CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Syarikat Perabot Tuntut Ganti Rugi RM3 Juta Dari Awal Ashaari

17-11-2020 05:09 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 36803| Komen: 252

Description: Syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry menyaman pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.
Syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry menyaman pengacara dan pelakon Awal Ashaari dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu.

Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti daripada selebriti tersebut.



Kredit foto: IG Awal

Naz Carpentry telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.

"Awal Ashaari, seorang pengguna Instagram dengan hampir lima juta pengikut di laman media sosial tersebut dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020.

"Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu," kata kenyataan daripada pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan dari Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.


Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa hantaran, catatan dan komen fitnah oleh Awal memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut, selain menjejaskan kedudukan syarikat tersebut dalam industri, serta menyebabkan mereka kehilangan pendapatan.

"Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan.

"Justeru, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.

"Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Ashaari, cara yang betul adalah untuk beliau melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau," kata kenyataan itu.


Kredit foto: IG Awal

Peguam Nurul Hafidzah Hassan Syarikat berkata, anak guamnya itu bagaimanapun tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh Awal yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga.

Nurul Hafidzah dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid.

Secara kolektif, barisan peguam yang dilantik oleh Naz Carpentry pernah mewakili anak guam berprofil tinggi termasuk seorang bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh, Maria Chin Abdullah, Linda Rafar, Zarina Anjoulie Lavocah, dan Ammar Alfian.


Sumber: Gempak
3

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • per706

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote haruslah 17-11-2020 05:16 PM
Apsal x saman je 5j
Ikut follower ig awal
Cepat sket kaya
Quote mimi77 17-11-2020 05:16 PM
lawan la hangpa 2. kita tgk sapa yg menang
Quote opie5662 17-11-2020 05:20 PM
Adoiii... Naz ni pun.... Kalau ko betul kenapa tak reply call, wassap, lawyer awal call swmua...silap2 ko awndiri teecyduk...
Quote lattehazelnut 17-11-2020 05:22 PM
Oh shit.. i suggest awal amik lawyer si ammar alfian kat thread sebelah..
Sekali nazcarpenter pulak amik.. ahahaha..
Quote sarah82 17-11-2020 05:27 PM
3 juta...perghhh,...kalau menang...senyum lawyer naz ni
Quote prettyuglybabe 17-11-2020 05:27 PM
nak kena beli popcorn
Quote Belibis 17-11-2020 05:27 PM
haruslah: Apsal x saman je 5jIkut follower ig awalCepat sket kaya

Sorang follower sumbang singgit,setel la.
Quote flipolivio 17-11-2020 05:28 PM
lattehazelnut replied at 17-11-2020 05:22 PM
Oh shit.. i suggest awal amik lawyer si ammar alfian kat thread sebelah..
Sekali nazcarpenter pulak ...

kat thread mana? ada link x?
Quote ninnamina 17-11-2020 05:29 PM
Wow menarik kes ni. Xtau sapa yang salah sebab dua2 keluarkan saman.
Quote ashilalat 17-11-2020 05:32 PM
Aku tertinggal keretapi...awalina pitenah apa kat syarikat ni? Dan apa yg awalina ni x puas hati dgn sykt ni?
Quote Kurex 17-11-2020 05:39 PM
Tak pernah minat awalina ni
Quote Normabaru 17-11-2020 05:40 PM
Agak2 la bhai... Anwar pny kes fitnah pon xmenang berjuta.. Ratus ribu.. Ko saper smpi nk 3Juta?choiii
Quote missyL 17-11-2020 05:46 PM
mimi77: lawan la hangpa 2. kita tgk sapa yg menang

. Itula.
Enjoy the show lol.
Quote missyL 17-11-2020 05:47 PM
Kurex replied at 17-11-2020 05:39 PM
Tak pernah minat awalina ni

Me too.
Die mcm ade aura annoying....
Quote woven11 17-11-2020 05:49 PM
Kenapa naz ni play victim pulak? Halloooo kalau buat kerja dgn betul takde org nak complain.
Quote opie5662 17-11-2020 05:57 PM
ashilalat replied at 17-11-2020 05:32 PM
Aku tertinggal keretapi...awalina pitenah apa kat syarikat ni? Dan apa yg awalina ni x puas hati dgn ...

Bayar naz tu beratus ribu... Tp renobrumah die tak ikut spec n pakai materiel cheap cheap... Bole tgk kat highlight awal.. Die contact naz ni x dpt2... At last die kluarkan nama terus. Mula2 die tak bgtau sape pon.

Tp kalau tgk bingkai alunium yg die guna, mmg murahan sgt. Tak kene ngan harga ratus ribu yg die caj tu
Quote mesmerize 17-11-2020 06:19 PM
harap awal saman balik jota2 sebab naz carpentry langgar kontrak .. good luck schawalara
Quote tagas 17-11-2020 06:32 PM
Edited by tagas at 17-11-2020 06:33 PM

ade kluar melodi ahad lepas

kontraktor tu kencing

adik nya yg manage projek bagai

call tak angkat lain demand lain yg di buat nya

hujung2 terpaksa tanggung kerugian cari

kontraktor lain

dengar seblah pihak jer takat ni side awal

yg side kontraktor pulak membisu

tup tup nak saman bagai pulak
Quote rayray28 17-11-2020 06:35 PM
oh igtkn awal hrtu bukan dh bg surat lawyer dulu ke? ke baru ugut2..yg si kontraktor ni plak bg saman dlu..apa2 jela labuuuu

Lihat semua komen(252)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-5-2024 10:34 AM GMT+8 , Processed in 0.153091 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top