CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

Anak Suka Ayah Cebok, Isteri Kata Biar Suami Yang Buat - Ramai Bimbang Jadi Apa-Apa

17-7-2019 01:05 PM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 14174| Komen: 94|Original author: Oleh: Shimmer Shine

Description: Anak-anak kecil biasanya lebih manja dengan emak. Apa sahaja yang dimahukan akan diminta pada emak, jarang sangat bermanja dengan ayah, lebih-lebih lagi bab membasuh punggung selepas membuang air besa ...



Anak-anak kecil biasanya lebih manja dengan emak. Apa sahaja yang dimahukan akan diminta pada emak, jarang sangat bermanja dengan ayah, lebih-lebih lagi bab membasuh punggung selepas membuang air besar. Namun berlainan dengan ibu muda ini yang berkongsi bahawa suaminya rajin menolongnya untuk mencebok anak.

Di kala suami yang lain sibuk menolak, merungut kerja remeh dan menggelikan ini, Nuriza beruntung kerana mempunyai suami yang tidak menolak untuk mencebokkan anaknya malah turut memandikan permata hati mereka. Malahan anaknya juga lebih memilih ayah berbanding ibu.

Perkongsian ini disambut baik oleh ramai isteri tentang 'ringan tulang' para suami. Bagaimanapun ada juga yang meminta para isteri berhati-hati kala terlalu memberi kepercayaan kepada suami. Bimbang jugalah jika berlaku 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang terlalu manja dengan ayahnya. Perbezaan pendapat ini semakin hangat apabila masing-masing menegakkan pendapat sendiri.



Kredit foto: FB

Beruntungnya mendapat suami yang rajin ini, tidak kekok mencebok anak malahan memandikan, membuat kerja rumah dan sebagainya adalah satu rahmat bagi mereka. Ini kerana tugasan sebagai suri, bekerjaya dan ibu dalam dunia mencabar ini sangat memenatkan. Jadi apabila mendapat pertolongan suami, ia sangat melegakan para isteri. Tidaklah hanya isteri yang terkontang-kanting membuat segala kerja rumah.

Foto : Carian Internet

Namun, bagi ibu-ibu yang tidak bersetuju pula berpendapat tidak manis apabila suami yang mencebok anak, apatah lagi jika anak itu perempuan. Bimbang juga jika berlaku perkara sebaliknya seperti yang terjadi pada kes-kes mangsa seksual sebelum ini. Ada pula yang menyatakan yang ianya sekadar untuk menunjuk-nunjuk suami siapakah yang lebih hebat.

Foto : Carian Internet

Bagaimanapun pendapat ramai pula menjelaskan yang bapa mencebok anak ini terhad pada umur 3 tahun ke bawah sahaja. Apabila usia 4 tahun ke atas dan sudah dihantar ke pra sekolah, guru akan mengajar 5 tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh lelaki, sama ada ayah, abang, atok, bapa saudara dan seangkatan dengannya. Tempat sulit tersebut ialah buah dada, kemaluan (faraj dan zakar), punggung dan mulut. Dengan ini, anak-anak akan sentiasa beringat mengenai tempat yang boleh dan tidak.

Selain itu, status ini juga mengundang mata-mata yang tidak diingini. Takut bukan sahaja bimbang tentang keselamatan anak-anak, tetapi bimbang pula ada kaki caras yang sukakan lelaki rajin sebegini. Apa pula kata anda? - CARI 
1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote CikB 17-7-2019 01:45 PM
yg pasal kaki caras tu ada betulnya...so, hati2..jgn terlalu dedahkan atau kongsi perkara2 yg patut kita simpan sendiri
Quote chinta89 17-7-2019 01:50 PM
bab mcm ni pun nk tayang atas dasar tiket nk gak gtau lelaki perlu sedar deols kena tlg wife bab basuh berak?

hey simpan sdiri x leh ke?

elok la tayang ke sweet an suami msg2 gegeh tayang sorang2 acik bawang; kalau kena sondol ape nk dikata?
Quote Bersotong 17-7-2019 01:52 PM
cebok berak ank pn cite kt fb..puih
Quote MelahJanda 17-7-2019 01:55 PM
boringnya hidup ko kak. mende gini pun up kat fb
Quote barfi 17-7-2019 01:56 PM
Acik2 kat fb ni delusional jah lebih..

