CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

Jangan Berharap Kesetiaan Dari Orang Yang Tak Boleh Menjaga Diri - Bonda Rozita Ibrahim

13-4-2020 10:30 AM| Diterbitkan: Straya| Dilihat: 75748| Komen: 330|Original author: Straya


Kredit foto: Instagram bondarozitaibrahim

Kontroversi mengenai rumah tangga usahawan Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida makin hangat diperkatakan. Jika sebelum ini, kita cuma mendengar khabar angin tentang permohonan bercerai yang dibuat oleh Datin Shahida. Namun kemudian, Aliff Syukri sendiri mendedahkan surat tuntutan cerai daripada isterinya di dalam InstaStory.

Aliff Syukri tidak lagi mengikuti Datin Shahida di Instagram dan terbaru, ibu kepada Aliff, bonda Rozita Ibrahim juga dikatakan turut membuat perkara yang sama.

Memetik laporan BH Online, Datin Shahida berkata, dia tidak tahu bahawa ibu mertuanya telah tidak mengikuti dirinya dalam Instagram. "Saya tak perasan. Kalau tak bagi tahu, saya memang tak tahu. Bagi saya, itu hak dan pilihannya. Sejujurnya, saya juga tak tahu Aliff unfollow saya tempoh hari".

Bagaimanapun, kata Datin Shahida dia tidak mengambil kisah mengenai perkara itu kerana itu hak dan pilihan masing-masing.

Sementara itu, netizen membuat spekulasi mengenai kata-kata nasihat yang dimuatnaik Bonda Rozita Ibrahim di dalam Instagram, adalah ditujukan kepada menantunya, Datin Shahida.


Bonda Rozita menulis, "Kesetiaan itu adalah harga mati! Jangan berharap untuk mendapatkan kesetiaan dari orang yang tak setia. Kerana setia itu tak mudah dilakukan."

"Setia itu mahal! Jadi jangan pernah berharap untuk mendapatkan kesetiaan tu dari orang yang tak boleh menjaga dirinya," kata bonda Rozita lagi.

Beliau juga menyambung jika diberi pilihan antara paras rupa, kekayaan dunia dan setia sebagai ukuran ciri pasangan hidup, dia akan memilih setia. Status yang dimuat naik oleh Bonda Rozita bagaimanapun mendapat reaksi kurang senang daripada pengikutnya yang mendakwa ia ditujukan kepada Datin Shahida.


Kredit foto: Instagram bondarozitaibrahim


Mungkin juga nasihat yang dimuatnaik Bonda Rozita itu adalah untuk umum. Hampir setiap hari beliau rajin memuat naik kata-kata nasihat yang boleh dijadikan panduan untuk semua di dalam instagramnya. Bagaimana pula pendapat anda?- CARI 



Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (10 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote coco 13-4-2020 10:35 AM
masalahnya.... BONDA HUTAN ni setia ke kat suami dia yang pertama - apak si alip ting tong yang dah arwah tu?
Quote newyork 13-4-2020 10:35 AM
Dia kata kat diri dia dgn anak dia lah tu..
Quote slyfynx 13-4-2020 10:36 AM
Bijik la
Update kt thread sedia ade x bleh ke
Buat ape la bg perhatian kat ungka2 ni
Quote CiliPadiSedap 13-4-2020 10:39 AM
Dengan arwah ayah alif shukri pun cerai jgn sebut setia harga mati. Diri sendiri pun propa. Paku kedai rm 2, paku DIY . Mengata orang diri sendiri yang lebih
Quote CiliPadiSedap 13-4-2020 10:46 AM
Geli tengok bonda kutuk menantu diri sendiri pun xde harga setia dengan arwah ayah alif shukri, lagi campur rumah tangga anak menantu.

Ni lah drama melayu. Bila cerai je menantu salah.drama ini akan berterusan xmustahil netizen akan jadi bawang rangers backup datin shahida kaw2.
Quote bungarose 13-4-2020 10:48 AM
Bonda ala2 humblebrag gak secara halus
Quote belilies 13-4-2020 10:51 AM
Drama je kot... Nak buat promo. Mustahil deyols xde ig personal. {:question
Quote Bergosip 13-4-2020 10:54 AM
So, siapa curang?

