CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kenapa Anda Tak Pernah Lihat Gambar Saya Pakai Telekung Atau Baca Al Quran?" - Yuna

17-11-2020 11:57 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 26281| Komen: 181

Description: Menerusi satu kemas kini di Insta Storynya, tanpa menujukan coretan itu secara spesifik, Yuna memulakan cebisan ceritanya dengan mengatakan bagaimana kariernya sebagai seorang penyanyi Islam penuh den ...
Menerusi satu kemas kini di Insta Storynya, tanpa menujukan coretan itu secara spesifik, Yuna memulakan cebisan ceritanya dengan mengatakan bagaimana kariernya sebagai seorang penyanyi Islam penuh dengan perkara yang menyenangkan.



Kredit foto: IG Yuna

Dia mengatakan pernah tertekan sewaktu muda untuk menampilkan dirinya sebagai seorang Islam yang konservatif demi memberi penilaian yang baik pada mata umum akhirnya belajar untuk melepaskan hal tersebut setelah melalui pelbagai pengalaman selama 15 tahun berkecimpung dalam industri seni.

"Ini yang saya perhatikan dan belajar. Hubungan saya dengan Allah terlalu istimewa dan peribadi. Ia bukan untuk saya tunjukkan di media sosial.

"Mengapa anda tidak pernah melihat saya memuat naik foto memakai telekung, solat atau membaca Al Quran adalah ia bukan untuk tontonan umum. Saya tidak perlu membuktikan diri sebagai seorang Muslim yang baik.


"Tunjuk dan lakukan adalah dua hal yang berbeza," tulis Yuna dalam bahasa Inggeris.


Kredit foto: IG Yuna/Gempak

Adik ipar Bunga Citra Lestari itu kemudian mengatakan betapa kuat pun seseorang berusaha untuk menyenangkan orang lain, ia tidak akan pernah cukup.

Yuna kemudian melanjutkan cerita dengan memberi pengalaman dirinya pernah berdepan dengan individu dan wanita yang tidak berhijab, namun begitu baik hati dan cukup mengambil berat tentang bumi, menggunakan barangan recycle dan menjadi Muslim yang taat serta melakukan sedekah secara personal.


Kredit foto: IG Yuna

"Saya pernah jumpa dan kenal orang alim yang melakukan kekerasan seksual terhadap wanita. Usahawanita yang mencuri dan sabotaj perniagaan wanita lain hanya untuk membuat lebih banyak duit.

"Walaupun saya tahu bukan semua bersikap demikian, namun apabila melihat individu itu, saya tak percaya apa yang dilihat. Saya bersikap naif dan perlu hidup dan memahaminya.



"Pada akhirnya saya belajar bahawa orang yang tidak gembira sama ada lelaki atau perempuan, mereka mudah untuk menjadikan orang lain yang gembira sebagai mangsa," tulisnya.


Sumber: Gempak
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote missyL 17-11-2020 11:58 AM
Elok yuna dok usa je.
Dok sini ade je nk meroyan..

