CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Roboh Banglo 4 Juta

25-9-2013 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9927| Komen: 33

Description: Shah Alam, 25 Sept : Pemilik Sebuah Banglo Dipercayai Bernilai Lebih Rm4 Juta Menggunakan Taktik Kotor Apabila Meletakkan Dua Kenderaan Bagi Menghalang Jentera Berat Majlis Bandaraya Shah Alam (Mbsa) ...

Gambar hiasan


Shah Alam, 25 Sept : Pemilik sebuah banglo dipercayai bernilai lebih RM4 juta menggunakan taktik kotor apabila meletakkan dua kenderaan bagi menghalang jentera berat Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merobohkan tembok kediaman mewah itu dalam satu operasi di Kota Kemuning, pagi semalam.

Taktik itu nyata berjaya menangguhkan operasi yang dilakukan lebih 30 anggota penguat kuasa dan pegawai Jabatan Bangunan MBSA serta polis, namun pemilik kediaman itu tetap berdepan tindakan tegas apabila MBSA mengarahkan tembok banglo yang dibina secara haram itu dirobohkan sendiri dalam tempoh dua minggu.

Itu antara kerenah terpaksa dihadapi MBSA dalam melaksanakan tugas bagi membanteras pembinaan struktur haram di dua lokasi termasuk di atas tanah milik kerajaan, di Seksyen 31, semalam.

Bagaimanapun, sebuah struktur bangunan yang dipercayai cuba dijadikan pondok kawalan keselamatan ‘elit’ yang juga dibina tanpa kelulusan tidak jauh dari kediaman berkenaan berjaya dirobohkan dalam operasi itu.

   Timbalan Pengarah Korporat MBSA, Shahrin Ahmad, berkata MBSA mengeluarkan notis amaran mengikut Akta Parit dan Jalan (Akta 133) kepada pemilik kediaman mewah itu sebelum ini, tetapi beliau enggan mematuhi arahan itu sehingga memaksa kerja meroboh dilakukan.

   “Pemilik kediaman itu membina struktur tambahan/pindaan iaitu tembok pagar tanpa kelulusan majlis. Arahan diberikan sebelum ini mengarahkan pemiliknya merobohkan sendiri tembok berkenaan namun beliau enggan.

Berikutan itu pagi ini (semalam) MBSA terpaksa merobohkannya.


   “Bagaimanapun operasi tertangguh apabila terdapat dua kenderaan menghalang jentera berat MBSA memasuki kawasan berkenaan. Pemiliknya pula berjanji akan merobohkan sendiri tembok itu dalam tempoh dua minggu,” katanya.

   Shahrin berkata, selain notis dikeluarkan MBSA, Pejabat Tanah dan Daerah (PTD) Klang juga mengeluarkan notis mengikut Kanun Tanah Negara 1965 kerana pembinaan struktur tembok menyalahi peraturan apabila didapati dibina di atas tanah kerajaan.

1

Bagus
9

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (10 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nour2001 25-9-2013 07:30 AM
lenkali bawak sekali tow truck....
Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 07:31 AM
erm..
kalau MBSA langgar ja kenderaan tu atas alasan  mengganggu pegawai semasa menjalankan tugas .. tak boleh ka? boleh kena saman?

Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 07:33 AM
nour2001 posted on 25-9-2013 07:30 AM
lenkali bawak sekali tow truck....

ades hahahaha kiter tak pikir pun pasal tow truck masa menaip soalan kat atas tadi

yang ni baru

Quote masa_lalu 25-9-2013 07:34 AM
orang ni tahu selok belok undang2 sebab tu dia buat macam tu
Quote nour2001 25-9-2013 07:46 AM
masa_lalu posted on 25-9-2013 07:34 AM
orang ni tahu selok belok undang2 sebab tu dia buat macam tu

mbsa pun boleh jugak buat yg sama...mcm owner rumah gedung ni letak keta dikawasan luar rumah dia..mbsa tarik je keta tu ckp alasan kereta di park luar kawasan rumah...habis cerita...apa2pun tunggu 2 minggu lah, owner tu tak roboh jugak, mbsa sodok je rumah / tembok tu....dah bagi cukup timeframe owner tu tak boleh lah nak kata apa2 lagi...
Quote nour2001 25-9-2013 07:47 AM
FanTasyCreaTioN posted on 25-9-2013 07:33 AM
ades hahahaha kiter tak pikir pun pasal tow truck masa menaip soalan kat atas tadi

yang ni b ...

hehe....tak de tow truck boleh je ramai2 tolak keta tu ketepi...kan...
Quote aikee04 25-9-2013 07:48 AM
Besepah rumah2 di Shah Alam yg dah xserupa rumah asal....
Quote FanTasyCreaTioN 25-9-2013 07:50 AM
nour2001 posted on 25-9-2013 07:47 AM
hehe....tak de tow truck boleh je ramai2 tolak keta tu ketepi...kan...

taruk brek kot .. tak leh push push

Quote gaara_X 25-9-2013 07:55 AM
setakat 2 kenderaan halang..apo heran..bukan tak leh tunda.....
Quote tobby 25-9-2013 07:58 AM
kuil2 haram pun patut diroboh dgn kadar segera. sebelum mrk perbesarkan & melarat2.
Quote bunga_kaseh 25-9-2013 08:30 AM
dgr cite ada juga gereja d bina kat cni sblh dewan dan seblh surau..tp kelulusan tulis buat tadika..tp tadika besar giler..4 roof d/s house...siap ada cctv n lmbg salib lg...
Quote lavajeans 25-9-2013 08:32 AM
Gambar takde ke ramli?
Quote little_sis 25-9-2013 08:33 AM
apsal MBSA x tow je keta2 tu erkkk..
Quote kukulangau 25-9-2013 08:35 AM
letak la gambar nak tengok ban-ge-low 4 juta tu
Quote shahx 25-9-2013 08:36 AM
Bukan roboh banglo. Nak Roboh tembok dgn bangunan guard jee.
Quote mjla 25-9-2013 08:36 AM
Alaa dah tuan rumah dah kawtim la...

Takat keta tu boleh dialihkan....

MBSA bukan tak biasa tarik keta...

Lawak plak aku dengo crita bangang cam ni...
Quote Megahertz 25-9-2013 08:37 AM
kalau bagi dua minggu pun kena tengok jugak........ kalau tuan rumah tu bini matyo nanti dia tak buat apa, pastu dia marah pulak orang yg nak robohkan tu............
Quote leylapple 25-9-2013 08:38 AM
banglo 4 juta tapi bina atas tanah kerajaan???

must be someone yang ada title...sebab VVIP jer suka buat keja bodoh mcm nie
Quote olaklempit 25-9-2013 08:41 AM
kalau MBSA saya percaya boleh selesai isu ni tapi kalau mbpj, hmmmm......
ada satu rumah teres kat seksyen 14, dah boleh bertukar jadi restoran cina besar pulak tu
tension siapa jadi jiran
kat penang pun macam tu juga, suka suki je nak naikkan rumah ke kedai ke,
penguatkuasaan macam hampeh, samseng berleluasa

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.403798 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top