CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Boleh Sembuhkan Ekzema Katanya, Penjual Kain Lap Kayangan Mohon Jangan Overclaim!

25-11-2020 12:11 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7280| Komen: 36

Description: Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mempertikaikan tindakan sesetengah penjual kain lap popular yang dikatakan agak melampau dan ‘overclaim’.
Baru-baru ini kecoh di media sosial apabila netizen mempertikaikan tindakan sesetengah penjual kain lap popular yang dikatakan agak melampau dan ‘overclaim’.

Menurut penjual tersebut, selain mempunyai kebolehan untuk membunuh kuman, ia juga dikatakan mampu mengurangkan penyakit ekzema.

“Tiga kali guna saja dah hilang. Boleh cuba dan mesej saya,” kata penjual tersebut.

Foto: Gempak

Tidak cukup dengan itu, penjual tersebut turut memuat naik gambar keadaan sebelum dan selepas bayi yang mempunyai masalah ekzema tersebut.

Situasi itu kemudian menimbulkan rasa kurang senang dalam kalangan netizen dan ramai menganggap ia terlalu mustahil.


Malah, ada diantara yang menganggap ia taktik untuk melariskan produk.

Gambar Hiasan, Kredit: Baby Pibu

Selain netizen, laman Facebook Public Health Malaysia turut menyuarakan pandangan mereka berhubung isu berkenaan.

“Sebarang produk yang mempunyai fungsi merawat kesihatan badan perlu mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk digunakan secara selamat dalam merawat penyakit-penyakit tertentu.

“Tidak kiralah ia dianggap sebagai kain lap kayangan atau kain magik dan mempunyai ‘antibiotik’ dan sebagainya. Ia perlu melalui proses-proses yang telah ditetapkan oleh KKM. Ini adalah penting agar pengguna dilindungi dan selamat dengan sesuatu produk. 

“Jika ianya dijual sebagai pengelap bahan tidak bernyawa, fungsinya apabila dipromosi perlu dikekalkan sebegitu. 

“Mohon agen-agen tidak overclaim produk ini dengan kesihatan yang boleh mengelirukan orang awam,” kata pengendali akaun tersebut.

Anda boleh lihat posting tersebut di bawah: -CARI

Foto: Gempak
Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 25-11-2020 12:31 PM
Kain lap apa ni? Magic sungguh!
Quote diiyanazakaria 25-11-2020 12:43 PM
Kain dari kayangan la ni..ramai btol hntr catalog kt aku, xkira ig stories lg..smpai jd annoying kalo tpsg igs diorg..haha soryyyy
Quote Mina2215 25-11-2020 12:44 PM
Yang aku tau kain lap kayangan tengah glemer sekarang ni brand Norwe*. Tu ke
Quote kucingitam 25-11-2020 01:04 PM
kain ni microfibre cloth je..
lama dah berzaman wujudnya kain gini, dipandang sendu je dulu.



Quote Themilo 25-11-2020 01:06 PM
gila ah.. dalam kain microfibre tu ada perak.. takut ada efek je kat kulit anak kau tu..

https://iluminasi.com/bm/kenapa- ... eratus-ringgit.html
Quote missyL 25-11-2020 01:12 PM
Overnye..
Same cm tilam bole ubat mcm2 penyakit.. N selimut ke ape..
Haahaha. Klo btol la bagai diclaim sume dah pakat beli tilam n selimut tuuu lol
Quote Artemesiaa 25-11-2020 01:14 PM
Harap tak ramai yang terpengaruh dengan apa yang diiklankan tu.  Penjual hanya fikirkan keuntungan mana mereka peduli kalau pengguna tertipu.
Quote Nnasda53 25-11-2020 01:32 PM
merepek je lah..yang taksub mesti beli dulu baru berfikir.
Quote Daftpunk_shine 25-11-2020 01:32 PM
Ejen/ stokis promote kaw2..macamana la para wanita tak terpedaya..aku hampir2 beli jugak sebab tgk ramai member beli. Aku pikir2 balik, guna kain apa pun boleh berkilat dapur asalkan rajin menyental. Konsisten. Kalau kain saja mahal, tp nak nyental tak rajin xpayah la beli. Kita tengok video orang sental dapur tu memang seronok, sebab bukan kita yang sental..
Quote Meiizu 25-11-2020 01:55 PM
sape ada kawan kat norway...nak tanya sat betoiii kaaa kain ni glemer kat sana ??
Quote mamajawie 25-11-2020 02:10 PM
kain nowets tu ke?overclaim pehtu ramai lak jadi ejen2 siap tagged2 nama aku kt fb..jadah kain kedai dua hengget lagi bagus
Quote mamajawie 25-11-2020 02:11 PM
dah la kain tu made from china tapi overclaim memacam..sorry aku xtermakan marketing hamlau nihh
Quote ikanmasin 25-11-2020 03:25 PM
kalau jual biasa2 takper kot ni sampai overclaim tu yg jd melampau2 pl.
Quote husna_amal 25-11-2020 04:10 PM
Kesian yang jadi mangsa bayi kecil yang kulit sensetif macam ni.
Quote makneng 25-11-2020 04:11 PM
kemain kain norwek ye...glamer..apa beza kain norwek yg buat lap pinggan, mangkuk dengan kain norwek yg buat cuci muka tu? tak ada beza kan? memacam ek skrg
Quote haryatie 25-11-2020 04:13 PM
merepek btulll
lap habuk boleh laa
Quote Diamje 25-11-2020 04:18 PM
Wanita sekarang anggap pakai brg mahal walapon brg tu bodoh menunjukkan lambang kekayaan.. aku dh tak nk terjebak dh dgn benda2 bodoh ni semua..lantak la korang nk ckp aku miskin asalkan aku x bli bnda mengarut harga x masuk akal.. baru2 ni makcik kt tmpat keje aku beli seluar kurus Rm600++.. dlm hati aku ckp bodohnya kau.....
Quote djzara81 25-11-2020 04:33 PM
Kawan2 aku ramai terjebak jd agen Norwek ni. Aku like je post depa tapi xde smpi nk beli. Tgk video scrub daki tile toilet guna Norwek tanpa sabun, hilang daki2 tu.
Quote bedahmulutpuaka 25-11-2020 04:41 PM
Diamje replied at 25-11-2020 08:18 AM
Wanita sekarang anggap pakai brg mahal walapon brg tu bodoh menunjukkan lambang kekayaan.. aku dh ta ...

Seluar kurus jenama hai* ke you..I pon rengsa berjiran dengan agent hai* ni.. X habis suruh beli barangan, selimut la, sluar lah.. Dahla harga semua kalah yahudi

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 11:08 AM GMT+8 , Processed in 0.053041 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top