|
Jika sebelum ini Zul Yahya mendakwa karier dalam bidang seni kurang berkat, terbaru pelakon itu mengakui masih menerima tawaran dan akan mempertimbangkan watak sesuai jika terasa ingin kembali ke persada seni.
 Kedit foto: IG Zul Yahya
"Tawaran memang ada, tapi saya sendiri yang pilih untuk berehat terlebih dahulu. Kalau ada keinginan untuk kembali berlakon, saya akan buat tapi mengikut kesesuaian.
"Kalau watak yang ditawarkan itu kena dengan usia, lebih matang dan mungkin lebih serius, saya akan pertimbangkan.
"Kalau boleh, biarlah karakter yang saya lakonkan itu, ada nilai dalam penyampaian kepada penonton dan menjadi asbab untuk sampaikan sesuatu yang baik buat masyarakat juga," katanya kepada Harian Metro.
Berkongsi mengenai perkembangan terkini pula, Zul yang menguruskan perniagaan berasaskan makanan berkata, dia akan membuka kedai runcit pula.
"Alhamdulillah. Saya bersyukur sangat kerana Allah permudahkan banyak urusan saya dan kini, saya bermastautin di Ipoh. Dah nak masuk usia warga emas ini, saya kembali ke sini dan membuka perniagaan di Meru.
"Bila dah terbabit dalam perniagaan makanan, kita jadi dekat dengan pelanggan dan kita sediakan produk untuk mereka. Disebabkan itulah, saya perlu berikan tumpuan penuh kepada perniagaan ini dan tak boleh terlepas pandang.
"Insya-Allah, bulan depan pula saya akan membuka kedai runcit di kawasan sekitar tempat tinggal. Semakin banyak tanggungjawab saya selepas ini, tapi itu semua yang mengisi jadual harian saya," katanya. - CARI
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|