CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pecah Cermin Dan Pancitkan Tayar, Gadis Ditahan Khianat Kereta Ibu

10-6-2019 02:28 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3747| Komen: 14

Description: Seorang gadis ditahan selepas disyaki berbuat khianat terhadap kereta ibunya dengan memecahkan cermin dan memancitkan tayar pada Februari lalu, lapor BH Online.
Seorang gadis ditahan selepas disyaki berbuat khianat terhadap kereta ibunya dengan memecahkan cermin dan memancitkan tayar pada Februari lalu, lapor BH Online.


Kredit foto: BH Online


Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Kedah, Superintendan Chuah Seong Lim, gadis itu ditahan di Jalan Perik, Kuala Nerang semalam ketika Rondaan Cegah Kemalangan sempena Ops Selamat 15/2019 pada jam 12.45 tengah hari.

“Ketika kejadian, Pasukan Pemantauan Ops Selamat Zon Utara diketuai Asisten Superintendan Meor Amir Meor Mohd Khalil sedang membuat rondaan dan melihat kereta berkenaan dipandu dalam keadaan mencurigakan," katanya.

Difahamkan, gadis berusia 19 tahun itu pada mulanya disaman kerana tidak mempunyai lesen memandu.

Bagaimanapun, selepas semakan dibuat, pelayan pusat hiburan di Alor Setar itu didapati mempunyai rekod ‘Orang Dikehendaki’ bersangkut kes Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana khianat.


Katanya, laporan mengenai kes terbabit dibuat mangsa pada 25 Februari lalu.

Gadis itu kemudian ditahan untuk siasatan dan tindakan lanjut. - CARI

Bagus

Marah
1

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 10-6-2019 02:46 PM
msti gadis ni muka penuh kecurigaan..
Quote Pink_Purple 10-6-2019 02:53 PM
gadis melayu ke, siam ke, cina...

umur 19 dah , xmatang lagi ke
Quote sehirkedi 10-6-2019 06:45 PM
Apelah masalahnya.. Kereta mak sendiri pun dikhianat.. Esok lusa mak dah tak ada, jangan nak merempan.. Hargailah orang tua selagi mereka masih ada.
Quote whadda 10-6-2019 06:52 PM
Ko dah kenape kereta mak sendiri pon nak rosakkan
Quote insulin 10-6-2019 06:53 PM
Apa la agaknya salah mak kau terhadap kau sampai sanggup merosakkan kereta mak sendiri? Kesian kat mak kau tu dik. Penat dia besarkan kau tapi ini yang kau balas pada dia.
Quote liz001 10-6-2019 07:45 PM
anak derhaka
Quote epuepy 10-6-2019 09:47 PM
Adoi la dik. Bwk2 la mntk maaf kt mak ko. Kang mak xde, jgn menyesal x sudah
Quote TOPwind 10-6-2019 11:35 PM
bawa dia jumpa aku
Quote kakakau 11-6-2019 12:25 PM
konon2 rebel la tu. sakit hati pecahkan kete mak sendiri. tak tau selama ni mak dia susah payah cari duit nk besokan dia haih
Quote VioletsAre_Blue 11-6-2019 03:34 PM
Kesian mak dia dapat anak macam ni
Quote salmon-suki 12-6-2019 12:40 AM
Alaaaa..dadah ler tu..ape nak heran..
Quote keds 13-6-2019 03:57 PM
kereta mak sendiri pun nak cari pasal? semoga sihat selalu....

Quote Supersirap 13-6-2019 04:21 PM
Masih ada lagi pintu untuk perubahan kepada yang lebih baik
Quote Jorja 19-7-2019 08:21 PM
Jangan la kecam berabis si anak. Org kata bagaimana acuan begitula kuihnya

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.054008 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top