CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Video Wan Maimunah Sebak Terima Bantuan, Netizen Tanya Mana Seniman?

16-4-2020 12:00 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 1268| Komen: 6




Siapa sahaja yang tidak mengenali seniwati Wan Maimunah,67 yang terkenal dengan drama air matanya. Lama sunyi dari industri hiburan hingga tiada khabar berita, kali ini muncul dengan ucapan terima kasih kepada pemberi sumbangan yang menyalurkan bantuan kepadanya  dalam musibah Covid-19 ini.

Perkongsian yang dimuatkan oleh bekas wartawan hiburan, Tengku Khalidah itu menyentuh hati ramai warganet. Apatah lagi apabila Maimunah yang membahasakan dirinya sebagai "Ibu" tidak putus-putus mengucapkan Alhamdulillah dengan bantuan itu.


Menurut Khalidah, video itu diterimanya daripada pelakon veteran itu sendiri yang cuma mahu menyampaikan terima kasih kepada Ustaz dan pihak yang memberi bantuan. Walaupun berat pada mulanya untuk menyiarkan video itu, namun ia dilakukan juga demi mewar-warkan berita mengenai bintang seni tanah air.


"Sebenarnya saya post sebagai menghargai budi baik sahabat kami, Ustaz Sheikh Mohammad yang memang bergerak kulur kilir membantu yang memerlukan."

IG
Post ini mendapat perhatian ramai daripada warganet lalu mengimbas kembali dengan kehebatan seniwati itu kala membawakan sebarang watak.




Namun, persoalan yang lebih banyak diutarakan ialah di mana bantuan seniman dan artis-artis lain yang kononnya prihatin pada kebajikan artis veteran?

"Alhamdulillah, petang ini Ibu dapat lagi sumbangan" - IG
Apa pun, tahniah kepada pemberi sumbangan yang bergerak aktif menyampaikan barangan keperluan kepada yang memerlukan termasuklah artis veteran. Sekarang bukan masa sesuai untuk menunding jari, bersatu untuk menangani musibah ini dan pastinya ramai yang merindui aksi Wan Maimunah kembali. - CARI 
1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote hornygandalf 16-4-2020 06:44 PM
Sapa suruh makcik tak join grup telegram dorang
Quote kivio 16-4-2020 02:50 PM
Aku bkn nak cakap apa, tapi setiap kali aku tgk wanmunah menangis, walau sebegini, aku jadi musykil sikit.
Hehehe
Quote munchkin 16-4-2020 02:48 PM
Murah rezeki kamu semua  amin amin amin yrb.
Quote munchkin 16-4-2020 02:47 PM
Murah rezeki kamu semua  amin amin amin yrb.
Quote Kurex 16-4-2020 12:06 PM
Dah ada benang pasal ni kelmarin
Quote Kurex 16-4-2020 12:05 PM
Berita ni dah ada kelmarin

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-11-2024 09:28 AM GMT+8 , Processed in 0.021974 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top