CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Wan Maimunah Terharu, Sebak Terima Sumbangan RM4000

17-9-2019 10:36 AM| Diterbitkan: top5complete| Dilihat: 9390| Komen: 59|Original author: Oleh: top5complete

Description: Pelakon legenda Wan Maimunah mendapat berita baik apabila dia akan menerima sumbangan sebanyak RM4,000 hasil kemenangan Datuk Rosyam Nor yang memenangi tempat pertama pada malam Jumaat lalu. Kak Wan y ...
Pelakon legenda Wan Maimunah mendapat berita baik apabila dia akan menerima sumbangan sebanyak RM4,000 hasil kemenangan Datuk Rosyam Nor yang memenangi tempat pertama pada malam Jumaat lalu.

Kak Wan yang menghadiri program All Stars Buka Panggung (ASBP) minggu kedua sebak dengan pemberian yang tidak disangka-sangka itu.



"Terus terang saya katakan, saya tak tahu saya dipilih untuk menerima sumbangan.

"Saya tidak dimaklumkan mengenai perkara itu, jadi saya ingat saya harus menyertai salah satu segmen di atas pentas, rupa-rupanya saya dipanggil untuk menerima sumbangan di penghujung program," kata Maimunah kepada Wartawan Gempak.

Kak Wan juga mengucapkan terima kasih kepada pihak Astro atas peluang itu dan dia sangat terharu.


"Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak Astro kerana sudi memberi sumbangan ini, saya benar-benar terharu," tambahnya.

Untuk pengetahuan semua, Persatuan Seniman Negara, ASBP akan menyalurkan sumbangan sebanyak RM4,000 yang dimenangi juara mingguan kepada pelakon yang banyak berbakti dalam industri hiburan tempatan.

Semoga semuanya dipermudahkan dan dimurahkan rezeki buat Kak Wan dan seniman senior yang lain di atas jasa yang mereka sumbangkan selamat ini. - CARI
3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • natrahn


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Orix 17-9-2019 10:38 AM
npe xde producer nk amek wan maimunah ni berlakon? best apaa dia berlakon
Quote laksmanabentan 17-9-2019 10:49 AM
Orix replied at 17-9-2019 10:38 AM
npe xde producer nk amek wan maimunah ni berlakon? best apaa dia berlakon

produser nak bayar ciput kot....
produser skrg lebih pentingkan rating...
cari instafemes tu semua dan kena la bayar mahal sikt....
Quote fliphair8 17-9-2019 11:12 AM
laksmanabentan replied at 17-9-2019 10:49 AM
produser nak bayar ciput kot....
produser skrg lebih pentingkan rating...
cari instafemes tu sem ...

tu le pasei...dia ni kira dah legend ler gak, berlakon mmg bagus. Rengsa aku nengok drama kemut2 sedonia berlakon, especialy kalo pairing tu ngan yg grade A cam si bella janda alip tu ngan nafiz mua tu...si fawa ngan fikri dedua kaku beku, haishhhhhh....ooopss hijack nek munah punya thread plak
moga che munah diberi kesihatan yg baik....murah rezeki tok rosham...

ps: hakak peminat dek nafiz....berlakon best and muka sangat jantan hokay! tibah...
Quote laksmanabentan 17-9-2019 11:17 AM
fliphair8 replied at 17-9-2019 11:12 AM
tu le pasei...dia ni kira dah legend ler gak, berlakon mmg bagus. Rengsa aku nengok drama kemut2 s ...

dia sesekali di bagi la watak yg bengis ker...
bos brutal ker... bos yg gila kuasa ker kan...
watak ala2 rosmah gitu kan...
aku rasa mesti menjadi la kan...
meluap2 orang benci kat dia nanti kerana watak tu kan...

jgn ler bagi watak sememeh... menangis aja kan....



Quote Kurex 17-9-2019 11:21 AM
Kurex suka tengok drama Syurga Di Mana yg ibu (wan maimunah) berlakon, yasmin hamid, bell, mariani, jijah mahzan oun berlakon sekali.. Sedih cerita tu tapi dah takde dekat yutiup
Quote chinta89 17-9-2019 11:26 AM
bosan ngn cter mcm Akasia tuh, cter semua psl kaya, harta, pasangan. muak doooo.. lbh2 labgi mak pak hero heroin semua yg umur bgetah2 lagi.

typical kalau cte yg emak hero heroin Jasmin hamid, marissa yasmin etc..

mana la nk diletaknya pelakon wan maimunah, makcik petir, n pelakon2 veteren lain? takkan nk bg watak nenek2 plk yg menyelit dlm kehidupan rumahtangga anak menantu?
Quote Boomibulat 17-9-2019 11:40 AM
Blh bayangkn msti dia nangis bsungguh2 mcm dlm drama kan ms dpt duit tu..
Quote ketambangkang 17-9-2019 11:42 AM
drp pilih pelakon2 muda bwk watak tua baiklah terus amik dia ni..aritu tgk filem Zack Kapcai kat astro, Serina Chefwan bwk watak makcik tua, haduhhh ke laut
Quote cupu 17-9-2019 11:44 AM
Aku lg tertarik ms lps tgk Buletin utama tu yg reporter tya psl alif syukri dkt ibu..diaorg ada kes apa?
Quote Rhyno 17-9-2019 11:44 AM
kenapa Wan Maimunah tak join Buka Panggung tu....
Quote ikanmasin 17-9-2019 12:16 PM
dia ni legend tau.pelakon berbakat akk suka tgk
kalau dia berlakon.jd jahat nampak sgt jahat nya dia
kalau lembut sopan elok sopan jer..pelakon2 lama mcm
dia ni ptt dpt bayaran mahal skt dr pelakon zmn skrg ni
kebanyakan nya alahai..
Quote LadyCarefree 17-9-2019 12:18 PM
fliphair8 replied at 17-9-2019 10:12 AM
tu le pasei...dia ni kira dah legend ler gak, berlakon mmg bagus. Rengsa aku nengok drama kemut2 s ...

Nabela grade A?
Quote fliphair8 17-9-2019 12:19 PM

idok ler si kemut tu yong....sah2 aku cakap pasal nafiz....sah2 ahli kemut sedonia gradeless...hehhe
Quote shida81 17-9-2019 12:25 PM
Orix replied at 17-9-2019 10:38 AM
npe xde producer nk amek wan maimunah ni berlakon? best apaa dia berlakon

drama zaman skang kan byk mak datin puan seri bagai... mn ada watak org kmpung sedey2 lagi....
tgk mak datin skang ngn ank dia pun x byk beza umur.. ntah hape2
Quote LadyCarefree 17-9-2019 01:05 PM
fliphair8 replied at 17-9-2019 11:19 AM
idok ler si kemut tu yong....sah2 aku cakap pasal nafiz....sah2 ahli kemut sedonia gradeless...heh ...

Oohhh tu la iols tekezut
Quote sleepandream 17-9-2019 01:11 PM
laaa sheols susah ke? iols rasa banyak gila drama sheols belakon...
Quote eLiaD 17-9-2019 01:28 PM
baru ni mber aq attend wedding sdara dia kt johor kebetulan plakon ni ade sma dia ckap mulot acik ni cam puaka
Quote Victorioussss 17-9-2019 02:55 PM
Alhamdulillah

Dgn ribu ribu tu bole beli gaming laptop
Quote Nenasketum 17-9-2019 02:57 PM
Punyerla lebat job masa time M. Rajoli dulu ada, duit pi mana?

Lihat semua komen(59)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061200 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top