Anak-anak kecil biasanya lebih manja dengan emak. Apa sahaja yang dimahukan akan diminta pada emak, jarang sangat bermanja dengan ayah, lebih-lebih lagi bab membasuh punggung selepas membuang air besar. Namun berlainan dengan ibu muda ini yang berkongsi bahawa suaminya rajin menolongnya untuk mencebok anak.
Di kala suami yang lain sibuk menolak, merungut kerja remeh dan menggelikan ini, Nuriza beruntung kerana mempunyai suami yang tidak menolak untuk mencebokkan anaknya malah turut memandikan permata hati mereka. Malahan anaknya juga lebih memilih ayah berbanding ibu.
Perkongsian ini disambut baik oleh ramai isteri tentang 'ringan tulang' para suami. Bagaimanapun ada juga yang meminta para isteri berhati-hati kala terlalu memberi kepercayaan kepada suami. Bimbang jugalah jika berlaku 'harapkan pagar, pagar makan padi'. Lebih-lebih lagi anak perempuan yang terlalu manja dengan ayahnya. Perbezaan pendapat ini semakin hangat apabila masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
Kredit foto: FB
Beruntungnya mendapat suami yang rajin ini, tidak kekok mencebok anak malahan memandikan, membuat kerja rumah dan sebagainya adalah satu rahmat bagi mereka. Ini kerana tugasan sebagai suri, bekerjaya dan ibu dalam dunia mencabar ini sangat memenatkan. Jadi apabila mendapat pertolongan suami, ia sangat melegakan para isteri. Tidaklah hanya isteri yang terkontang-kanting membuat segala kerja rumah.
Foto : Carian Internet
Bagaimanapun pendapat ramai pula menjelaskan yang bapa mencebok anak ini terhad pada umur 3 tahun ke bawah sahaja. Apabila usia 4 tahun ke atas dan sudah dihantar ke pra sekolah, guru akan mengajar 5 tempat sulit yang tidak boleh disentuh oleh lelaki, sama ada ayah, abang, atok, bapa saudara dan seangkatan dengannya. Tempat sulit tersebut ialah buah dada, kemaluan (faraj dan zakar), punggung dan mulut. Dengan ini, anak-anak akan sentiasa beringat mengenai tempat yang boleh dan tidak.
Selain itu, status ini juga mengundang mata-mata yang tidak diingini. Takut bukan sahaja bimbang tentang keselamatan anak-anak, tetapi bimbang pula ada kaki caras yang sukakan lelaki rajin sebegini. Apa pula kata anda? - CARI
|