View: 3013|Reply: 6
|
Ngeri! Bagai Tsunami, Rakaman Detik Empangan Brazil Pecah Tular
[Copy link]
|
|
Pihak berkuasa Brazil mendedahkan video rakaman detik-detik dramatik semasa empangan terbesar Brazil runtuh di sebuah lombong biji timah di Brumadinho pada 25 Januari yang lalu.
Kejadian ini telah mengakibatkan lebih 300 orang sama ada maut atau hilang didedahkan kepada umum pada awal Februari lalu. Media antarabangsa melaporkan, 166 mayat mangsa telah ditemui manakala 155 lagi disenaraikan masih hilang.
Rakaman camera litar tetutup (CCTV) menunjukkan empangan itu memuntahkan berjuta-juta tan lumpur sehingga mengalir di sekitar kawasan perlombongan serta ladang di sepanjang pekan berdekatan Brumadinho. Rakaman ini juga menunjukkan air lumpur seperti Tsunami yang telah memusnahkan dan menggelamkan kantin syarikat dan bangunan yang berada pada laluannya.
Ketua Pegawai Eksekutif Vale SA, Fabio Schvartsma menyatakan kejadian itu berlaku terlalu cepat sehingga sistem penggera tidak sempat untuk mengeluarkan amaran lebih awal. Menurutnya lagi, sistem penggera dari empangan itu memang tidak dimatikan.
Sebelum kejadian berlaku, penduduk setempat yang tinggal di sekitar kawasan berhampiran mengaku telah mendengar bunyi bising dipercayai amaran awal.
Dalam pada itu, seorang pegawai kerajaan negeri memaklumkan kepada Reuters, dari siasatan, kejadian yang terjadi kerana berlakunya pencairan, proses kandungan padu pasir hilang kekuatan dan kekerasan yang kemudiannya bertukar menjadi cecair.
Wartawan BBC, Julia Carneiro turut menyatakan, punca empangan pecah milik anak syarikat Vale, tiga tahun lalu di Maria-na juga adalah ekoran pencairan struktur tanah.
"Kedua-dua empangan ini dibina di hulu sungai dan dibina atas sisa lombong kering yang me-ngandungi campuran pasir dan tanah liat seperti lumpur," katanya.- BBC
Setakat ini, lima individu telah ditahan dan dipercayai tiga daripada mereka merupakan pegawai Vale yang bertanggungjawab dalam pemberian lesen impak alam sekitar.
Empangan terbesar Brazil yang berusia 42 tahun dan setinggi 282 kaki ketika itu dalam proses untuk dibaiki. Ketika kejadian berlaku juga pemilik empangan tersebut menyatakan ia telah lulus ujian keselamatan struktur. - CARI |
Rate
-
2
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kalau empangan BAKUN???? |
|
|
|
|
|
|
| |
|