Taktau ke batas ayah dan anak pompuan ??

Quote kucingTomey 17-7-2019 02:08 PM
betul saya terpikir ketika berehat di malam hari di pulau perhentian mengenang hidup saya yg tak berapa menjadi ni,...hidup kita ni bertuhan kan socmed.....kita terlampau obses nak tayang sapa punya hidup lagi baik di socmed...kalau tak buat kita jadi murung..,.,genarasi skarang dah hancur..,..ape la nak jadi genarasi nanti
Quote kucingitam 17-7-2019 02:13 PM
cerita cebok berak anak satu hal..ada yang takmo kalah, mengaku laki lebih hebat sampai kalau boleh dgn berak bini pun nak cebok..zaman sekarang, show off itu bukan takat amik gambar minum stabak, tapi juga diukur pada cebok berak...lol!
Quote Boomibulat 17-7-2019 02:25 PM
Gmbr first tu gmbr sebenar bkn sekadar hiasan kan...?
Quote Supersirap 17-7-2019 02:32 PM
pada saya biarlah kita sendiri tahu yang laki/isteri kita terlampau baik dan rajin or perfect, bukan apa takut nanti dapat kecaman seperti ini
Quote haryatie 17-7-2019 02:34 PM
punya la nak showw off
berak dia pun suami nak cebok...kononnn


Quote Foxey 17-7-2019 02:36 PM
Semua benda nak cerita, takde benda dah nak simpan. Benda personal pun diwar-warkan. Memang mengundang
Quote dua_chzy 17-7-2019 02:37 PM
Mak2 millenials. Gitu lah.
Quote Malaysia.Doom 17-7-2019 02:44 PM
kucingTomey replied at 17-7-2019 02:08 PM
betul saya terpikir ketika berehat di malam hari di pulau perhentian mengenang hidup saya yg tak ber ...

Betul la kannnn...jom Kita berhibur dengan Cara lain.
Quote crazybeach 17-7-2019 02:52 PM
yang si laki nya pun tak tanggalkan dulu ke jam tangan tu bila nak cebok berak? baju tu boleh pulak kau tanggalkan

Quote piep 17-7-2019 03:09 PM
crazybeach replied at 17-7-2019 02:52 PM
yang si laki nya pun tak tanggalkan dulu ke jam tangan tu bila nak cebok berak? baju tu boleh pulak  ...

jam G-SHOCK kut hahhaa

Quote kucingitam 17-7-2019 03:47 PM
piep replied at 17-7-2019 03:09 PM
jam G-SHOCK kut hahhaa

tu namanya show off 2 in 1...show off laki baik + laki pakai g-shock..ahaha

Quote ikanmasin 17-7-2019 04:04 PM
semua nak tunjuk nak bgt semua orang..
simpan sendiri tak bole yer..mst nak bangga
nak bgt semua org laki awak yg terbaik..gituuuu
Quote ziezot 17-7-2019 04:09 PM
Kalau ada laki camtu.. Syukurrr.. Tapi idok ler nk gebang kt socmed serata alam. Tak memasal si caras pasang perangkap
Quote meteorspeed 17-7-2019 04:12 PM
Bagi aku. Kemas umah, basuh pinggan, jemur ksin baik buat sama sama. Jgn ingat laki boleh ngankang jer kt umah tp kalu bab mandikan anak, basuh berak anak meme aku buat sendiri. Bukan tak caya kt laki tp aku riso laki skrg bukan betul.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 10:59 AM GMT+8 , Processed in 0.141820 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top