View: 3795|Reply: 11
|
Isteri Sambut Hari Vasektomi, Hadiahkan Suami Kek Sperma
[Copy link]
|
|
Kek sememangnya sinonim dengan sambutan apa-apa hari yang istimewa, contohnya hari jadi, ulangtahun perkahwinan, berjaya masuk ke universiti dan sebagainya. Dengan adanya kek, ia menandakan hari yang menggembirakan buat seseorang itu.
Namun, gembira itu sendiri sesuatu yang subjektif. Baru- baru ini sepasang suami isteri dari Amerika Syarikat membuat keputusan untuk meraikan Hari Vasektomi bersama tiga orang anak mereka.
Kredit foto: Facebook
Wanita yang dikenali sebagai Leah Randall telah membuat sebiji kek istimewa sempena suaminya, Willie melakukan pembedahan vasektomi iaitu salah satu kaedah perancang keluarga di mana saluran sperma diikat untuk mencegah kehamilan.
Walaupun mereka hanya mempunyai tiga orang anak, bagi mereka itu sudah ramai dan memadai, justeru vasektomi dijalankan ke atas Willie.
Apa yang menarik mengenai kek itu ialah dekorasinya yang bertemakan sperma. Kek yang dimasak oleh Leah itu sendiri berwarna biru dan kelihatan cantik dan menyelerakan. Ia juga tertulis 'Snip Snip Hooray'.
Kredit foto: Facebook
Bahkan, mereka turut menempah baju tee khas untuk anak-anak mereka sempena sambutan tersebut yang tertulis 'Swim Team Survivor'. Willie sendiri memakai baju t-shirt tertulis 'The Swim Team may have been cut, but the coach will never retire'.
Kredit foto: Facebook
Ternyata ramai yang rasa idea keluarga ini adalah sesuatu yang unik dan kelakar pada masa yang sama.
Rupa-rupanya, ini bukan kali pertama Leah membuat kek yang sedemikian untuk suaminya. November tahun lalu, dia turut memberi kejutan kepada suaminya dengan sebiji kek istimewa.
Kredit foto: Facebook
Beruntung dapat isteri yang suka buat kek. Suami pasti ceria-ceria selalu kerana asyik dapat makan kek! -CARI |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kat Malaysia ni pun apa kurangnya ada jer yang suka buat kek yang pelik2 macam ni |
|
|
|
|
|
|
|
laa ingat kan kek dari sperm..rupanya dekorasi sajork |
|
|
|
|
|
|
|
bagusnya laki sheols sama sama pikul tanggungjwab merancang keluarga
kalau jantan melayu haram nak buat vasektomi
|
|
|
|
|
|
|
|
hahahaha jenuh la nk kumpul sperm laki dia nk buat kek. Flavour haramjadah.
|
|
|
|
|
|
|
|
emm..mana tau..luar kek..tapi leleh dalam dia instead of choco..dia bubuh air tu..eeeuuwww meols ckp meols plak rasa nak vunteyy
|
|
|
|
|
|
|
|
jate melayu pemurah..penderma sperm merata
|
|
|
|
|
|
|
|
Cool baju the kids tu hehe. |
|
|
|
|
|
|
|
bagus btl laki dia... cuba yg dkt sini.... mmg idak lh lelaki2 nk buat.... alasan anak tu rezeki... klu mmg mampu xpelh... yg tak mampu tu kesian dkt anak2... |
|
|
|
|
|
|
|
anak nyer bila dah besar mesti akan rasa...OMG it's sooo embarrassing...dgn kekawan |
|
|
|
|
|
|
|
di malaysia hanya isteri yg membuat perancangan keluarga.. kdg2 terpaksa buat dlm senyap sbb suami tak bagi. dah la taknak buat vasektomi, isteri pun dilarang amik perancang. |
|
|
|
|
|
|
|
hahaha...swim team survivor.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|