CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Kecoh 'Hukum Kafan Haiwan', Salah Ke Balut Bangkai Kucing?

27-10-2020 11:39 AM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 5005| Komen: 13|Original author: Oleh: LilRose

Description: Kecoh di Twitter mengenai 'hukum mengkafankan' bangkai kucing seperti dilakukan gadis ini.
Kecoh di Twitter mengenai 'hukum mengkafankan' bangkai kucing seperti dilakukan gadis ini.

Pengguna akaun @itsamysy dalam satu entri menunjukkan proses menanam bangkai anak kucing dan dalam masa sama, berkongsi mengenai seekor kucing betina yang seolah-olah meratapi kematian anaknya.



Kredit foto:


Dalam video dan gambar dikongsikannya itu menunjukkan bangkai berkenaan dibalut persis jenazah dikafankan.

Bagaimanapun, gadis itu menegaskan bahawa dia hanya menggunakan tisu untuk membalut bangkai anak kucing berkenaan.

"Ni sampai mintak keluarkan hukum kafan binatang bagai ni apehal?" tulisnya.



Kredit foto: Twitter

Sementara itu, dia yang mahu dikenali sebagai Aimi Syahidah berkata kepada mStar mengakui berkecil hati dengan komen negatif dilemparkan segelintir warganet terhadapnya.

"Sebenarnya tak banyak, ada dalam beberapa sahaja komen negatif tu. Ada yang kata tak elok kafan haiwan macam tu, ada yang pertikai kenapa korek lubang tak berapa dalam sebab bimbang haiwan lain makan.

"Saya sedikit kecil hati juga kerana komen yang diberikan tu melulu dan tak bertanya pun. Namun saya ada buat penjelasan juga di Twitter bahawa itu bukan kain kafan, tapi hanyalah tisu," katanya.


Kredit foto: Twitter

Dalam masa sama, Aimi Syahidah menjelaskan bahawa sehingga hari ini 'kubur' berkenaan masih elok tidak diganggu (dikorek) haiwan lain. - CARI
1

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Belibis 27-10-2020 11:58 AM
Demi sesudu viral.
Quote annehuda 27-10-2020 12:16 PM
budak2 twitter mmg takde keje ke suma benda nak dikecam? pastu suka sgt nk melawan arus. nak melawan arus pegi la blaja berenang
Quote husna_amal 27-10-2020 12:41 PM
Isu2 budak twitter ni tak payah masuk campur sangat. Kebanyakkan batak diorang ni.
Quote Artemesiaa 27-10-2020 01:01 PM
Benda tu pun dan jadi isu.  Anggap jelah tuan punya buat sebegitu atas rasa sayang pada kucing kesayangannya dan tak lebih dari tu atau niat lain dari itu
Quote lattehazelnut 27-10-2020 01:09 PM
Whats on Twitter should stay on Twitter
Quote obria 27-10-2020 02:04 PM
aiyo...benda ni pun jadi isu ke..
Quote eyansss 27-10-2020 02:26 PM
annehuda replied at 27-10-2020 12:16 PM
budak2 twitter mmg takde keje ke suma benda nak dikecam? pastu suka sgt nk melawan arus. nak melawan ...

hahahaha...  tergelak aku part belajar berenang tu...

Quote mdhelmi 27-10-2020 04:03 PM
kalo xnk org komen macam2 dia xkan upload kat media social
Quote renko 27-10-2020 05:08 PM
pergi jahanam la dua2
tukang upload dengan tukang komen
Quote esbok 27-10-2020 05:14 PM
Artemesiaa replied at 27-10-2020 01:01 PM
Benda tu pun dan jadi isu.  Anggap jelah tuan punya buat sebegitu atas rasa sayang pada kucing kesay ...

sebab dia publish ke orang kot. kalau buat sorang2 dia, rasanya mungkin la tulus sayang tu.
Quote Artemesiaa 27-10-2020 05:22 PM
esbok replied at 27-10-2020 05:14 PM
sebab dia publish ke orang kot. kalau buat sorang2 dia, rasanya mungkin la tulus sayang tu.

Itulah silapnya bila semua benda nak dikongsi.  Bila dah dikongsi pastilah akan ada komen2 yang tak mahu didengar.  Zaman sekarang bukan semua boleh berpandangan positif pada satu2 isu tu ramai yang suka berfikiran negatif.
Quote Thecatnextdoor 28-10-2020 06:04 AM
Mana kecaman twitter tu tak nampak pn
Quote siputpepel 28-10-2020 11:01 PM
tak chill langsung....

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 06:57 AM GMT+8 , Processed in 0.051324 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top