CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Viral Foto Warga Asing Gelang Pink Di Tapak Binaan, Dengar Dulu Penjelasan Dr Noor Hisham

18-11-2020 09:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2296| Komen: 7

Description: Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang tersebar pa ...
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah meminta orang ramai supaya mendengar penjelasan daripada pihaknya terlebih dahulu sebelum memberikan komen mengenai isu tular yang tersebar pantas di media sosial.


Isu tersebut berkaitan dengan beberapa keping gambar yang menunjukkan pekerja warga asing masih bekerja meskipun dikenakan pemakaian gelang merah jambu.

Dr Noor Hisham dalam satu kenyataan pada Selasa memaklumkan, pekerja tersebut masih boleh bergerak di dalam kawasan tapak binaan berkenaan kerana mereka merupakan saringan surveillance (pemantauan) dan bukan saringan kontak rapat.

Foto: FB

“Jangan komen dulu sehingga dengar penjelasan ini. Sebenarnya, seramai 264 daripada 273 yang telah disaring, adalah melalui saringan surveilance tapak bina.


“Mereka berada di dalam kawasan tapak bina (rumah kongsi basement 1&2 dan rumah kongsi tepi sungai).

“Mereka diberikan gelang pink kerana bukan warganegara untuk mengelakkan daripada keluar dari tapak bina.



“Tetapi mereka masih boleh bergerak didalam tapak bina kerana ianya saringan surveillance bukan saringan kontak rapat,” jelasnya.

Tambah Dr Noor Hisham, pihak pemaju bagi kawasan pembinaan tersebut telah diminta untuk memastikan kesemua yang disaring berada dalam kawasan tapak binaan.

“Dua orang pengawal keselamatan diletak di pintu masuk tapak bina dan pihak polis IPD wangsa maju juga melakukan pemantauan setiap hari.

“Pemaju juga dinasihatkan untuk melakukan kerja-kerja disinfeksi,” katanya.

Foto: FB

Menerusi perkongsian yang dibuat menerusi Facebook rasminya pada Selasa, Dr Noor Hisham turut menjelaskan bahawa pada 13 November 2020 sehingga 15 November 2020, pemaju telah memberhentikan operasi buat sementara waktu.

“Pemaju mengentikan operasi bagi memberi laluan kepada kerja-kerja pembersihan dan nyahcemar sehingga keputusan saringan diperolehi pada 15 November.

“Release order atau pelepasan dan pemotongan gelang pink telah dilakukan pada 15 November, jam 11 pagi di tapak bina berkenaan.

“Hasil saringan mendapati terdapat satu kes positif sahaja tetapi kes ini tidak tinggal di tapak bina, tetapi menetap di luar tapak bina,” ujarnya.

Untuk rekod, Dr Noor Hisham menjelaskan bahawa terdapat kontak rapat yang mana seramai lapan orang telah di kuarantinkan dan tempoh kuarantin ialah selama 14 hari iaitu pada 7 November sehingga 20 November.

“Kesemua pekerja yang lain adalah negatif dan telah diberikan pelepasan (release order) pada 15 November kecuali lapan orang kontak rapat kepada kes positif tadi masih menjalani tempoh kuarantin,” jelasnya lagi. -CARI

Sumber: AWANI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matchstick 18-11-2020 10:25 AM
Yg tukang ambik gmbr tu sape..kongsikong tu semua tapak pembinaan tu la rumah mereka. Dh ko pegi ambik gmbr kt rumah/ tmpt dia ko bising plak ngape mereka bebas bergerak. Ko expect diorg tu duduk statik mcm tugu je ke selama 2 minggu
Quote mbhcsf 18-11-2020 10:28 AM
hmm dengar tu asyik gossip situ sana sini , sensationalised berita macam makcik bawang
Quote nazza2802 18-11-2020 11:21 AM
dorng pakai gelang warna apa pn klu selagi x keluar kat public xpe la.. dah situ tmpt keje, situ gak umah dorang..xpe la.. adoiii tu pn nak jadi isu..
Quote husna_amal 18-11-2020 11:58 AM
Yang viralkan gambar ni saje nak cetuskan isu.
Quote kucingitam 18-11-2020 12:10 PM
most of them warga asing yg kerja kat construction site ni makan tido berak kat site la.. rumah kongsi kan...

Quote jahcomel 18-11-2020 12:11 PM
sape y ambik gambar tu bongok bebenornyoooo...
Quote Tinot7 18-11-2020 10:09 PM
Yg viral tu tak tahu kisah sebenar ke?

Lihat semua komen(7)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:50 AM GMT+8 , Processed in 0.846491 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top