CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Salam Dengan Kaki, Hashtag 'Hentikan Bersalam' Jadi Trending Elak Covid-19

5-3-2020 01:11 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 2496| Komen: 11

Description: Takut dengan jangkitan Covid-19, dikatakan penduduk di China bertukar cara bersalam dengan cara menyentuh kaki yang memakai kasut.Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan trend terbaharu itu apa ...
Takut dengan jangkitan Covid-19, dikatakan penduduk di China bertukar cara bersalam dengan cara menyentuh kaki yang memakai kasut. 

Sebuah video tular di laman sosial menunjukkan trend terbaharu itu apabila ramai mula menerima cara menyentuh kaki itu, berbanding salam dengan tangan.


Memetik laporan Daily Mail, ramai netizen di negara China berkongsi video cara bersalaman yang baharu itu menerusi laman sosial Weibo. 

Nampak mereka begitu ceria dan juga menghiburkan dengan cara tersebut.

Foto: Dailymail

Malah, dikatakan hashtag 'Berhenti bersalaman' turut menjadi trending di media sosial susulan wabak Covid-19. 

“Sekarang kita perlu mendapatkan kasut yang berkualiti. Mereka ini begitu kreatif,” kata seorang netizen. 

Pelbagai situasi berlaku yang dikaitkan dengan wabak Covid-19 yang melanda seluruh dunia pada masa ini.

Ini termasuklah memakai topeng berbentuk kostum, menghabiskan tisu di pasaran dan banyak lagi. 

Di samping itu, dikatakan di Iran orang ramai juga mula 'bersalaman' menggunakan kaki.

Manakala, di Perancis ciuman pipi turut dilarang supaya tidak menyebabkan virus tersebut merebak. - CARI 


Bagus
1

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CiliPadiSedap 5-3-2020 01:41 PM
Habislah kasut anak kotor sejak kasut boleh pakai color apa2
Quote Kurex 5-3-2020 02:45 PM
stok tisu utk syalet ke??
Quote husna_amal 5-3-2020 03:13 PM
Eleh china ni sibuk nak buat hastag bagai. Menyusahkan masyrakat dunia je.
Quote Artemesiaa 5-3-2020 03:24 PM
Kotor ler kasut macam tu elok buat style Jepun Korea main tunduk2 je.
Quote munchkin 5-3-2020 05:44 PM
Ntah angguk je dah cukup. Koser
Quote LautBiru52 5-3-2020 11:57 PM
Ooo ceria ek. 1 dunia huru hara sebab korang.
Quote monsterwife 6-3-2020 12:19 AM
Duh...pasal korang lah semua negara huru-hara
Quote clarizsa 6-3-2020 12:23 AM
Xyah nk bersalam sgt pun
I mmg x suka salam2 sentuh2 sapa pun dr dulu
Tapi itulah ada setengah acik kepam kata i biadap sbb malas salam2
Quote ina_na 6-3-2020 01:21 AM
clarizsa replied at 6-3-2020 12:23 AM
Xyah nk bersalam sgt pun
I mmg x suka salam2 sentuh2 sapa pun dr dulu
Tapi itulah ada setengah aci ...

Sama la.. Selalu gak mengelat tuk bersalam.. Sll ckp selesema... Berlakon batuk2 sikit...ramai la yg tkt.. Tp kalo gan mak saudara x de nye jalan.. Di tonyoh gak tgn dia ke muka kita tuk salam..
Quote Cassieopeia 6-3-2020 08:44 AM
jenuh nk laga kasut.. tunduk kepalapun ok dah
Quote harisbee 6-3-2020 08:54 AM
Sombongnya 2 forumer di atas x nak bersalam2an sesama insan..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:06 PM GMT+8 , Processed in 0.061780 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top