CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bunuh Atau Kemalangan? Mayat Pemimpin Politik Ditemui Dalam Keadaan Meragukan

15-7-2019 01:06 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 6022| Komen: 19

Description: Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan dilaporkan ditemui dalam keadaan meragukan kira-kira dua kilometer dari kenderaannya di Gebeng malam tadi.
Mayat lelaki dipercayai pemimpin parti politik di Kuantan dilaporkan ditemui dalam keadaan meragukan kira-kira dua kilometer dari kenderaannya di Gebeng malam tadi.


Gambar Hiasan


Memetik Harian Metro, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang mengesahkan menerima panggilan orang awam jam 10.55 malam sebelum Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan Bomba (EMRS) dikerahkan ke lokasi.

“Pada mulanya kami terima maklumat mengatakan ada kemalangan, tetapi anggota bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati mayat dalam keadaan meragukan.

“Kita kemudiannya memaklumkan kejadian itu kepada polis untuk tindakan lanjut,” katanya.

Difahamkan, bahagian Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pahang sedang menyiasat sama ada punca kematian mangsa disebabkan kemalangan atau terdapat unsur jenayah.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang, Datuk Othman Nanyan meminta orang ramai menunggu laporan bedah siasat.


"Bunuh atau kemalangan saya akan maklum,” katanya. - CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
3

Lawak

Bosan

Friends Rank (3 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ^CUN_GILA~. 15-7-2019 01:13 PM
Edited by ^CUN_GILA~. at 15-7-2019 05:11 PM

PRU 14:

PKR - Fuziah Salleh - menang

BN - Datuk Andrew Wong Kean Hwee
PAS - Sulaiman Md. Derus

http://www.kosmo.com.my/special/pru14/keputusan-pilihan-raya-negeri-pahang-1.657513
Quote chinta89 15-7-2019 01:41 PM
omg........

kes ape ni
Quote kikuri 15-7-2019 01:59 PM
rasanya india... ade tgk dalam komuniti kuantan... hilux dijumpai 2km dari body mangsa
Quote Wija 15-7-2019 02:07 PM
siapakah gerangan? suspicious sgt
Quote nisako 15-7-2019 02:12 PM
sape ooi...................
Quote slavehunter 15-7-2019 02:18 PM
Isk isk rival siapa la ni.
Quote Bersotong 15-7-2019 02:20 PM
radiasi lynas kot kata macai..leh la diorang inzal
Quote ainashiqa 15-7-2019 05:04 PM
Siapakah mangsa? Something fishy sungguh
Quote xtahumenahu 15-7-2019 06:09 PM
kenapa x bagitau je sape mangsa?dah laa pemimpin parti politik
Quote arm_band 15-7-2019 06:10 PM
aii slow pulak benang ni
Quote RumiMenari 15-7-2019 08:24 PM
Kematian Ketua MIC Bahagian Paya Besar, Ramesh Ganesan, 50, diklasifikasikan sebagai kemalangan jalan raya dan polis tidak menolak kemungkinan langgar lari. Polis sedang menjalankan siasatan menyeluruh termasuk pembabitan mangsa dalam parti politik - Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusuf Ali

Sumber dr BHonline 15/7/19
Quote imransulaiman 15-7-2019 09:16 PM
Ingatkan berita di luar negara.. Rupanya dalam Malaysia {:thief
Quote munchkin 15-7-2019 10:42 PM
Salam takziah kpd keluarga.
Quote grouper 15-7-2019 10:53 PM
India ngan Nigeria klau mati mesti blh jadi misteri..
Quote LadyCarefree 16-7-2019 12:25 AM
Uh takotnye mesia skrng ni
Quote moonbug 16-7-2019 05:14 PM
Apa kes?

Quote Pink_Purple 16-7-2019 06:29 PM
langgar lari ke
Quote rhea85 17-7-2019 09:04 AM
siapa ni?
Quote nono86 17-7-2019 12:28 PM
Macam2 la..terlibat kongsi gelap ke

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.100571 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top