CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Nak Rakyat Gusar, Putera William Rahsia Positif Covid-19

2-11-2020 11:26 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3944| Komen: 18

Description: Putera William mengalami kesukaran bernafas selepas diuji positif Covid-19, namun memilih untuk merahsiakannya daripada rakyat.
Putera William mengalami kesukaran bernafas selepas diuji positif Covid-19, namun memilih untuk merahsiakannya daripada rakyat.

The Sun melaporkan, Duke of Cambridge itu merahsiakan keadaanya kerana tidak mahu mencetuskan kebimbangan dalam kalangan rakyat.



Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge

The Sun melaporkan, pewaris takhta diraja Inggeris berusia 38 tahun itu disahkan positif Covid-19 pada April lalu iaitu beberapa hari selepas bapanya, Putera Charles dan Perdana Menteri Britain, Boris Johnson dijangkiti virus berkenaan.

Suami kepada Kate Middleton itu dirawat dan menjalani kuarantin di Anmer Hall, kediaman keluarganya di Norfolk.

Bagaimanapun, William masih melakukan 14 panggilan telepon dan video sepanjang April.


Kredit foto: IG Duke and Duchess of Cambridge


Menurut sumber, Keadaan William agak teruk hingga sukar bernafas dan membuat orang di sekelilingnya menjadi panik. Bagaimanapun, William nekad meneruskan tugasannya seperti biasa.

Selepas berita mengenai Charles dan Boris positif Covid-19, William khuatir akan mencetuskan panik dalam kalangan rakyat sekiranya dia mendedahkan perkara sebenar.

"Ketika itu, dia merasakan ada perkara lebih penting perlu diberi perhatian.

"Kejadian itu juga membuat dirinya sedar bahawa sesiapa saja boleh dijangkiti Covid-19 dan betapa pentingnya untuk semua pihak memandang serius perintah lockdown kedua di Britain," kata sumber.- CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote husna_amal 2-11-2020 12:48 PM
Rahsia2 pun tapi bocor juga berita positif covid ni.
Quote HYSB 2-11-2020 01:00 PM
Jadi harry balikkah ke england semula?
Quote Maideen. 2-11-2020 01:25 PM
Begitu sekali pengorbanan Putera William sehingga menyembunyikan hakikat sebenernya agar rakyat tidak gusar....... Semoga Kate merawatnya dengan baik dan Allah SWT memberika syifa kepada baginda.
Quote belilies 2-11-2020 01:26 PM
Ni kalu kene kat harry mesti dibuat bahan oleh meghan tagih simpati
Quote suzycutegal 2-11-2020 02:23 PM
Kesiannyaaa
Quote Scheherazade 2-11-2020 04:06 PM
Dah ok ka skrg? Sbb baca dr artikel, kena in April.
Quote Orix 2-11-2020 04:57 PM
so far xde lagi kan yg kena covid di kalangan org ternama n terkenal di dunia ni meninggal ? Trump aritu pn rmai speku x lama sbb dah tua n obes kena cobid, ujong2 makin lancang pulak mulut atok Trump tu lepas sembuh
Quote cmf_premierleag 2-11-2020 04:59 PM
kalo dia meninggal means harry la akan naik takhta??? ke cemana?
tp akak mmg benci pun royalist ni semua incl nenek dia elizabeth tu
Quote keviljeann 3-11-2020 02:20 PM
Thank you so much for sharing such a useful information. I will definitely share this with others
https://mysurvey.onl/www-olivegardensurvey-com/
Quote airisa 4-11-2020 01:27 PM
cmf_premierleag replied at 2-11-2020 04:59 PM
kalo dia meninggal means harry la akan naik takhta??? ke cemana?
tp akak mmg benci pun royalist ni  ...

kalau charles & william mati, anak dia next in line .. selepas 3 beradik tu, baru harry
Quote sambaldurian 4-11-2020 01:37 PM
airisa replied at 4-11-2020 01:27 PM
kalau charles & william mati, anak dia next in line .. selepas 3 beradik tu, baru harry

eh harry ada lg dlm line ke. bkn konon2 melepaskan keistimewaan royalty demi isteri tercinta.
Quote slavehunter 4-11-2020 01:40 PM
William makin tua dah makin rupa Charles. Selama ni rupa mommy dia.
Quote cmf_premierleag 4-11-2020 02:20 PM
airisa replied at 4-11-2020 01:27 PM
kalau charles & william mati, anak dia next in line .. selepas 3 beradik tu, baru harry

akak pun x sure la sis
sbb akak ingatkan harry pun in line to the throne bagai
so mmg heshe x masuk dlm senarai la ye konsepnya
Quote airisa 4-11-2020 02:22 PM
cmf_premierleag replied at 4-11-2020 02:20 PM
akak pun x sure la sis
sbb akak ingatkan harry pun in line to the throne bagai
so mmg heshe x ma ...

masih dalam line .. tapi no 6 la

1. charles
2. william
3. george
4. charlotte
5. louis
6. harry
7. anak harry
8. adik charles

cam tu la ..
Quote cmf_premierleag 4-11-2020 02:32 PM
airisa replied at 4-11-2020 02:22 PM
masih dalam line .. tapi no 6 la

1. charles

means harry masih lagi berada dlm top 10 carta Era.fm
Quote annehuda 4-11-2020 02:35 PM
ntahle aku rasa die sorok tu bkn taknak kasi rakyat bimbang tapi taknak kene bahan dgn rakyat gamaknye.  mase boris dan prince charles positif tu pun kene troll gak ngan rakyat sendiri
Quote BicaraHatiku 6-11-2020 12:40 PM
makin nipis rambut nya...
Quote Artemesiaa 6-11-2020 12:40 PM
Betul tu mungkin tak nak jadi bahan isu macam yang lain sebab tu dirahsiakan bukan sebab tak nak rakyat bimbang

Lihat semua komen(18)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 06:14 PM GMT+8 , Processed in 0.174075 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top