25-11-2020 01:19 PM
ntah2 nipu je
Quote Atata 25-11-2020 01:26 PM
Bodonya kalau betul. Merosakkn diri sendiri.. ehhhh kenapa ramai org bodo skrg
Quote cmf_premierleag 25-11-2020 01:33 PM
ingatkan warganegara china prc, india, saudi arabia jah bodoh2
rupanya amurika pun sama bodoh ya
Quote saladin780 25-11-2020 01:44 PM
kat colorado boleh ler..dgn cuaca kering , tanah berbatu camtuh..
cuba ko daki gunung tahan dgn kasut dan pakaian camtu..abislah cecelah kangkang tu kena masuk pacat
Quote ~boolean 25-11-2020 01:48 PM
siapa hike bawah mereka free2 dapat view spender basah
Quote MoonRise 25-11-2020 02:00 PM
Tak tahu nak percaya ke tidak.

Tapi kalau kau hiking gunung kt malaysia pakai mcmtu, ermmm, sangkut dalam lumpur je la.
Takpon bersepah kena gigit dek pacat.
Quote JunkMail 25-11-2020 02:00 PM
Ok laaa..pasni leh datang sini try G7 pulak. Alah...takyah G7, kau pergi panjat gunung irau pun ok dah...tengok leh go ke tak dgn kasut setongkol tu.. mau terbelit akar kayu. Tenggelam dalam selut sampai lutut..

Lihat semua komen(61)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:20 AM GMT+8 , Processed in 0.129862 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top