Gara-gara mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung, lelaki berusia 52 tahun parah selepas terjatuh dari tingkat satu rumahnya.
Harian Metro melaporkan, kejadian berlaku di pekan Sungai Merah, di Sibu, petang semalam.
Menurut laporan, Rayul Galaw ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di kepala.
Kredit foto: Harian Metro
Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Negeri, Tiong Ling Hi mengesahkan pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian jam 5.56 petang.
“Setibanya di tempat kejadian anggota bomba mendapati mangsa dipercayai terjatuh dari tingkat satu rumahnya.
“Mangsa dipercayai tergelincir ketika mahu mengambil ikan masin yang dijemur di atas bumbung,” katanya.
Tambahnya, mangsa masih tidak sedarkan diri ketika dikejarkan ke Hospital Sibu. - CARI |