Bosan nye..........
Quote wanokakaka 17-11-2020 12:02 PM
yuna nie makain lama makin kuat pulak meroyannya
Quote husna_amal 17-11-2020 12:06 PM
Kan lagi baik kalau dia dengar nasihat /pendapat orang. Kalau tak nak ikut pun tak perlu lah bidas dan tambah cerita itu ini pula.
Quote husie91 17-11-2020 12:08 PM
Betul apa dia cakap. Not a big fan of yuna tapi we need someone yg dikenali n rmai pengikut utk speak loud.. kalau setakat netizen2 mcm kita ni siapa la nak dengar kan..
Quote ashilalat 17-11-2020 12:08 PM
Ni tanda tanda nak bukak tudung dah ke? Gigih la meroyan hari2 bila ada kat malaysia, naik meluat plak. Karier Nyanyi pon makin mwrudum.
Quote jane_hopper 17-11-2020 12:11 PM
Knp die ni suka sgt meroyan
Quote anilanil 17-11-2020 12:13 PM
Kemon la yuna, buatpe la nak meroyan benda takde faedah? Baik buat lagu baru best2 lagi bagus. Ada ke netizen pertikai tak pernah post gambar bertelekung? Yg netizen pertikai just tudung & baju yg tak tak menepati ciri2 syariah compliance.
Quote annadonna 17-11-2020 12:16 PM
Aku setuju aje apa dia cakap. Dia nak meroyan ke itu hak dia sebab netizen yg kacau dia dulu. Kalau netizen boleh menyalak kenapa dia tak boleh meroyan. Dia ada maruah juga. Bukan semua org macam siti nurhaliza yang boleh diam macam patung walau dihina. So aku setuju aje apa yuna ckp
Quote jane_hopper 17-11-2020 12:16 PM
Acah2 diva plk, setakat ko nyanyi dkt us tu as gred C artis baik ko diam je
Quote salmon-suki 17-11-2020 12:23 PM
So?nak kena tepuk tgn ke?penyanyi y makin lama makin "telanjang"...
Quote cikX87 17-11-2020 12:24 PM
macam intro ke arah nak hijabless je
Quote Tinot7 17-11-2020 12:33 PM
Dia saje buat story ke.... ada benda lain???
Quote zehra2 17-11-2020 12:38 PM
orang yg suka mengutuk ni sbb dia tak pandang diri dia sendiri.
yuna tu mmg penyanyi.. itu karier dia.. kalo korang tak suka pi laa minat penyanyi lain.
dia berbakat.. boleh tulis lagu.. boleh menyanyi dgn cara sendiri..
kalo suka lagu mendayu-dayu pi la minat dato ct..

kenapa korang sipengutuk nak suruh yuna jadi mcm yg korang ndak? dia bukan penyanyi lagu nasyid pun.. bertudung tu mmg wajib.. tp tak boleh la kita nilai org yg tak bertudung atau pakai turban je... dia bukan org baik-baik.
Quote me12345 17-11-2020 12:40 PM
Setuju dia ckp...tunjuk dan buat 2 perkara berbeza
Quote Acikgomen 17-11-2020 12:48 PM
zehra2 replied at 17-11-2020 12:38 PM
orang yg suka mengutuk ni sbb dia tak pandang diri dia sendiri.
yuna tu mmg penyanyi.. itu karier d ...

Tahnye lantak dia lah
Dah korang tak minat dia, so ferlu ke korang tegugat kot2 dia bagi bad influence kat korang
Karier dia kat USA sana
Sendu ke idak, dia dpt job dpt show dari music industry sana lebih byk dari sini
Lagi satu dia nak duduk USA ke balik msia ke sukati dia la
Tiket kapai terobang dia beli sendiri passport pun kerajaan msia yg granted, rumah sewa dia kat LA sinun pun bukan tagih duit rakyat msia pun
Quote LadyCarefree 17-11-2020 12:52 PM
husna_amal replied at 17-11-2020 11:06 AM
Kan lagi baik kalau dia dengar nasihat /pendapat orang. Kalau tak nak ikut pun tak perlu lah bidas d ...


Aik? Orang boleh lempar nasihat kat dia, tapi dia tak boleh nak jawab balik?
Quote follesegal 17-11-2020 12:53 PM
nape kite rasa dia bcakap psl jah ek? td ada stalk dia pnya following xda nma jah pn
Quote LadyCarefree 17-11-2020 12:55 PM
annadonna replied at 17-11-2020 11:16 AM
Aku setuju aje apa dia cakap. Dia nak meroyan ke itu hak dia sebab netizen yg kacau dia dulu. Kalau  ...

Ekzekli. Kalau orang boleh lempar nasihat (kunun) kat dia, dia pun boleh jawab balik dan nasihat orang. Hehehehee
Quote RatuDunia94 17-11-2020 01:03 PM
Sebenarnya the idea utk "muslim girl wearing hijab dominate hollywood stage" tu mmg x kan terwujud pun.. hollywood mng dikuasai ummah liberal..

Lihat semua komen(181)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 03:51 PM GMT+8 , Processed in 0.156733 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top