CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Tak Puas Hati Dengan Layanan, Sharifah Zarina Dan Anak Mengamuk Di Restoran

12-10-2020 11:46 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 44244| Komen: 267

Description: Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani baru-baru ini mengamuk sebab tak puas hati dengan restoran pokok.kl.
Kredit foto: IG

Sharifah Zarina dan anaknya, Athalia Deena Buswani baru-baru ini mengamuk sebab tak puas hati dengan restoran pokok.kl.

Menerusi video yang dimuat naik, penyanyi Langit Ketujuh ini mempersoalkan tentang profesionalisme kakitangan restoran yang terletak di Petaling Jaya itu.


Katanya mereka ke sana bersama keluarga dan rakan-rakan untuk menyambut hari jadi Athalia.

Bagaimanapun bila tiba di sana mereka hanya diberi masa 15 minit untuk membuat pesanan kerana premis itu akan ditutup untuk sebuah majlis.

“Pukul 4.15 petang tiba-tiba mereka kata tempat ini ada event! Aku peduli apa event apa korang? Kau bagitahu kat mana? Letaklah besar-besar kat luar sana…Ataupun tak payah masukkan aku kat dalam list!

“Tadi aku kat depan tu que apasal  kau bawak aku masuk juga dalam ni. Tau pun kita datang ramai kan?" kata Zarina.



Sementara itu Athalia juga sempat memuat naik vido di TikTok.

Athalia dan Zarina juga mendakwa pemilik restoran memohon maaf dan menawarkan mereka dua keping kupon bernilai RM50.


Disebabkan video dua beranak tersebut tular, pemilik restoran, Christine Bong tampil memberi penjelasan. 

Katanya apa yang dikatakan Zarina adalah fitnah memandangkan notis penutupan awal sudah dimaklumkan di merata tempat.

Malah Christine juga tidak teragak-agak mencari peguam untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka. -CARI

2

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pearl.silver 12-10-2020 11:55 AM
Ni mak tompang populariti ank ke camne
Walaupun dua2 pd i x popular lgsg.x kenal.
Quote biozipstar 12-10-2020 11:55 AM
cuba up kan nama ke apa... kalau x dapat makan situ sbb tutup, lepastu pegi tempat lain, atau balik... sempat eh nak rekod. aku selalu fikir mcm tu. haha....
Quote Sugatae 12-10-2020 11:58 AM
Omg. Mother and daughter so entitled. Pekehei melalak camtu. Kalau explained baik2 kan ke mudah. Pprt sungguh perangai
Quote kaki_palsu 12-10-2020 11:59 AM
Omak ngan anak samo yo naik.. Apoo... Patut omak tu, tunjuk la elok sikit perangai..
Quote salmon-suki 12-10-2020 12:01 PM
Anak dia muka macam jehan miskin time muda2 laa..

And yes,whoareyusssssss?? Influencer celah mana?

Ntah2 tgk perangai korg y bising2 tu,,time puak restoren tu bgitaw,,mesti korg tak dgr kan.. pastu acah2 teraniaya...
Quote prizadane 12-10-2020 12:01 PM
Yes, saman both if them Datin Christine. Owner dia ni baik kot.. pernah 1 time aku nak buat event kat pokok tapi tarikh tu dah full. She called me few times and apologized. Come on Sharifah Zarina, kalau aku jadi owner pokok ni, aku malas nak layan kau
Quote sweetfasha 12-10-2020 12:02 PM
tu pun nak mengamuk???
Quote rotijohanz 12-10-2020 12:05 PM
gila glamer..............
Quote makcik.karipap 12-10-2020 12:07 PM
semoga di saman kelak.
Quote ~boolean 12-10-2020 12:08 PM
makanan pokok tak sedap pun, apa yang famili ni kemaruk sangat entah...

yang paling tak boleh blah emaknya kata nak pergi tempat lagi mahal...tapi takat ke gravy baby aja...ni lah jadinya bila marhaen beshe2 nak acah orka popular

Quote LH76 12-10-2020 12:09 PM
adakah ini spesis klu cikgu tegur anak buat salah hbs cikgu plk diseranahnya{:nose
Quote aderaderker 12-10-2020 12:09 PM
Retis sendu and influencer (whatver that means) sendu.

Gi mamps anak beranak.

Go go Pokok.kl.
Ajar sikit retis Malaysia tak sedar dihuntong nih..
Quote syakuntala 12-10-2020 12:10 PM
frust sgt kot.... x dpt mkn kat pokok
Quote obria 12-10-2020 12:11 PM
pernah jumpa dia ni kat restoran nasi kandar, tp dgn laki dan ank2 kecik jah. yg pompuan besar tu takde pulak..

tgok dari jauh, mcm ku kenai dia ni...pastu baru teringt...ohh penyanyi Langit ke tujuh
Quote Skuau 12-10-2020 12:18 PM
cam...dia kata drng x bgtau dia awal2....
Quote zyraa 12-10-2020 12:18 PM
Adoi..wat malu je...satu Malaysia tgk perangai buruk anak beranak
Quote me_xy82 12-10-2020 12:23 PM
mampo sngt g la celebrate kat 5 star hotel. dah tentu2 ade tempat. darat sngt perngai anak beranak.
dengan anak yg slang mat saleh mcm laylerrr ... macamkan lahir dekat US sane.

Quote syamzana 12-10-2020 12:24 PM
pelik2 peel org zaman skrg.
tak kenal  both of them tapi mak dia nmpk muda dgn anak sebeso itu.
Quote sonatalady 12-10-2020 12:28 PM
Mak borek anak rintik lah ni yer.
Lapar media sosial betul.kalau x dpt mkn situ blah aje lah.
Byk tempat mkn ada lg.habis2 pn bebel...sesama sendiri dh.
Yg nak panjangkan isu kenapa?
Semua benda nak citer yer...org popular katakan.

Lihat semua komen(267)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-5-2024 07:10 AM GMT+8 , Processed in 0.100560 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top