CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sokong Karikatur Nabi, Presiden Perancis Cuba Hidupkan Semula Perang Salib?

27-10-2020 05:39 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 10762| Komen: 113

Description: Arab dan negara Muslim menggesa produk keluaran Perancis diboikot susulan presidennya, Emmanuel Macron menyatakan sokongan terhadap perbuatan menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai kartun bukan perka ...
Arab dan negara Muslim menggesa produk keluaran Perancis diboikot susulan presidennya, Emmanuel Macron menyatakan sokongan terhadap perbuatan menggambarkan Nabi Muhammad SAW sebagai kartun bukan perkara salah.


Beliau dengan angkuhnya menyatakan Perancis tidak akan menghalang penghinaan terhadap Islam dan Nabi dalam bentuk karikatur.


Kredit foto: CNN

Ia susulan kematian seorang guru, Samuel Paty yang dipenggal pada awal bulan ini selepas menunjukkan karikatur Nabi di dalam kelas dan menganggapnya sebagai kebebasan bersuara.

Berikutan itu, presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan pada Isnin dalam perbahasannya menyeru rakyatnya memboikot produk Perancis.

Beliau juga menggesa pemimpin Eropah mengatakan 'tidak' pada Macron dan kempen kebenciannya.

Sementara itu, lebih 50 cawangan rangkaian pasaraya di Kuwait merancang untuk memboikot produk dari negara berkenaan.



Keadaan di sebuah pasaraya di Kuwait yang memboikot produk Perancis
Kredit foto: CNN

Jordan juga melancarkan kempen boikot di mana beberapa kedai runcit menggantungkan papan tanda yang menyatakan bahawa mereka tidak menjual barangan keluaran Perancis.

Begitu juga sebahagian kedai di kedai di Qatar termasuk rangkaian pasaraya Al Meera yang memiliki lebih 50 cawangan di rantau Arab.

Manakala Universiti Qatar akan menangguhkan Minggu Budaya Perancis sehingga dimaklumkan kelak.

Sementara itu, Sinar Harian melaporkan gerakan Hamas dalam satu kenyataan menerusi jurucakapnya, Sami Abu Zuhri berkata, pendirian Macron itu adalah cubaan untuk menghidupkan semula Perang Salib yang pernah dicetuskan Perancis sebelum ini. - CARI

Bagus
2

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kurenblack 27-10-2020 06:32 PM
Malaysia tak nak boycott ka?
Quote toynme 27-10-2020 06:40 PM
Rakyat msia ni selalunya hangan2 taik ayam je kalau nak boikot memboikot
Quote zjen 27-10-2020 06:48 PM
amerika tengah cari peluang utk perang  ...  sama istilah dgn mei 13,    nak cari 'musuh baru'  utk menyatukan rakyat amerika,  cara terbaik utk pudarkan dendam antara kulit hitam dan omputih

so rakyat Malaysia perlu berhati hati ...  ejen yahudi aka pengkhianat bangsa tak habis habis cari peluang utk bangkitkan sensitif rakyat keluar merusuh spt Thailand dan indon
Quote kurenblack 27-10-2020 06:53 PM
Ya la tu.. aku pon salah seorg rakyat malaysia yg  hangat2 taik ayam tu. Isu ni memang tengah hangat skrg tapi kat msia orang tak ambil tau sgt. Sibuk dengan isu covid dan politik dlm msia agak nya.
Quote biozipstar 27-10-2020 06:55 PM
zjen replied at 27-10-2020 06:48 PM
amerika tengah cari peluang utk perang  ...  sama istilah dgn mei 13,    nak cari 'musuh baru'  utk  ...

oh itu yg mcm aku dengar pASal rusia makin helok perangai tu... dah makin terbuka dgn islam dan dah tinggalkan komunis. jadi rusia mendapat tempat di hati orang islam. lepastu org amerika takut.. itu ke?
Quote brownstone 27-10-2020 06:59 PM
Orang islam dah kena jerat.

What do u expect when kafir lukis kartun konon itu nabi kita??? Of course niat jahat diorang nak provoke, nak orang Islam mengganas.

