CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Seram, Lembaga Macam Hantu Kak Limah Datang Beraya

10-6-2019 01:52 PM| Diterbitkan: CARI-MAMS| Dilihat: 7187| Komen: 23

Description: Siapa yang tidak meremang bulu roma bila tiba-tiba sahaja tetamu tidak diundang datang ke rumah, dengan rupa rambutnya yang mengerbang.Kisah lembaga mirip hantu Kak Limah itu diceritakan oleh seorang ...

Siapa yang tidak meremang bulu roma bila tiba-tiba sahaja tetamu tidak diundang datang ke rumah, dengan rupa rambutnya yang mengerbang. 

Kisah lembaga mirip hantu Kak Limah itu diceritakan oleh seorang wanita menerusi laman Facebook miliknya. 

Memetik laporan Mstar Online, tetamu tidak diundang itu muncul di celah tetamu yang datang beraya di rumah saudaranya di Jelebu, Negeri Sembilan. 

Wanita dikenali Ramlah Kassim itu berkata lagi, gambar yang dirakam oleh anak saudaranya menunjukkan penampakan seseorang yang menyeramkan dengan rambut mengerbang. 

Foto: Mstar Online

“Lepas dua minit gambar tersebut dikongsi, kakak saya tiba-tiba yang tengah duduk, bangun ajak saya ke luar rumah sebab hendak beritahu sesuatu.


“Kakak kemudian tunjuk gambar yang anak buah saya rakam kepada saya. Hanya Tuhan saja yang tahu, masa itu saya memang terkejut bila tengok ada penampakan seperti seorang wanita dengan rambut mengerbang,” katanya. 

Katanya lagi, gambar itu dirakam pada waktu senja dan ia merupakan gambar asli (bukan suntingan). 

“Syukur [ahli keluarga] dalam kumpulan WhatsApp semua kata okay. Abang tuan rumah pun okay.

“Tetapi netizen kata macam-macam, sakalah, orang hantar sesuatu dan macam hantu Kak Limah. Kakak datang pukul 7.40 malam, mungkinlah ‘benda’ itu masuk rumah.

“Orang kata tidak elok keluar rumah waktu senja sebab ada makhluk halus. Kesimpulannya, bila hendak datang beraya kenalah pada waktu sesuai,” katanya lagi. - CARI 

3

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
3

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lolalala


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote eyansss 10-6-2019 02:06 PM
tunggu komen forumer pakar gambar...
Quote nononcrux 10-6-2019 02:30 PM
rambut ank buat geleng2 kepala kot
Quote batmana 10-6-2019 02:44 PM
kalu tgk gambar
mmg fokus tgh2 subjek, maknanya lpas snap, msti perasan punya

bukan sipi2 , sorok bwh meja ke apa

klun senang perasan, anak sdara tu msti amik byk kali..
lainla anak sdara tu umo 2 tahun
psl anak sdara aku 2 thn dh pndai amik gmba, tapi dia bukan check balik pun..

so, aku rasa hoax aja ni..
Quote unguaurora 10-6-2019 03:20 PM
Biasa la kdg2 gmbo jd blur sbb subjek x dok diam. Iols rasa bnda tu bdk kecik yg rambut x ikat tgh gerak2. So jd  la imej mcm hantu
Quote puding_caramel 10-6-2019 03:33 PM
xkan x perasan masa snap pic tu. hmm hmmm
Quote batu kikir 10-6-2019 03:58 PM
Aku tidak purcaya sama ini cerita. Manyak tipooo wooh...... Antu pun mau Raya ka??
Quote nenekglamer 10-6-2019 04:09 PM
Acik tgh flip hair barangkali tuh
Quote Simunggu 10-6-2019 04:10 PM
camera glitch
Quote putehkundor 10-6-2019 04:12 PM
raya jamu maggi goreng?
Quote johan-adx 10-6-2019 04:16 PM

haa tfikir benda yg sama
Quote giyomi 10-6-2019 06:51 PM
mgkn kak limah pon teringin makan maggi goreng raya, biarkan lah. rumah siapa lar ni, time2 raya jamu makanan sengkek camne.
Quote Vellfire 11-6-2019 08:36 AM
Edited by Vellfire at 11-6-2019 12:37 AM
batu kikir replied at 10-6-2019 07:58 AM
Aku tidak purcaya sama ini cerita. Manyak tipooo wooh...... Antu pun mau Raya ka??

antu balik raya tu..

tapi kalo malam2 tengok gambar ni seram gak
Quote None68 11-6-2019 08:56 AM
Ala tu kadang ada yg bergerak2 jadi gitulah..
Quote supernaturalee 11-6-2019 09:12 AM
actually mcm ada 2 penampakan di situ
lg satu di sblh kanan, ats, dekat tudung akak baju pink


Quote Boomibulat 11-6-2019 09:14 AM
Mungkin kak limah penggemar maggi goreng mamak..
Quote SWORKS27 11-6-2019 09:30 AM
aku percaya bulat2 gambar ni sebab aku pun penah kena juga masa snap gambar kawin member aku..
dalam banyak2 snap..yang tengah2 tu ada objek legap bentuk manusia...mana dtgnya???
wallahualam...

korang kata aku tipu meh sini aku tumbuk perut...
Quote NadaDeafah 11-6-2019 09:41 AM
tipulah.. perasan je akak ni nak glamer..
Quote kucingitam 11-6-2019 09:59 AM
datang beraya makan megi goreng je? done kecam..ahaha
Quote singajantan 11-6-2019 10:17 AM
Geng budak twitter ni...seratus post satu susah nk percaya...byk beno imiginasi

Lihat semua komen(23)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-5-2024 12:14 AM GMT+8 , Processed in 0.418588 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top