CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Terlantar Di ICU Lepas Bakar Diri Sebab Tak Tahan Suami Cemburu Buta

12-10-2020 02:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2522| Komen: 16

Description: Wajah dan sebahagian tubuh seorang wanita melecur dan mengalami luka serius selepas membakar dirinya sendiri.
Wajah dan sebahagian tubuh seorang wanita melecur dan mengalami luka serius selepas membakar dirinya sendiri.

TribunNews melaporkan, wanita itu nekad bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta suaminya selain sering dituduh curang.


Berikutan kejadian di kuarters guru di Ohoijang, daerah Maluku Tenggara pada Khamis lalu, mangsa, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sadsuitubun di Langgur.

Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo mengesahkan motif wanita itu membakar dirinya adalah kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya berlaku curang.


Gambar hiasan

Difahamkan, kejadian berlaku ketika suami mangsa, 27, dan bapanya ada di rumah.

Menurut lelaki itu, dia sempat membantu memadamkan api yang menyambar tubuh isterinya, namun polis enggan mempercayai kenyataan sebelah pihak saja dan akan mendapatkan keterangan mangsa untuk siasatan lanjut.


Bagaimanapun, keterangan mangsa masih belum boleh diambil memandangkan hospital masih belum membenarkan sesiapa melawat wanita itu. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CARI-MAL 12-10-2020 02:11 PM
Wajah dan sebahagian tubuh seorang wanita melecur dan mengalami luka serius selepas membakar dirinya sendiri.


TribunNews melaporkan, wanita itu nekad bertindak demikian kerana tidak tahan dengan sikap cemburu buta suaminya selain sering dituduh curang.


Berikutan kejadian di kuarters guru di Ohoijang, daerah Maluku Tenggara pada Khamis lalu, mangsa, 24, kini masih dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Sadsuitubun di Langgur.


Pegawai Penyiasat Maluku Tenggara Hamin Siompo mengesahkan motif wanita itu membakar dirinya adalah kerana tidak tahan dengan suaminya yang sering curiga dan menuduhnya berlaku curang.




Gambar hiasan




Difahamkan, kejadian berlaku ketika suami mangsa, 27, dan bapanya ada di rumah.


Menurut lelaki itu, dia sempat membantu memadamkan api yang menyambar tubuh isterinya, namun polis enggan mempercayai kenyataan sebelah pihak saja dan akan mendapatkan keterangan mangsa untuk siasatan lanjut.


Bagaimanapun, keterangan mangsa masih belum boleh diambil memandangkan hospital masih belum membenarkan sesiapa melawat wanita itu. - CARI
Quote Megikari 12-10-2020 02:17 PM
Mesti laki dia yg bakar ni
Quote Abam_Leh 12-10-2020 02:20 PM
Aduh sis mod, tajuk tak menahan, thriller sungguh  


Quote SweetShera 12-10-2020 02:24 PM
buat apa bakar diri, bakar orang yg tuduh melulu tu
Quote Gomea 12-10-2020 02:30 PM
Orang yg curang ni memang suka tuduh pasangan dia curang. Nak cover kesalahan sendiri...
Quote Kurex 12-10-2020 02:34 PM
Leluhurrrrrrr
Quote Mamason 12-10-2020 02:40 PM
Laaaa pastu? sakit dapat ape pun xdak... bior le dia cemburu lantakkan... dpd hang bakor diri ape kesudahan?? Kesian betul
Quote husna_amal 12-10-2020 02:49 PM
Kalau betul bakar diri memang rugi lah. Patut yang kena bakar tu si lelaki.
Quote ikanmasin 12-10-2020 03:05 PM
tekanan perasaan sampai tak terkawal tu fikir buat mcm tu selesai masalah hakikatnya yg menangung si istri jg..
Quote TabletSusu 12-10-2020 03:26 PM
ni agaknya jenis, pompuan tu keluar gi kerja
lelaki mengangkang kat rumah  x kerja
bila pompuan balik lmbt sikit
mula tuduh bukan2

lenkali ko jantan.. gi kerja
cari duit tanggung isteri
isteri ko pulak
ko ikat kakinya dgn rantai besi
kat tiang rumah
rantai tu panjangnya cukup2
untuk dia bergerak dlm rumah
ke dapur, ke bilik air, ke bilik tidur
bodoh punya jantan

pompuan.. apsal lah ko simbah minyak kat badan sendiri
kan ke bagus ko simbah minyak kat badan suami
pastu simbah air kat badan sendiri
konon2 biar sama2 mati
pastu nyalakan api kat badan suami dulu
biar dia yg terbakar
Quote Scheherazade 12-10-2020 03:29 PM
What do you gain from this? Sendiri gak yg menderita sakit melecur. Baik berpisah je la dgn laki tu, buat legally.
Quote ina_na 12-10-2020 03:31 PM
Kesian dia.. Depresi kan mcm ni.. Kira dah x boleh fkr.. Setan hasut.. Jalan
Quote minguk 12-10-2020 03:34 PM
nasib tak kena muka, kalau tak nanti dah tak ada hidung, tak boleh nak bernafas.
Quote TomyamPuteh 12-10-2020 08:11 PM
Tajuk sensasi betul
Quote buapakperut 12-10-2020 10:46 PM
dah krnapa bakar diri sendiri
Quote sarah82 12-10-2020 11:06 PM
Aku rasa.. Laki tak guna dia yg bakar

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 05:58 PM GMT+8 , Processed in 0.338552 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top