CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Sampai Sekarang Hairan Macam Mana Peti Ais Itu Boleh Hempap Anak Hingga Cedera'

15-7-2019 12:40 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 9040| Komen: 52

Description: "Sampai sekarang saya tak boleh nak fikir macam mana peti ais setinggi 1.8 meter yang baru dibeli lapan bulan itu boleh tumbang sehingga mengakibatkan anak saya cedera."
"Sampai sekarang saya tak boleh nak fikir macam mana peti ais setinggi 1.8 meter yang baru dibeli lapan bulan itu boleh tumbang sehingga mengakibatkan anak saya cedera."

Bapa kanak-kanak lelaki yang cedera dihempap peti ais hairan bagaimana ia boleh tumbang.



Kredit foto: Kosmo

Menurut bapa mangsa, Mohd Bukhari Zainal Annuar, 33, ketika kejadian Muhammad Fawwaz Adli, 5, berada di rumah bersama ibu dan dua lagi adik lelaki berusia 2 bulan dan 3 tahun.

Ketika itu, Mohd Bukhari sedang mesyuarat parti Amanah di Rasah sebelum dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 malam memaklumkan mangsa cedera dihempap peti ais di rumah mereka di Taman Cempaka.

Katanya, isteri dan dua anak sedang menonton televisyen sebelum terdengar bunyi dentuman kuat disusuli teriakan anaknya.

"Apabila isteri menoleh, dia melihat peti ais yang diletakkan di satu sudut ruang tamu sudah tumbang dan Muhammad Fawwaz Adli terbaring di sebelah peti ais itu dengan keadaan kepalanya berlumuran darah berkemungkinan terkena bucu peti ais.


"Isteri minta bantuan jiran untuk bawa mereka hingga ke Labu dan dari situ saya mengambilnya untuk dibawa ke hospital," katanya.

Ahli Jawatankuasa parti Amanah Negeri Sembilan itu sehingga kini masih hairan bagaimana peti ais itu boleh tumbang sehingga menyebabkan anaknya cedera.

"Peti ais itu memang besar dan saya beli untuk letak barang berniaga. Pernah dia cuba masuk dalam itu, tapi bila saya nampak, saya akan marah," katanya yang mengesyaki mangsa memanjat pintu kaca peti ais terbabit menyebabkannya tumbang.

Difahamkan, Muhammad Fawwaz masih belum sedarkan diri dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tuanku Jaafar (HTJ).

Sementara itu, Exco Hal Ehwal Wanita, Keluarga dan Kebajikan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon berkata, pihak hospital memaklumkan keadaan Muhammad Fawwaz tidak terlalu serius dan dia dijangka akan menjalani pembedahan untuk membuang pendarahan pada bahagian kepalanya.  - CARI

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GincuPurple 15-7-2019 12:48 PM
peti ais 2 pintu lah ni kot?

kalau peti ais pintu kiri kanan, bila dua2 pintu dibukak memang boleh sebabkan berat lebih ke bahagian depan. pastu, kot2 budak tu panjat pulak, memang boleh tumbang peti ais dibuatnya.
Quote Boomibulat 15-7-2019 12:54 PM
X nak tuduh hantu ke?
Quote shernazz 15-7-2019 01:24 PM
Peti ais macamana ni?
Chiller ke? Sebab dia mention pintu kaca
Erm...
Quote crazybeach 15-7-2019 01:26 PM
omg terbayang pulak movie siccin 2 scene almari kayu hempap budak kecik
Quote ninja boy 15-7-2019 01:34 PM
Apa spesel petiais kulit licin sampai gigih memanjat
Quote buapakperut 15-7-2019 02:06 PM
besarnya 1.8m, yang isi susu dan cheese tu ke
Quote moonbug 15-7-2019 02:28 PM
Anak hang panjatlah kot tu. Peti ais duduk diam-diam takkan tumbang tiba-tiba. Anak pulak ada history panjat masuk peti ais kan
Quote mizruncing 15-7-2019 02:39 PM
halahhh dh penah npk anak nk cuba masuk peti ais kan. sbb tu laa. knp nk confuse plak
Quote kelana36 15-7-2019 02:39 PM
Kalau anak jenis hyper , apa nak di herankan..
Quote kucingitam 15-7-2019 03:37 PM
"eti ais itu memang besar dan saya beli untuk letak barang berniaga. Pernah dia cuba masuk dalam itu, tapi bila saya nampak, saya akan marah," katanya yang mengesyaki mangsa memanjat pintu kaca peti ais terbabit menyebabkannya tumbang.


sendiri ckp, lagi mau hairan..
Quote Artemesiaa 15-7-2019 03:39 PM
Kalau kedudukannya tak rata banyak pulak barangan diletak dibahagian pintunya jika ditarik dengan kuat atau ada yang buat aksi tarzan tak mustahil ia boleh jatuh menghempap adik tu
Quote lincute 15-7-2019 03:40 PM
tak pelik sebab lepas raya hari tu anak buah pun sama... peti ais jatuh juga tapi nasib baik pinti peti ais tu terbukak so tak hempap la budak... kalo tak arwah lah anak buah....
Quote tagas 15-7-2019 03:43 PM
hantu raye  @sitilu punye keje nih
Quote sitilu 15-7-2019 03:47 PM
tagas replied at 15-7-2019 03:43 PM
hantu raye  @sitilu punye keje nih

kau jantan anak haram jual berang kemas bini

sial punya babi hidup asik nak berutang je

bayar balik tak mau


Quote Bersotong 15-7-2019 03:50 PM
jnama apa?
Quote RatuDunia94 15-7-2019 04:07 PM
Peti ais letak kat ruang tamu???
Quote namirulmukminin 15-7-2019 04:10 PM
Ketika itu, Mohd Bukhari sedang mesyuarat parti Amanah di Rasah sebelum dihubungi isterinya kira-kira jam 11.15 malam memaklumkan mangsa cedera dihempap peti ais di rumah mereka di Taman Cempaka.
Hummm.. Ok..
Quote sinalegna 15-7-2019 04:21 PM
Boomibulat replied at 15-7-2019 12:54 PM
X nak tuduh hantu ke?

Siccin 2


Quote puteribaya 15-7-2019 04:33 PM
my ex boss..anak dia mati few years back umur 2 tahun timpa dek TV 29" yg lama dan berat tu..mati on the spot..Tv tu dia letak atas almari rendah, abang si adik umur 6 thun panjat..terjatuh atas adik..lepas boss masuk ofis balik sorang pun x sampai ati nk tanya..sebab sadis kematiannya..sian bos aku

Lihat semua komen(52)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 12:52 AM GMT+8 , Processed in 0.072416 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top