CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pro Wrestler Berhijab Pertama Di Dunia, Pheonix Rupanya Dari Malaysia!

8-7-2019 11:10 AM| Diterbitkan: natrahn| Dilihat: 13092| Komen: 70|Original author: Oleh: natrahn

Description: Bila kita membuka cerita berkenaan sukan gusti professional, pasti watak-watak klasik era WWF seperti Hulk Hogan, Sting, Giant, Undertaker dan lain-lain menerpa ingatan.
Bila kita membuka cerita berkenaan sukan gusti professional, pasti watak-watak klasik era WWF seperti Hulk Hogan, Sting, Giant, Undertaker dan lain-lain menerpa ingatan. 


Kemudian, zaman mereka disambung pula oleh Stone Cold Steve Austin, Chris Benoit, Kane, The Rock, Randy Orton, Triple H, Booker T- setiap Khamis malam jumaat di TV3, sehinggalah jaguh terkini seperti John Cena, Chris Jericho, Sheamus, Kevin Owens, AJ Styles, Jamal Pak Tongkol, Dean Ambrose dan ramai lagi. 

Negara kita sendiri sebenarnya mempunyai sekolah atau kelab untuk melatih ahli gusti profesional. 

Nor 'Phoenix' Diana adalah ahli gusti profesional berhijab pertama di Malaysia dan mungkin juga di peringkat dunia. Beliau merupakan ahli gusti profesional wanita yang bernaung di bawah Kelab Malaysia Pro Wrestling (MYPW).




Beliau mula menyertai kelab MYPW pada usia 15 tahun dan dilatih Ayez Shaukat Fonseka. Diana memaklumkan bahawa beliau tidak dilayan secara berbeza hanya kerana beliau seorang gadis atau kerana beliau berhijab. 

Jurulatih memberi layanan sama rata kepada semua ahli gusti. Diana adalah salah seorang ahli gusti wanita di kelab tersebut dan selebihnya adalah ahli gusti lelaki. 


Jurulatih Diana: Ayez Shaukat Fonseka

Ahli keluarga Diana sendiri serta rakan-rakan gustinya terkejut melihat aksi Diana semasa di dalam gelanggang. Diana adalah seorang yang agak pendiam, namun apabila berada di dalam gelanggang Diana tampil dengan sisi berbeza dan tidak pernah dilihat sebelum ini.


 
Foto: Instagram Diana

Diana juga mengalu-alukan gadis lain di luar sana yang berminat untuk menjadi ahli gusti profesional seperti beliau. Bukan mudah sebenarnya untuk menjadi ahli gusti profesional apatah lagi bagi wanita berhijab. 

Penulis doakan Nor Diana berjaya mencapai cita-citanya dan terus berusaha untuk mengharumkan nama negara. Jangan main-main dengan Diana. Siapa buat hal, habis 'kena lipat'! - CARI
1

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
2

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote imransulaiman 8-7-2019 12:18 PM
Now this is NEWS! {:good{:good{:good
Quote munchkin 8-7-2019 12:28 PM
Pergghhhh nor pheonix. Tahniah dekkkk
Quote Kurex 8-7-2019 12:29 PM
Masa zaman sekolah, kitaorang pilih 3 nama kalau tak silap, lepas tu main ojus dengan member lain, tengok siapa paling tinggi atas carta
Quote Kurex 8-7-2019 12:32 PM
Nak baring atas dada coach dia
Quote innocent_me 8-7-2019 12:37 PM
uuuuuuuuuuuuiiiiiiiii..
video takde ke?
Quote nuryakmal 8-7-2019 12:41 PM
wow!! tak nak cari gaduh dengan nor phoenix
Quote helicornia 8-7-2019 12:46 PM
aku masuk acara tarik tali pun dag sakit2 badan.kalau masuk gusti mau tak bangun terus
Quote whadda 8-7-2019 12:49 PM
woww.. terkedu akak tengok dek

[youtube]TOt4a9S7kF8[/youtube]
Quote Mfzg89 8-7-2019 12:51 PM
korng jujur jela kecik2 dulu mesti korg suka Trish Status kn.. ??
Quote Artemesiaa 8-7-2019 12:57 PM
Ada juga wakil Malaysia dalam acara ni rupanya thanks for the info
Quote natrahn 8-7-2019 01:02 PM
innocent_me replied at 8-7-2019 12:37 PM
uuuuuuuuuuuuiiiiiiiii..
video takde ke?

https://www.instagram.com/p/BmzV5a6HGQp/?utm_source=ig_web_copy_link
Quote insulin 8-7-2019 01:25 PM
Mak aiiiii............
Quote RatuDunia94 8-7-2019 01:29 PM
Dulu masa iols sekolah wwe/f ni femonena gak la.. bebudak lelaki kat sekolah masing2 ada nama gelaran wrestler masing2.. pastu jiran iols pakcik ni minat benau dgn wrestling ni.. siap ada koleksi CD bertimbun2.
Quote bezita60 8-7-2019 01:58 PM
Lucu pulak aku tgk dia lawan..
Nampak sgt tendang dan grip manja
Quote Xim 8-7-2019 02:14 PM
errrrrrr takpela . rase cuak pulek . kekekeh
Quote puanbintang 8-7-2019 02:33 PM
wow! hebat ko dek..
Quote nono86 8-7-2019 02:40 PM
Bagus dik.. jurulatih tu nama samaran ke, muka cam melayuu
Quote paz 8-7-2019 02:54 PM
Uiiinaaa dasatnya.
Quote cikatilia 8-7-2019 03:01 PM
bukan wrestling ni lakonan sahaja kah

Lihat semua komen(70)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:52 PM GMT+8 , Processed in 0.144535 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top