CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Sampai Seminit Buka Face mask, Mustaqim Bahadon Kena Kompaun RM1000

17-11-2020 04:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7162| Komen: 36

Description: Pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.
Pelakon Mustaqim Bahadon dikenakan kompaun RM1,000 atas kesalahan tidak memakai pelitup muka di tempat awam di Wangsa Maju, di sini, kelmarin.

Mustaqim, 35, yang ketika itu berada di depan kedai gunting rambut miliknya akur apabila didkawa melanggar prosedur operasi standard (SOP).


Foto: IG

"Dalam kejadian dalam jam 5 petang itu, saya berada beberapa langkah dari depan kedai untuk menghisap vape (rokok elektronik). Saya tak nak hisap di dalam sebab ada pelanggan. Saya pun gantung 'face mask' di beg pinggang. 

"Tidak sampai seminit, empat anggota polis dan penguatkuasa Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) datang menghapiri saya dan minta kad pengenalan. Mereka terus keluarkan saman. Saya bertanya atas kesalahan apa dan diberitahu saya tidak memakai pelitup muka di kawasan awam. 


"Saya menjelaskan kenapa saya buka pelitup muka, tapi seperti dimaklumkan ia tetap kesalahan dan melanggar SOP kerana saya berada di tempat awam. Mereka kata, salah tetap salah. Jadi, saya pun mengakui salah dan berjanji tidak mengulangi lagi," katanya.


Mustaqim menasihati orang ramai supaya sentiasa mematuhi SOP ditetapkan kerajaan dan jangan sesekali leka walaupun seminit terutama ketika berada di tempat awam.

"Walaupun saya tanggalkan sekejap, ia tetap satu kesalahan. Saya tidak mahu salahkan pihak berkuasa. Mungkin nasib saya tak baik tertangkap walaupun selama ini ikut SOP.


"Saya nak ingatkan kepada semua supaya jangan ambil mudah perkara ini sebab mungkin selama ini kita fikir tak salah walaupun berada seorang diri di luar dan tak bercampur, tak berkumpul, tapi kalau masih di tempat awam, masih tetap bersalah. Jangan jadi seperti saya. 

"Saya terfikir juga, macam mana dengan orang lain yang makan di restoran atau yang merokok di bawah pokok tapi masih di tempat awam. Jadi, berhati-hati semua," katanya. -CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote September14 17-11-2020 05:03 PM
Walaupun sesaat klu ko x bernasib baik nak buat mcmne kan...
Quote sarah82 17-11-2020 05:28 PM
berita ni patut diprint, frame kan dan boh kat kedai2 makan...baru ramai takut kena byr 1k dan pakai mask...aku rengsa tengok makcik2 turun kereta nak beli lauk lepas tu x pakai mask alasan sekejap saja nak beli lauk
Quote Orix 17-11-2020 05:35 PM
nsib la sbb bukan muntri abahcow.... kalo kau muntri abahcow aman2 jah
Quote Normabaru 17-11-2020 05:37 PM
Hisap vape dlm kereta la.. Dh tahu polis bt rondaan... Jadila cerdik sikit.. Heheh
Quote Ara_roro93 17-11-2020 05:40 PM
But anything I selalu terkonpius heolls & supi rasid si penyanyi tuh ! Persis sungguh
Quote lattehazelnut 17-11-2020 05:40 PM
Yo la seminit.. at least org hisap rokok ada timeframe sampai ke putung rokok..
Yang vape ni selamba badak hisap ikut suka..
Quote slyfynx 17-11-2020 05:41 PM
Actually ni adelah iklan kedai gunting rambut dan vape kah?
Quote adelea 17-11-2020 05:43 PM
Laaa awat hg bukak mask ...
Mmg kena pakai laa pakcik
Quote Scheherazade 17-11-2020 06:57 PM
Haih mata aku baca coil hub tu coli hub.
Quote salmon-suki 17-11-2020 07:10 PM
sarah82: berita ni patut diprint, frame kan dan boh kat kedai2 makan...baru ramai takut kena byr 1k dan pakai mask...aku rengsa tengok makcik2 turun kereta nak ...


y dalam lrt pun sama..geram betul ignorant mcm ni..
Quote minah_selekeh 17-11-2020 07:11 PM
Side effect vape ni, buat orang jadi bodoh jugak ke?
Quote one_aiman 17-11-2020 07:14 PM
wrong time wrong place la ni..nak wat macam mana dah memang kena pakai..bagus la dia sedar kesalahan dan tak merempan
Quote Perawankota 17-11-2020 07:44 PM
Aku kuar Dr umah nak turun lobby kt bawah pon wajib pakai mask oiii
Quote Cassieopeia 17-11-2020 07:55 PM
tp bwru minggu lepas aku tgk polis ada anggota dbkl pun ada dok isap rokok elok je tepi jln. relax je xpakai mask..
Quote LadyCarefree 17-11-2020 09:40 PM
Tak malu ke ngaku buat dosa? Vaping is haram.
Quote fadz84 17-11-2020 10:06 PM
Klu tgh mkn kat restoren blh je buka kejap kn masa mkn tu.. x buka mask nk sumbat mknan cmne..
Quote RatuDunia94 17-11-2020 11:00 PM
Apa motif heols duk cabang kat satu dunia kena saman 1K? Bangga sebab kena saman?? Ke konon2 x heran setakat RM1k?? Org kalau kena saman malu nk bgtau kat org.. siap boleh tanya mcm mana nk vape kalau pakai mask. Penting sangat ke vape ko tu??
Quote YomiuriLandMae 17-11-2020 11:11 PM
padan muka
Quote Rhyno 17-11-2020 11:15 PM
Perlu kesian ke.....

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 08:44 AM GMT+8 , Processed in 0.059383 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top