And what we do? Masuk perangkap again. Kartun kot? Esok dia lukis nabi bulat, lusa macam segi tiga, tulat pula empat segi...hell, who knows macam mana rupa Nabi?? Yg kita nak marah2 mcm org gila ni apahal?
Quote kurenblack 27-10-2020 06:59 PM
biozipstar replied at 27-10-2020 06:55 PM
oh itu yg mcm aku dengar pASal rusia makin helok perangai tu... dah makin terbuka dgn islam dan da ...

Putin seribu kali lg bagus dari macroni dan trump. Sekurang2 nya dia tak incite islamophobie dan racisme pada rakyat2 dia.
Quote kurenblack 27-10-2020 07:05 PM
brownstone replied at 27-10-2020 06:59 PM
Orang islam dah kena jerat.

What do u expect when kafir lukis kartun konon itu nabi kita??? Of co ...

Kalau orang insult mak bapak kita pon kita marah. Pada aku tindakan boycott ni antara jalan yang baik utk sedarkan macron untuk hormat orang2 beragama.

Tindakan sembelih cikgu tu mmg aku condemn lah. Tapi tak mustahil pon kalau benda ni pon dibuat/dirancang geng2 macron sendiri utk bg rakyat dia benci org islam.
Quote MissYouSayang 27-10-2020 07:21 PM
Itu sebab la x perlu nak extremis sgt.x perlu nak rasa terhina sgt.  x pasal2 org yg x bersalah kena nanti. Mmg x belajar dr sejarah lampau ke?
Quote Lolalala 27-10-2020 07:37 PM
apa product France ya? boleh cuba avoid untuk beli
Quote zjen 27-10-2020 07:46 PM
Edited by zjen at 27-10-2020 07:47 PM
biozipstar replied at 27-10-2020 06:55 PM
oh itu yg mcm aku dengar pASal rusia makin helok perangai tu... dah makin terbuka dgn islam dan da ...

biar weols senaraikan siapa yg mebi akan di serang ... Rusia dan China terlalu kuat,  amerika akan cari yg lemah sikit punya

Venezuela ...   rasa nye tak mungkin,  Rusia akan hantar tentera bantu dia

Korea Utara ...  lagi tak mungkin,   sbb ada peluru yg boleh sampai ke amerika,  lagipon amerika dah penah kalah perang korea zaman 50 an   

Iran ...  juga tak mungkin,   Iran akan terus serang negara Arab dan Isreal,  minyak Arab hanya jual amerika utk kontrol ekonomi dunia

Syria,  Iraq,  Afghanistan dah hancur ,  kalu serang pon takan bangkit rakyat amerika bersatu  ...   kalu indon kene,  weols just mampu layan popcorn jelah,   senjata weols pon tak berdaya wat pape,   asalkan rakyat mesia stay at home menjinakan COVID dgn elok elok,   jgn kasi amerika masuk dlm senarai utk di serang



Quote brownstone 27-10-2020 07:47 PM
kurenblack replied at 27-10-2020 07:05 PM
Kalau orang insult mak bapak kita pon kita marah. Pada aku tindakan boycott ni antara jalan yang b ...

Exactly! (persis Vivy Yusof)

Yg pancung kepala tu salah. Kita nak Islam disanjung (respek) bukan digerun (terror).
Quote brownstone 27-10-2020 07:50 PM
Lolalala replied at 27-10-2020 07:37 PM
apa product France ya? boleh cuba avoid untuk beli

O&g - Technip, Total
Airlines - Air France
Carrefour (dah xde kat Msia)
Sesetengah produk wine, tenusu, perfume, beg tangan, jam tangan mewah.

Quote kurenblack 27-10-2020 07:59 PM
Banyak product untuk golongan T20 ja eh.. marhein macam aku habis2 pon boycott l'oreal saja
Quote kurenblack 27-10-2020 08:05 PM
French brands
Quote Dwdrum 27-10-2020 08:06 PM
Mahu boycotte.. Habis lah acik acik perlu buang bag LV
Quote mejaputih 27-10-2020 08:07 PM
Iols baru order decathlon baru ni..company france jugak
Quote mejaputih 27-10-2020 08:09 PM
Giler ganas cikgu tu kena beheaded kan?
Quote kurenblack 27-10-2020 08:14 PM
mejaputih replied at 27-10-2020 08:07 PM
Iols baru order decathlon baru ni..company france jugak

Alah... decathlon  ni memang cabaran besar nak boycott. Barang sukan dia murah2 kan

Lihat semua komen(113)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:18 PM GMT+8 , Processed in 0.204223 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top