CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Hiasan Tahun Baru Cina Di Sekolah Dapat Aduan, "Bertentangan Dengan Perlembagaan"

8-1-2020 10:50 AM| Diterbitkan: hafiz.ahmad| Dilihat: 5908| Komen: 16

Description: Jalur gemilang di bawah naungan mu,Jalur gemilang kami semua bersatu,Perpaduan ketaatan,Amalan murni rakyat MalaysiaBerikut adalah lirik lagu Jalur Gemilang yang sering dinyanyikan oleh rakyat Malaysi ...
Jalur gemilang di bawah naungan mu,
Jalur gemilang kami semua bersatu,
Perpaduan ketaatan,

Amalan murni rakyat Malaysia

Berikut adalah lirik lagu Jalur Gemilang yang sering dinyanyikan oleh rakyat Malaysia semasa Hari Kemerdekaan mahupun di sekolah-sekolah. Lagu ini menceritakan tentang kemegahan bendera Malaysia dan simbol di sebalik setiap warna pada Jalur Gemilang. Tiap kali lagu ini dimainkan, pasti ada rasa 'goosebumps' pada bulu roma.



Namun, kini lirik lagu Jalur Gemilang seperti tiada makna apabila perpaduan di Malaysia semakin longgar akibat isu perkauman. Jika anda perasan, terlalu banyak isu perkauman dan keagamaan yang dimainkan di Malaysia, seolah-olah ada pihak yang sengaja mahu Malaysia menjadi porak poranda.


Jika beberapa tahun lepas kita ada isu kalimah Allah yang menjadi perdebatan panas, kini muncul pula isu tulisan Jawi yang ditentang keras oleh beberapa pihak apabila Kementerian Pelajaran bercadang mahu memasukkan pelajaran ini ke dalam silibus pembelajaran. Walhal, tulisan Jawi langsung tidak berkait dengan agama Islam, namun hanyalah warisan orang Melayu yang sepatutnya dipelihara sama seperti warisan kaum Cina dan India.


Terbaru, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Pusat Bandar Puchong 1 menerima aduan daripada ibu bapa pelajar berkaitan dengan perhiasan di sekolah sempena dengan Tahun Baru Cina. Menurut mereka, hiasan sempena Tahun Baru Cina ini seolah-olah hiasan gedung perniagaan milik China. Malah mereka turut beranggapan bahawa hiasan ini turut mempunyai unsur-unsur keagamaan yang boleh mendatangkan perasaan tidak aman dalam kalangan pelajar. 


Sambung mereka lagi, perhiasan ini adalah berlebihan dan bertentangan dengan Perkara 12(3) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan bahawa "tiada sesiapa boleh menerima apa-apa ajaran agama atau menyertai apa-apa amalam agama selain agamanya sendiri".

Sebenarnya jika dilihat daripada isu ini, aduan ini adalah lebih kepada niat balas dendam terhadap isu tulisan Jawi yang ditentang oleh persatuan Dong Zong. Buruk kesannya jika isu ini berterusan dan berbalas sesama sendiri oleh beberapa pihak. Isu seperti ini akan menyebabkan permusuhan di antara kaum Melayu dan Cina, dalam pada masa yang sama akan memecah belahkan lagi perpaduan di Malaysia. 

Kita harus berfikiran lebih rasional dan tidak memandang semua isu sebagai satu penindasan terhadap kaum yang lain. Ayuh rakyat Malaysia tolak isu perkauman! - CARI

