CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Masuk Usia Warga Emas, Zul Yahya Pertimbang Watak Sesuai Kalau Nak Buat 'Comeback'

2-11-2020 10:33 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 7732| Komen: 43

Description: Jika sebelum ini Zul Yahya mendakwa karier dalam bidang seni kurang berkat, terbaru pelakon itu mengakui masih menerima tawaran dan akan mempertimbangkan watak sesuai jika memilih untuk kembali ke per ...
Jika sebelum ini Zul Yahya mendakwa karier dalam bidang seni kurang berkat, terbaru pelakon itu mengakui masih menerima tawaran dan akan mempertimbangkan watak sesuai jika terasa ingin kembali ke persada seni.



Kedit foto: IG Zul Yahya

"Tawaran memang ada, tapi saya sendiri yang pilih untuk berehat terlebih dahulu. Kalau ada keinginan untuk kembali berlakon, saya akan buat tapi mengikut kesesuaian.

"Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.

"Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga," katanya kepada Harian Metro.

Berkongsi mengenai perkembangan terkini pula, Zul yang menguruskan perniagaan berasaskan makanan berkata, dia akan membuka kedai runcit pula.




"Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat kerana Allah permudahkan banyak urusan saya dan kini, saya bermastautin di Ipoh. Dah nak masuk usia warga emas ini, saya kembali ke sini dan membuka perniagaan di Meru.

"Bila dah terbabit dalam perniagaan makanan, kita jadi dekat dengan pelanggan dan kita sediakan produk untuk mereka. Disebabkan itulah, saya perlu berikan tumpuan penuh kepada perniagaan ini dan tak boleh terlepas pandang.

"Insya-Allah, bulan depan pula saya akan membuka kedai runcit di kawasan sekitar tempat tinggal. Semakin banyak tanggungjawab saya selepas ini, tapi itu semua yang mengisi jadual harian saya," katanya. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote de_ikea 2-11-2020 10:38 AM
Jaga diri kat meru tu ya abg zul
Quote TerataiMelur02 2-11-2020 10:42 AM
Kurang berkat.. Hujung2 akan pertimbangkan jugak
Quote krustykrab 2-11-2020 10:57 AM
Pulak dah...dulu ckp x berkat segala ...skg nk masuk balik pulak...
Quote sekel 2-11-2020 10:57 AM
TerataiMelur02 replied at 2-11-2020 10:42 AM
Kurang berkat.. Hujung2 akan pertimbangkan jugak

mulut tu jgn ckp lepas

Quote Boomibulat 2-11-2020 11:02 AM
Ganti Tok Adi boleh la kut..
Quote Burong_Hantuk 2-11-2020 11:04 AM
Dia nampak tua daripada umur sebenar
Quote YomiuriLandMae 2-11-2020 11:53 AM
kata aritu nak bersara terus.. konon rezeki x berkat la hape la..
Quote mamajawie 2-11-2020 12:17 PM
krustykrab replied at 2-11-2020 10:57 AM
Pulak dah...dulu ckp x berkat segala ...skg nk masuk balik pulak...

bisnes xjalan kot hangpa kena la paham..xpun heollss nak bercerai bak kata spekuan forumer kalu retis nak buat comeback ni..

Quote kukukatablog 2-11-2020 12:38 PM
mamajawie replied at 2-11-2020 12:17 PM
bisnes xjalan kot hangpa kena la paham..xpun heollss nak bercerai bak kata spekuan forumer kalu re ...

bisness dia mmg masyuk steam boat dia full house memanjang....
Quote husna_amal 2-11-2020 12:43 PM
Dah sibuk2 macam tu mana lah sempat nak berlakon lagi.
Quote krustykrab 2-11-2020 12:50 PM
mamajawie replied at 2-11-2020 12:17 PM
bisnes xjalan kot hangpa kena la paham..xpun heollss nak bercerai bak kata spekuan forumer kalu re ...

Paham tu mamajuwie...
Tapi mulut tu tok sah dok lancang sgt perli org bila kita nk berhijrah ke arah yg lebih baik..jgn dokperli  org lain jahil tukil kita ni warak sgt..kan dah jilat balik ludah sendiri..malu tau malu
Quote sidewinder 2-11-2020 12:54 PM
duit dah tak der laa tu.....bukan pernah kata berlakon ni haram ke ? ......
Quote TerataiMelur02 2-11-2020 12:56 PM
sekel replied at 2-11-2020 10:57 AM
mulut tu jgn ckp lepas

Oooo.. K.
Quote Orix 2-11-2020 12:57 PM
kata tak berkatttttt
Quote mamajawie 2-11-2020 01:31 PM
kukukatablog replied at 2-11-2020 12:38 PM
bisness dia mmg masyuk steam boat dia full house memanjang....

yeke?so what for nk join industri seni bak kata heollss dulu duit xberkat ni??ludah jilat balik ke?ehehehehe

Quote mamajawie 2-11-2020 01:35 PM
krustykrab replied at 2-11-2020 12:50 PM
Paham tu mamajuwie...
Tapi mulut tu tok sah dok lancang sgt perli org bila kita nk berhijrah ke a ...

itu la heollss ni da amnesia ke nyanyok dulu kemain sembor duit haram la kotor jijik berbau najis babi kekdahnya ujung2 nak berlakon balik..choiiiiiiiiiiiii sgat2..len la biz bankrap ke atau bini mnta cerai sampai si pokcik ni tinggal sehelai roti kirai jahhh cm si bisol omma tu..

Quote suzycutegal 2-11-2020 02:24 PM
Semoga berjaya
Quote umbut 2-11-2020 03:43 PM
X payahlah... ko kan dah ala2 ustaz cam ustazah bakyah..... ini semua dosa haram x berkat....
Quote krustykrab 2-11-2020 04:25 PM
mamajawie replied at 2-11-2020 01:35 PM
itu la heollss ni da amnesia ke nyanyok dulu kemain sembor duit haram la kotor jijik berbau najis  ...

Biz bankrap or bini mintak cerai pun bukan alasan nk menghalalkn balik benda yg haram...byk lg keje lain pokcik blh buat selain bergelumang dlm industri seni ni.
Terlajak kete boleh tukar gear reverse, terlajak ckp, no nehi tari balik..

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.059650 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top