Caption untuk diri sendiri ke?
Apa niiiiii
Quote juruterra 13-4-2020 10:55 AM
bengong family ni
Quote sarah82 13-4-2020 10:56 AM
Hahahahaah.. Lagi seorg.. Menulis tak tengok cermin.
Quote qicki 13-4-2020 10:57 AM
aiyoo...dendiam sudah la bonda.....cuba bonda kawen dgn hasben perangai cam anak dia...tengok tahan ke x...setia harga mati....phuii la
Quote Bergosip 13-4-2020 10:58 AM
CiliPadiSedap replied at 13-4-2020 10:46 AM
Geli tengok bonda kutuk menantu diri sendiri pun xde harga setia dengan arwah ayah alif shukri, lagi ...

Dengan gaya hidup AS yang macam tu.
Asyik dia je betul

Netizen jujur cakap suara dia tak sedap, dia boleh pertahankan statement yang suara dia sedap. Whattttt

Lepastu kalau ada apa2 kesalahan yang dia buat. Asyik2 up video ala2 menangis dengan statement "Kenapa ada orang dengki saya, saya tak buat salah pon. Saya bayar zakat, saya meniaga tolong orang. Apa salah saya".

Baru2 ni, pergi rumah bonda dia masa PKP. Pon samaaaaa, upload video ala2 menangis.


Tinggi jugak kesabaran Datin Shahida layan AS
Quote Ladybird910 13-4-2020 11:00 AM
Talking to the mirror ke cmne ni. Hehe
Quote dudaberhias 13-4-2020 11:03 AM
aliff syukri, awak kena terima hakikat awak takkan jadi the kardashian....
dah cuba pelbagai cara nak jadi over popular dari retis2... tapi masih di situ je kan...
now bisnes merosot 90 peratus siap mintak kurang cukai....

menyanyi dah...
berlakon dah...
dera anak dah...
cari perhatian dah...
jadi bodoh dah...
tunjuk anak beranak nampak telo dah....
jadi bangang dah....
tinggal mati je belum....
Quote URUHA 13-4-2020 11:03 AM
Ni lah dia NBNU ~  Nenek Baru Nak Up. Diam2 sudah. Nak jugak post kt social media. Lapor perhatian gamaknya Money can’t by class anyway
Quote beatgirlX 13-4-2020 11:16 AM
Percayalahhh...dah banyak alu tgk..masa maaih menantu atau ahli keluarga..masa tu masih la blh back up ..ko la menantu @ ahli keluarga terbaik bagai..bila dah x ada apa2..anak jugak jd pilihan...kecuali nora..untung mertua masih sayang..
Lagi satu kalau anak ada org lain yg lebih berduit..ayat yg keluar..dah tertulis begitu nasibnya..redho je la...
Aku dengar mcm pgjdjjgjtjfjdfisuwkd
Quote LadyCarefree 13-4-2020 11:23 AM
coco replied at 13-4-2020 09:35 AM
masalahnya.... BONDA HUTAN ni setia ke kat suami dia yang pertama - apak si alip ting tong yang dah  ...

Yng ada ni laki ke 4 eh?
Quote kuzaime 13-4-2020 11:37 AM
Perkataan setia, x menjaga diri. Dah macam nak mengata si menantu tu curang ke apa??
Mertua tetap mertua. Xkan sama mcm mak sendiri. Lagi2 kalau menantu perempuan, kot ada sesapa yg ada rezeki dapat mertua yg syg dia sama macam mak sendiri syg tu mmg patut bersyukur sgt lah.

Quote minah_selekeh 13-4-2020 11:48 AM
Macam tu la family.. Tetap akan sebelahkan darah daging sendiri no matter what.. Kalau sampai kat kita kena memilih pun, kita tetap akan stick dengan adik beradik sendiri jugak..

Lihat semua komen(330)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:38 PM GMT+8 , Processed in 0.058095 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top