CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Yuna Sedih Dengan Pemandu Malaysia Langgar Spesis Terancam

13-10-2020 11:07 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 7238| Komen: 30|Original author: Oleh: Cari-Azza

Description: Masalah haiwan liar yang dirempuh atau merempuh kenderaan di jalan raya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Foto : Twitter


Masalah haiwan liar yang dirempuh atau merempuh kenderaan di jalan raya semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Menyedihkan apabila haiwan berkenaan sebenarnya diwartakan sebagai hidupan terancam menyebabkan spesies itu berdepan kemungkinan kepupusan.

Ianya mendapat perhatian penyanyi antarabangsa, Yuna Zarai yang mengecam segelintir pemandu Malaysia yang memandu terlalu lajuwalaupun di jalan sempit.



Foto : Twitter


Terbaharu, seekor tapir dewasa cedera parah apabila dilanggar kereta. Namun, haiwan itu sempat melarikan diri ke hutan berhampiran dalam keadaan cedera.

Ianya menyentap hati ramai warganet yang merasakan manusia dan haiwan tidak layak tinggal bersama-sama kerana tiadanya perikemanusiaan dalam zaman moden ini.


Foto : Twitter

Foto : Twitter

Malah, dengan pelbagai kemalangan yang berlaku sesama manusia juga menjelaskan bahawa nyawa haiwan itu sebenarnya 'murah'.


Foto : Twitter

Foto : Amazing Places

Walaupun sudah diletakkan papan tanda berhati-hati pun, pemandu di Malaysia masih menekan pedal minyak, bagaimana pula untuk berkongsi kehidupan bersama dengan spesies terancam ini? - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ashilalat 13-10-2020 11:24 AM
Bosannya si yuna..dah sendu ke kat US sana tu? Xde keje dah ke?

Although aku kesian kat tapir tu, tp buat tuduhan melulu secara general pada semua pemandu rakyat malaysia mcm over naw naw.
Quote URUHA 13-10-2020 11:26 AM
Kebanyakan pemandu kt Malaysia ni mmg suka bawak laju. Lepas tu barulah kelam kabut nak elak Next time kena letak papan tanda “Tapir Melintas” kat kawasan tu.
Quote AbukRokok 13-10-2020 11:30 AM
ya tuhan pupuskanlah semua haiwan eksotik di malaysia
polis balik dari kg nampak kambing gurun pun dah gatal tangan nak tembak kasi mati
bnasib baik xbawak sepitol
Quote Kurex 13-10-2020 11:41 AM
Sebaknya..... Memang pemandu Malaysia kebanyakan pandu memang celaka. Tak kisah la kereta apa.. sebak
Quote mesmerize 13-10-2020 11:46 AM
sedihnya tengok tapir tu.. binatang mana la reti tengok kiri kanan nak melintas.. dia ikut instinct dia aje kot seberang jalan ada makanan ke air ke kaum kerabat dia ke terus je menonong lintas.. kita makhluk yang berakal ni dah tahu nak lalu jalanraya dalam hutan kena la extra careful
Quote manehnya 13-10-2020 11:48 AM
X Kan la sengaja langgar... Nak bawa brpa yg kata laju tu

40kmj pun bleh mati jgak klu Ada crash
Quote grouper 13-10-2020 11:51 AM
X nak kecam org yg meninggal sbb langgar lembu n kerbau tu...jgn la diskriminasi lembu n kerbau binatang gak
Quote Boomibulat 13-10-2020 11:54 AM
Saya turut bersedih bsama2 Yuna..
Quote Mamason 13-10-2020 11:55 AM
Kesiannya...lari masuk utan tu agak2 mcm mana laa keadaan tapir ni...
Quote opie5662 13-10-2020 12:12 PM
Bkn masalah pemandu sebenarnye. Jalan raya mmg utk kereta.... Salahkan la tangan2 yg musnahkan habitat alam ni. Igt org suke2 ke nk langgar binatang... Bukan je kereta rosak... Nyawa pon boleh melayang tau...
Quote sidewinder 13-10-2020 12:32 PM
kalu sempat mengelak mesti laa org akan elak.....owner kete pun sayang kete dia org....kalu dah tak sempat elak buat mcm mana.....tak kan laa paksa gak mengelak sampai terbabas ke tempat lain....
Quote misc 13-10-2020 01:05 PM
Sian tapir... cedera parah tu.
Quote LadyCarefree 13-10-2020 01:21 PM
URUHA: Kebanyakan pemandu kt Malaysia ni mmg suka bawak laju. Lepas tu barulah kelam kabut nak elak Next time kena letak papan tanda “Tapir Melintas ...



Memang ada nokz.
Quote kucingitam 13-10-2020 01:27 PM
alahai..kesiannya...sedih tgk..
Quote husna_amal 13-10-2020 02:41 PM
Macam lah ada orang saje2 nak langgar binatang tu. Kalau dia mampu dia turun lah buat sesuatu selamatkan binatang liar ni.
Quote YomiuriLandMae 13-10-2020 02:54 PM
tak nak salahkan mana2 pihak sbb benda ni bkn sume org nak..
kdg2 dorg drive bknnya laju tp tetap berlanggar jgk..
yg haiwan plak dorg xde akal so pakai melintas jer..
kena ada mutual understanding on this..
Quote syamzana 13-10-2020 03:04 PM
baru semalam kwn iols langgar tapir mati jugak. jalan kecik kiri kanan ala2 hutan gitu dah mcm kat grik plak tgk nye tp area kg. tup2 tapir melintas tak sempat brek tergolek tepi jalan. kereta mmg remuk teruk.

Quote aderaderker 13-10-2020 06:06 PM
Nak pukul rata kata semua driver Malaysia bawak laju pun tak boleh juga..

Tapi kesian cik tapir,  kita ada gak hospital nak gi kalau eksiden.

Kut2 lari masuk hutan, mati je.
Parah kut tu...
Quote KBW2 13-10-2020 06:21 PM
Dia punya cakap macamlah kat Amerika sana takde roadkill.

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.075311 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top