CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Parah Kerana Ikan Masin

10-2-2020 01:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3523| Komen: 16

Description: Gara-gara mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung, lelaki berusia 52 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat satu rumahnya.
Gara-gara mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung, lelaki berusia 52 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat satu rumahnya.

Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di pekan Sungai Merah, di Sibu, petang semalam.


Menurut laporan, Rayul Galaw ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di kepala.


Kredit foto: Harian Metro

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.56 petang.

“Setibanya di tempat kejadian anggota bomba mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat satu rumahnya.

“Mangsa dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung,” katanya.

Tambahnya, mangsa masih tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Sibu. - CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote minguk 10-2-2020 01:39 PM
sakitnyaaaaa... semoga cepat sembuh uncle. sempat capai tak ikan masin tu?
Quote sarah82 10-2-2020 01:46 PM
Adoiii.. Semoga uncle cepat sembuh.
Quote RatuDunia94 10-2-2020 01:46 PM
Knp lah jemur atas bumbung
Quote Kurex 10-2-2020 01:59 PM
hati2 lepas ni
Quote fliphair8 10-2-2020 02:00 PM
hadoi laa hai...semoga takde kecederaan kekal ye pakcik...pakcik bukan muda nak panjat2 bumbung bagai ni.....hakak paling kesian kalau orang tua cedera2 ni esp yg patah2 tulang or ade open wound...tak time nak baik sebab faktor umur...alangkan yg muda pun berbulan nak baik patah tulang...

ni sekadar sharing je le ye, kalau ade org tua dirumah atau org tua selalu ziarah, pasang ler handrail kat toilet tu...toilet ni mmg tempat common org tua2 jatuh...sekadar sharing
Quote any42 10-2-2020 02:12 PM
tingginya pacik jmur ikan. hrap cpt smbuh. dah tua2 ni xyah la bt kje berat2 yg brisiko.
Quote husna_amal 10-2-2020 02:34 PM
kesian orang tua tu. semoga cepat sembuh dan tiada kesan sampingan. dah sembuh boleh makan ikan masin semula.
Quote eizarz 10-2-2020 02:45 PM
teringat pulak aku kisah ikan masin yg kat indon tu..hehe
Quote KIM.K 10-2-2020 03:11 PM
Pacit prepare zombie apocalypse kit..
Quote belilies 10-2-2020 03:20 PM
Weols kat swk ni mmg kje jemur ikan masin, wlupun duit bkepok.
Quote dua_chzy 10-2-2020 03:24 PM
RatuDunia94 replied at 10-2-2020 01:46 PM
Knp lah jemur atas bumbung

Supaya anjing tak gi jilat.
Quote irapie 10-2-2020 04:45 PM
benda nak jadik..next time perlu berhati-hati
Quote munchkin 10-2-2020 05:45 PM
Alahai semoga cepat sembuh
Quote insulin 10-2-2020 07:07 PM
dua_chzy replied at 10-2-2020 03:24 PM
Supaya anjing tak gi jilat.

Terfikir juga.... Gagak memang tak makan ikan masin ke?
Quote dua_chzy 10-2-2020 08:46 PM
insulin replied at 10-2-2020 07:07 PM
Terfikir juga.... Gagak memang tak makan ikan masin ke?

Di daerah akak ni, lansung takda gagak. Macam jarang nampak gagak di Sabah. Di Sarawak sana, akak tak tau.
Quote shark_eow7 11-2-2020 02:29 PM
hurm. abg ipar pon jatuh bumbung jugak. patah tulang pinggul.

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.053851 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top