CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Gosip Socmed Lihat artikel

"Jep Takda, Rahim Double Meaning" - Sepahtu Reunion Episod 9 Dikritik Tak Kelakar

25-3-2019 11:56 AM| Diterbitkan: Cari-Azza| Dilihat: 19917| Komen: 94|Original author: Oleh: Azza

Description: "Sudahlah Jep takda, pelakon undangan pose cantik ja, lawak Rahim lak 'double meaning', semua serba tak menjadi Sepahtu malam ni, hambar, kecewa jadinya."Begitulah antara kritikan yang diterima ba ...



"Sudahlah Jep takda, pelakon undangan pose cantik ja, lawak Rahim lak 'double meaning', semua serba tak menjadi Sepahtu malam ni, hambar, kecewa jadinya."

Begitulah antara kritikan yang diterima bagi program Sepahtu Reunion Live Official episod 8 baru-baru ini. Dengan tema kekeluargaan, rancangan yang sepatutnya menjadi lawak jenaka kepada penonton menjadi drama berat dek kerana dialog yang dituturkan tidak disulam dengan jenaka. Malahan dengan ketiadaan teraju utama, Jep, program tersebut menjadi pincang kerana masing-masing seolah hilang haluan.


Kehambaran episod kali ini bermula seawal adegan pertama dengan memaparkan Rahim yang marah-marah kepada isterinya, Fatin Afeefa yang tidak bijak menggunakan peluang mencuit hati penonton. Apa yang didengari oleh penonton di studio mahu pun di rumah hanyalah jeritan, marah-marah, lawak 18SX yang semuanya bukanlah rencah utama dalam program ini. Apatah lagi Sepahtu Reunion sebenarnya antara yang mendapat tontonan tertinggi dan ditonton oleh semua peringkat umur.


Ramai yang bengang dengan Rahim kerana menggunakan lawak lucah sepertimana pernah digunakan dalam kumpulan Jalur dan Joras ketika bertanding satu ketika dahulu. Bagi penonton, ia sangat tidak sesuai kerana kumpulan Sepah (Jep, Shuib dan Mamat) lebih terkenal dengan jenaka membahankan sesama sendiri berbanding menggunakan lawak lucah.

Malahan apabila satu video menunjukkan Rahim menunjal kepala Shuib yang sedang menyanyi turut membangkitkan kemarahan penonton lalu meminta kumpulan Sepahtu mencari pelawak lain bagi menggantikan Rahim yang kurang ajar.



Kredit foto: IG

Mungkin sudah sampai masanya pihak produksi memikirkan pendapat netizen ini. Ketiadaan Jep tidak sepatutnya dijadikan masalah kerana pelawak Sepahtu seharusnya berdiri dengan kaki sendiri. Tetapi sebaliknya terjadi apabila pogram yang sepatutnya menghiburkan para penonton menjadi drama berat dek kerana pelakonnya yang marah-marah, menengking serta lawak lucah.

Selain mengembalikan cerita yang lebih dekat dengan hati penonton, jangan dilupakan juga lawak jenaka yang menjadi nadi program ini. Dan produksi perlu bertegas pada Rahim yang dilihat lari dari motif asal cerita ini. - CARI 


2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shida81 25-3-2019 12:02 PM
rahim tu mmg x kelakar dr awal dulu... dia ala2 azree senario
Quote syidasaleh 25-3-2019 12:07 PM
Rahim tu sentiasa memboringkan. Tp acah2 dia plg hebat.
Quote haruslah 25-3-2019 12:08 PM
rahim x klakar
lately nye episod sepahtu reunion dia nampak over sgt2
dia hempuk2 pon over x klakar
Quote Jajabeans 25-3-2019 12:13 PM
Masalahnya sepahtu reunion musim ni dh kurang kelakar. Si rahim kalau tak jerit2 tak sah. Aku paling suka yg musim 2017 tgk byk kali pun tak jemu. Musim ni takde episod mana yg betul2 memorable.si jep pun dh kurang punchline, yg lain lagilah. Apa yg boleh dipuji set sepahtu mmg hi class. Goodjob team yg setup background, lighting, deco2 mmg npk real.
Quote msdummy.2018 25-3-2019 12:16 PM
Jajabeans replied at 25-3-2019 12:13 PM
Masalahnya sepahtu reunion musim ni dh kurang kelakar. Si rahim kalau tak jerit2 tak sah. Aku paling ...

I agree dgn u... Thn ni i rasa xtgk stiap satu series pun xper... Huhuhuh
Quote laksmanabentan 25-3-2019 12:17 PM
tak tahu kenapa? aku tak pernah pun tengok si rahim ni kelakar....
tapi tetap aja acik2 kepam suka sgt dengan rahim nih...
heran... heran....
Quote kiah_mai_pulak 25-3-2019 12:21 PM
Ada lagi duk hadap benda bodoh mcm ni eh??? Kosserrrr
Quote cikenet76 25-3-2019 12:22 PM
rahim tu nampak sangat dia nk menonjolkan diri...kononnya dia yg paling win dlm grp tu tp sorry to say...lawak dia x menjadik...plus ayat2 lucah yg selalu kuar tu cukup mnyakitkan kan hati sedangkan rancangan ni anak2 yg paling byk suka tonton...
Quote mieymiey 25-3-2019 12:26 PM
Apa komen bini muda Rahim?
Quote maxim 25-3-2019 12:31 PM
Abang rahim korg.. Ckp nk menjerit2 jah.. Apa yg lawak xtau
Quote ouch! 25-3-2019 12:51 PM
sian dakayim

lol
Quote gummygummy 25-3-2019 12:52 PM
dala tak kelakar langsung, pastu melawak 18sx je kerjanya. nyampah gilaaa. mmg off kat sepah sebab Rahim ler
Quote sheqim 25-3-2019 01:08 PM
Baru sedar ke rahim tu tahpape.. dengan lontaran dialog tak jelas.. memang tak tangkap apa dia cakap.. memang rahim tu tak lawak... macam mana boleh masuk sepahtu iols pon tak paham...
Quote tikusmontok 25-3-2019 01:44 PM
paling menyampah dgr dia kat radio. cakap laju2 tak tentu buah butir lepas tu gelak bodo.
Quote pavlovachoc 25-3-2019 01:51 PM
Jmpt la mamat sepah lak..
Quote Rapz 25-3-2019 02:08 PM
Asal tk pgl je mamat sepah gantikan si rahim tu...rahim nie dr jalur & joras mmg tk kelakar harapkan sepahtu je nama dia naik....
Quote whadda 25-3-2019 02:09 PM
selalu tak dengar jelas ape yg si rahim ni cakap.. dah la laju pastu kemam perkataan.. cer cakap sebutir sebutir clear macam jep
Quote Jennyrol 25-3-2019 02:11 PM
Rahim ni mmg over.. Adoii
Quote ienna2403 25-3-2019 02:14 PM
rahim tak pernah kelakar. setiap kali berdialog acah2 tggu org bersorak. over, kasar, ayat kasar, double meaning. hahaha geram sangat bunyi nya.

stop dengar sinar bila rahim ada.

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:00 PM GMT+8 , Processed in 0.448106 second(s), 64 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top