CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Ngeri! Bagai Tsunami, Rakaman Detik Empangan Brazil Pecah Tular

15-2-2019 05:22 PM| Diterbitkan: NmeeraR| Dilihat: 5143| Komen: 6|Original author: Oleh: nameera

Description: Pihak berkuasa Brazil mendedahkan video rakaman detik-detik dramatik semasa empangan terbesar Brazil runtuh di sebuah lombong biji timah di Brumadinho pada 25 Januari yang lalu.Kejadian ini telah meng ...
Pihak berkuasa Brazil mendedahkan video rakaman detik-detik dramatik semasa empangan terbesar Brazil runtuh di sebuah lombong biji timah di Brumadinho pada 25 Januari yang lalu. 

Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 300 orang sama ada maut atau hilang didedahkan kepada umum pada awal Februari lalu.  Media antarabangsa melaporkan, 166 mayat mangsa telah ditemui manakala 155  lagi disenaraikan masih hilang. 

Imej dari satelit sebelum dan selepas empangan pecah. Kredit Foto : www.utusan.com.my dan radionz.co.nz




Rakaman camera litar tetutup (CCTV) menunjukkan empangan itu memuntahkan berjuta-juta tan lumpur  sehingga mengalir di sekitar kawasan perlombongan serta ladang di sepanjang pekan berdekatan Brumadinho. Rakaman ini juga menunjukkan air lumpur seperti Tsunami yang telah memusnahkan  dan menggelamkan kantin syarikat dan bangunan yang berada pada laluannya.

Kredit Foto : BBC
Ketua Pegawai Eksekutif Vale SA, Fabio Schvartsma  menyatakan kejadian itu berlaku terlalu cepat sehingga sistem penggera tidak sempat untuk mengeluarkan amaran lebih awal.  Menurutnya lagi, sistem penggera dari empangan itu  memang tidak dimatikan.


Sebelum kejadian berlaku, penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran mengaku telah mendengar bunyi bising dipercayai amaran awal.

Kredit Foto :www.foxnews.com

Dalam pada itu, seorang pegawai kerajaan negeri memaklumkan kepada Reuters, dari siasatan,  kejadian yang terjadi kerana berlakunya pencairan, proses kandungan padu pasir hilang kekuatan dan kekerasan yang kemudiannya bertukar menjadi cecair.

Wartawan BBC, Julia Carneiro turut menyatakan, punca empangan pecah milik anak syarikat Vale, tiga tahun lalu di Maria-na juga adalah ekoran pencairan struktur tanah.

"Kedua-dua empangan ini dibina di hulu sungai dan dibina atas sisa lombong kering yang me-ngandungi campuran pasir dan tanah liat seperti lumpur," katanya.- BBC

Setakat ini, lima individu telah ditahan dan dipercayai  tiga daripada mereka merupakan pegawai Vale yang bertanggungjawab dalam pemberian lesen impak alam sekitar.

Empangan terbesar Brazil yang berusia 42 tahun dan setinggi 282 kaki ketika itu dalam proses untuk dibaiki. Ketika kejadian berlaku juga pemilik empangan tersebut menyatakan ia telah lulus ujian keselamatan struktur. - CARI 
7

Bagus
7

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
5

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (40 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AbukRokok 15-2-2019 06:24 PM
magnificient
Quote Skuau 15-2-2019 07:29 PM
Kalau empangan BAKUN????
Quote moonbug 15-2-2019 07:55 PM
Terrifying moments
Quote ikanmasin 15-2-2019 10:02 PM
aduhaiii takutnye lah..
Quote lee_sakura 15-2-2019 11:07 PM
teruknya...
Quote RatuDunia94 18-2-2019 10:58 PM
Kuasa alam!

Lihat semua komen(6)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.048736 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top