CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Simulasi Kemalangan Paling Ekstrem Volvo

17-11-2020 12:47 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2956| Komen: 7

Description: Pengeluar kenderaan Sweden, Volvo membuat simulasi pelbagai senario kemalangan ekstrem bagi membantu pasukan penyelamat negara itu lebih cekap menangani bencana.
Pengeluar kenderaan Sweden, Volvo membuat simulasi pelbagai senario kemalangan ekstrem bagi membantu pasukan penyelamat negara itu lebih cekap menangani bencana.



Kredit foto: Piston.my

Ia dilihat sebagai ujian paling ekstrem dilakukan Volvo apabila menjatuhkan 10 kenderaan baharu pelbagai model dari ketinggian 30 meter beberapa kali dengan menggunakan bantuan kren.

Gulf News melaporkan latihan itu dilakukan bagi membolehkan pasukan penyelamat bersedia dengan sebarang kemungkinan risiko kemalangan paling ekstrem berbanding simulasi kemalangan biasa.


Kredit foto: Piston.my

Sebelum dijatuhkan, jurutera keselamatan Volvo membuat kiraan sebenar berhubung tekanan dan kekuatan dihadapi setiap kenderaan untuk mencapai tahap kerosakan disasarkan.

Volvo berkata, ujian itu membantu menghasilkan kerosakan ekstrem daripada pelbagai sisi kenderaan.

"Kita sudah bertahun-tahun bekerjasama dengan pasukan penyelamat Sweden, sebab itu kami mempunyai matlamat sama.

"Kita harap tiada seorang pun mangsa melalui pengalaman kemalangan paling teruk, namun bukan semua kemalangan boleh dielakkan.

"Jadi, penting wujudnya kaedah menyelamatkan nyawa apabila berlaku sesuatu kejadian kemalangan teruk," kata Penyiasat Kanan Pasukan Kajian Kemalangan Trafik Volvo Cars, Håkan Gustafson.


Kredit foto: Piston.my

Pakar penyelamat Sweden kerap menggunakan kenderaan ujian di Pusat Keselamatan Kenderaan Volvo untuk meningkatkan kemahiran mereka dalam tugas menyelamat nyawa.

Semua data penemuan daripada simulasi kemalangan itu akan dikumpul dalam laporan penyelidikan lebih meluas.




Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote RatuDunia94 17-11-2020 12:55 PM
Proton n Perodua x bak buat ke?
Quote dudaberhias 17-11-2020 01:06 PM
Wow letop ketahanan body keta dia, tapi kiri kanan pun kena test hokkeh.
Quote mamajawie 17-11-2020 02:48 PM
RatuDunia94 replied at 17-11-2020 12:55 PM
Proton n Perodua x bak buat ke?

king myvi xpayah dia yg slalu hentam kete lain

Quote pearl.silver 17-11-2020 02:53 PM
Nk lawan pesona keee
Warna sama merah dah
Quote husna_amal 17-11-2020 03:23 PM
Kereta volvo ciri keselamatan terbaik.
Quote Orix 17-11-2020 03:26 PM
seat belt pun injiniyor volvo yg invent kannn
Quote chandrahusin 17-11-2020 04:44 PM
Orix replied at 17-11-2020 03:26 PM
seat belt pun injiniyor volvo yg invent kannn

Yep
Volvo proudly proclaim that: “few people have saved as many lives as Nils Bohlin.” And they are right. Nils Bohlin is the little-known Volvo engineer who invented the V-type three-point safety belt in 1959, and saw his innovation through to universal adoption across the motor industry. His new cross-strap design made seat belts much easier to use, and much safer too. It is hard now to imagine cars without them.
2019 is the 60th anniversary of Bohlin’s breakthrough idea, and one worth celebrating. The Swedish company carved out a space in the competitive car industry by making driver and passenger safety a core part of its brand at a time when this was an afterthought for many car makers.
Volvo’s president at the time was Gunnar Engellau, an engineer himself, who had suffered direct personal loss from a road traffic accident. A relative had died, partly because of shortcomings in the two-point belt design—which was not even standard feature in cars at the time. This personal tragedy encouraged Engellau to find a better solution, poaching Nils Bohlin from rival firm Saab, and setting about this problem as a matter of urgency. Volvo would invent a better solution, and be the first car maker to standardise it.
Forbes, 2019

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.119995 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top