Bagus
6

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (13 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bottombikini 8-1-2020 10:53 AM
tak cukup dgn mall-mall
skola pun nak berhias jugekk
Quote JohnnySins 8-1-2020 11:12 AM
tanya sikit...awat mesti agungkan budaya sepet?? wakakakakakakakkakakaa
Quote chicozinn 8-1-2020 11:15 AM
aku syak skola ni ramai kaum sepet n ketrua pibg pun sepet..
Quote NekNgah 8-1-2020 11:46 AM
Ada duit pulak nak hias-hias ni. Duit siapa?
Quote mizruncing 8-1-2020 11:55 AM
byk duit dorg ye. klu raya kita sikit2 mintak derma kt pelajar utk hias kelas la ape laa. btw meols tak suka cara syed saddiq perli kt twitter beliau. klu kau nk menangkan puak2 ni pn tak  pyh nk perli kaum sdri ckp bab cuti pndai plak tuntut
Quote mdhelmi 8-1-2020 12:15 PM
Edited by mdhelmi at 8-1-2020 12:17 PM

bole ke x aku pon xtau
tp kalo sekolah tu ada kaum cina dan cuma memeriahkan suasana rasanya mcm bole
selagi xde kaitan dgn benda2 ritual
lepas raya cina kang turunkanla
lebih kurang org melayu pakai baju mcm org cina dgn niat perpaduan bukan nk berlebih2
dan masih menutup aurat
tp....ntahla
mungkin bole cuba minta pandangan mufti

Quote JohnnySins 8-1-2020 12:20 PM
chicozinn replied at 8-1-2020 11:15 AM
aku syak skola ni ramai kaum sepet n ketrua pibg pun sepet..

dekat selangoq ni...sekolah yang ramai anak sepet..masa sepet new year sekolah akan tambah lagi hari cuti sekolah....extend lebih sikit...lepaih tu kena ganti....tak tau la negeri lain macam penang dan peghak...wakakakakakakakakak
Quote ina_na 8-1-2020 12:54 PM
Anak aku kat sjkc gak.. Tp aku tgk setiap kali perayaan semua nye berdeco.. Blm lg dia org bt jamuan makan2... Tinggal krismass je sjkc anak aku x sambut sbb bercuti.. Tp bl fkr2 blk.. Dl aku ms sekolah rendah kat methodis girl school (mgs) pun ade sambut perayaan2 ni.. Cny, hari raya.. Buat jamuan makan2.. Buat tanglung.. Seronok je rsnye dl.. Tp jati diri terhadap org melayu n Islam mmg x berubah.. X de pun terpengaruh gan boba2..
Quote amon_79 8-1-2020 03:13 PM
iols rasa sentap bkn sbb merayakan perayaan keagamaan tp byk nya duit sekolah nk deco2 neh... sekolah dh mgu ke 2 bukak ni pon mcm2 duit nk byr hal sekolah...
Quote Austronesian 8-1-2020 06:52 PM
Kalau ramai murid2 cina apa salahnya?
Quote QueenIsolde 8-1-2020 10:18 PM
Austronesian replied at 8-1-2020 06:52 PM
Kalau ramai murid2 cina apa salahnya?

Kheeennnn...klu nak apply jawi kt malaysia ni pun apa salahnya sbb rmai melayu
Quote sargen 8-1-2020 11:40 PM
tanye sikit kenape cine malaysie biadab sangat sampai berani  buat sekolah gomen macam sekolah milik dorang sendiri , gomen melayu  kene jajah ke??
Quote cikatilia 9-1-2020 10:37 AM
amboiii
dah mcm majlis kahwin plak aku tgk
Quote phongsakorn 9-1-2020 11:01 AM
yang betul nya khairul azam ni yang buat huru hara.. sambut lah perayaan ke semua tu takde benda pun.. yang confirm melayu tetap makan limau mandarin.. hahaha
Quote razman_el 9-1-2020 11:21 AM
Inikan negara DEMOKRASI...,pihak yang membantah hal inipun ada hak menyatakan keluh-kesah dan ketidakpuasan hatinya....Korang pun bukannya menjunjung dan taat dengan rukun negara pun...
Quote shi_jewel 9-1-2020 11:27 AM
nanti ummah sepet akan play victim, as oweeezzzzzzzzzzz

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:10 PM GMT+8 , Processed in 0.054084 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top