CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Isteri Sambut Hari Vasektomi, Hadiahkan Suami Kek Sperma

5-3-2019 12:20 PM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 5563| Komen: 11|Original author: Oleh: M&M

Description: Kek sememangnya sinonim dengan sambutan apa-apa hari yang istimewa, contohnya hari jadi, ulangtahun perkahwinan, berjaya masuk ke universiti dan sebagainya. Dengan adanya kek, ia menandakan hari yang ...
Kek sememangnya sinonim dengan sambutan apa-apa hari yang istimewa, contohnya hari jadi, ulangtahun perkahwinan, berjaya masuk ke universiti dan sebagainya. Dengan adanya kek, ia menandakan hari yang menggembirakan buat seseorang itu.

Namun, gembira itu sendiri sesuatu yang subjektif. Baru- baru ini sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat membuat keputusan untuk meraikan Hari Vasektomi bersama tiga orang anak mereka.

Kredit foto: Facebook
Wanita yang dikenali sebagai Leah Randall telah membuat sebiji kek istimewa sempena suaminya, Willie melakukan pembedahan vasektomi iaitu salah satu kaedah perancang keluarga di mana saluran sperma diikat untuk mencegah kehamilan.

Loading FB Post...

Walaupun mereka hanya mempunyai tiga orang anak, bagi mereka itu sudah ramai dan memadai, justeru vasektomi dijalankan ke atas Willie. 

Apa yang menarik mengenai kek itu ialah dekorasinya yang bertemakan sperma. Kek yang dimasak oleh Leah itu sendiri berwarna biru dan kelihatan cantik dan menyelerakan. Ia juga tertulis 'Snip Snip Hooray'. 

Kredit foto: Facebook
Bahkan, mereka turut menempah baju tee khas untuk anak-anak mereka sempena sambutan tersebut yang tertulis 'Swim Team Survivor'. Willie sendiri memakai baju t-shirt tertulis 'The Swim Team may have been cut, but the coach will never retire'. 

Kredit foto: Facebook
Ternyata ramai yang rasa idea keluarga ini adalah sesuatu yang unik dan kelakar pada masa yang sama.


Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama Leah membuat kek yang sedemikian untuk suaminya. November tahun lalu, dia turut memberi kejutan kepada suaminya dengan sebiji kek istimewa.

Kredit foto: Facebook
Beruntung dapat isteri yang suka buat kek. Suami pasti ceria-ceria selalu kerana asyik dapat makan kek! -CARI

3

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (9 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Artemesiaa 5-3-2019 12:48 PM
Kat Malaysia ni pun apa kurangnya ada jer yang suka buat kek yang pelik2 macam ni
Quote puteribaya 5-3-2019 01:12 PM
laa ingat kan kek dari sperm..rupanya dekorasi sajork
Quote fushimi 5-3-2019 01:14 PM
bagusnya laki sheols  sama sama pikul tanggungjwab merancang keluarga

kalau jantan melayu haram nak buat vasektomi


Quote innocent_me 6-3-2019 02:08 PM
puteribaya replied at 5-3-2019 01:12 PM
laa ingat kan kek dari sperm..rupanya dekorasi sajork

hahahaha jenuh la nk kumpul sperm laki dia nk buat kek. Flavour haramjadah.

Quote puteribaya 6-3-2019 02:36 PM
innocent_me replied at 6-3-2019 02:08 PM
hahahaha jenuh la nk kumpul sperm laki dia nk buat kek. Flavour haramjadah.

emm..mana tau..luar kek..tapi leleh dalam dia instead of choco..dia bubuh air tu..eeeuuwww meols ckp meols plak rasa nak vunteyy
Quote puteribaya 6-3-2019 02:40 PM
fushimi replied at 5-3-2019 01:14 PM
bagusnya laki sheols  sama sama pikul tanggungjwab merancang keluarga

kalau jantan melayu haram n ...

jate melayu pemurah..penderma sperm merata
Quote Miming2 6-3-2019 05:23 PM
Cool baju the kids tu hehe.  
Quote Ratutulip 6-3-2019 06:00 PM
bagus btl laki dia... cuba yg dkt sini.... mmg idak lh lelaki2 nk buat.... alasan anak tu rezeki... klu mmg mampu xpelh... yg tak mampu tu kesian dkt anak2...
Quote amon_79 7-3-2019 01:03 PM
anak nyer bila dah besar mesti akan rasa...OMG it's sooo embarrassing...dgn kekawan
Quote star_anisse 7-3-2019 02:08 PM
di malaysia hanya isteri yg membuat perancangan keluarga.. kdg2 terpaksa buat dlm senyap sbb  suami tak bagi. dah la taknak buat vasektomi, isteri pun dilarang amik perancang.
Quote precious_chicas 13-4-2019 03:35 AM
hahaha...swim team survivor..

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.423817 second(s), 56 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top