CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Nak Cuba Makan Patty Khinzir, Tapi Bukan 'Babi Sebenar', Syarikat Ini Reka Seperti Yang Dikehendaki

10-1-2020 10:49 AM| Diterbitkan: green_lantern| Dilihat: 8723| Komen: 41

Description: Wartawan muslim diberi peluang merasai sendiri Banh Mi Khinzir istimewaMembaca ayat di atas pasti membuatkan ramai menggeleng kepala, tetapi nanti dulu, ianya bukan seperti yang anda fikirkan kerana d ...



Wartawan muslim diberi peluang merasai sendiri Banh Mi Khinzir istimewa

Membaca ayat di atas pasti membuatkan ramai menggeleng kepala, tetapi nanti dulu, ianya bukan seperti yang anda fikirkan kerana daging khinzir yang dimaksudkan bukanlah daripada khinzir sebenar. Ianya lebih kepada ciptaan sebuah syarikat produk makanan yang beroperasi di Redwood City, California menggunakan produk lain dengan mencipta 'patty' yang mempunyai bau dan aroma sama seperti daging khinzir sebenar. Jadi, ianya halal dimakan kan?

World Of Buzz


Menurut syarikat Impossible Food, ciptaan itu menghasilkan daging berperisa khinzir tapi tidak menggunakan daging khinzir langsung.

Pelik tetapi benar.

Menurut portal World of Buzz, protein utama bagi patty ini adalah berasal dari soya dan sumber lemak utama ialah minyak bunga matahari dan minyak kelapa. Mereka juga meletakkan asid amino, vitamin, gula dan sebatian yang boleh dijumpai dalam organisma hidup serta campuran bahan kimia bagi menghasilkan rasa dan aroma seperti daging asal.

Bentuk patty 'khinzir' sebelum dimasak
Rentetan itu, seorang wartawan wanita muslim yang dikenali sebagai Abrar al-Heeti telah diberi peluang untuk merasai sendiri hidangan Banh Mi Khinzir. Abrar menyatakan yang dia bukanlah pakar dalam merasa sesuatu makanan. Apatah lagi menilai makanan yang selama ini dilarang dalam Islam, jadi ianya adalah kali pertama dia mengulas mengenai hal sebegini.

IG

"Memang ia bukan daging khinzir sebenar, saya tetap merasa sukar untuk menelannya. Ketika mula mengigit, saya ada rasa seperti daging ayam di salai. Malahan rakan-rakan Cnet juga menegaskan 'patty' ini rasanya sama dengan daging khinzir sebenar."

Walaupun di dalam ulasannya, Abrar seolah-olah menyesal dengan percubaan makanan tersebut, namun makanan yang dicipta tu sememangnya bebas dari hormon haiwan dan antibiotik dari haiwan.

World Of Buzz

Jadi, bagaimana? Jika 'patty' daging 'khinzir' ada di sini, ada sesiapa yang berani mencubanya tanpa berasa loya? - CARI 




4

Bagus
6

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 10-1-2020 11:00 AM
lamb ada
beef ada
chicken fish

naper nak gak khinjir
Quote sapeka 10-1-2020 11:05 AM
Hey perluke?
Acah makan babi pun adalah berdosa kalau i tak salah
Sebab u still berniat nak makan babi
Babi mana ada halal
Pelik la
Quote lililen 10-1-2020 11:10 AM
Euww. X pernah terpikir nak makan pork. Motif nak cipta tu sbb demand tggi ke?
Quote misc 10-1-2020 11:16 AM
Gigih naw. Tak mati pun kalau tak makan babi.
Quote Artemesiaa 10-1-2020 11:26 AM
Mungkin ianya disasarkan kepada golongan vegetarian
Quote fliphair8 10-1-2020 11:30 AM
takpe le dek...tak gamak hakak walopun diketahui vegetarian...baik hakak makan kepok losong jer...
Quote tintin22 10-1-2020 11:47 AM
hahaha,bebik
Quote RatuDunia94 10-1-2020 12:38 PM
Halah halah.. dh kalau teringin sgt nk makan.. makan je lah the real one..
Quote crazybeach 10-1-2020 12:46 PM
jahpisang, sila take note yach. ko tengok cemana dia label pork free halal cuma rasa jah seakan daging babi. tak macam kau jual susu pisang tapi sepotong pisang pun takdo???
Quote NekNgah 10-1-2020 12:49 PM
No way. Ada banyak lagi benda boleh makan.

Benda ni dari dulu dah ada, dibuat untuk vegetarian.  Kita yang bukan vegetarian makan ajelah lembu, kerbau, kambing, etc.

Quote uori 10-1-2020 01:00 PM
babs ni ada sejenis bau yang hidung aku tak boleh nak terima

Quote chipsmoremore 10-1-2020 01:09 PM
dah nama khinjirrr ... idak le teman teringin nak makan
Quote Intanterpilih09 10-1-2020 01:10 PM
Loya tekak nak telan.mcm Dah xda mkanan len nak mkn.
Quote any42 10-1-2020 03:36 PM
aiyoooo. ttap la xtringin nk mkn.
Quote elzy 10-1-2020 03:51 PM
Kalau ada kat Malaysia maka beramai-ramai golongan hipster berlumba-lumba post di IG dengan bangganya mencuba daging khinzir halal.. Apalah nak jadi..
Quote tanyasikit 10-1-2020 04:01 PM
tanya sikit, makan fake pork ni boleh ubat perangai bodoh dan malas manusia tak?
Quote Pakusop 10-1-2020 04:58 PM
Ini semua muslihat jahat yang akan merosakan orang Islam itu sendiri walau pun ia nya bukan daging kinzir tali nama nya tetal kinzir dengan tak secara langsung umat islam dah pun memakan nya Dan akan terus di viaralkan umat Islam semarang dah makan kinzir
Quote Cassieopeia 10-1-2020 05:31 PM
dah xde bende lain ke nak cipta?? pastu suruh org islam yg test
Quote jazaa100 10-1-2020 07:18 PM
Org yg buat ni ingat...bila ada fatty daging babi fake ni org islam akn berebut rebut nk mencuba.....wartawan tu pun rasa menyesal cuba....

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 09:32 AM GMT+8 , Processed in 0.058070 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top