CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

"Maaf, Saya Bukan Sengaja Mencuri" - Tertuduh Rayu Hukuman Diringankan

22-1-2019 03:00 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 2363| Komen: 8

Description: Seorang lelaki merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan terpaksa mencuri kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain bakal menyambut kelahiran anak tidak lama lagi.
Seorang lelaki merayu supaya hukuman terhadapnya diringankan dengan alasan terpaksa mencuri kerana tidak mempunyai pendapatan tetap selain bakal menyambut kelahiran anak tidak lama lagi.



Kredit foto: Harian Metro/NSTP

"Saya betul-betul minta maaf, saya bukan sengaja mencuri,” rayunya seperti dipetik daripada Harian Metro.

Tertuduh, Voon Kong Yaw, 36, mengaku bersalah kerana mencuri di hadapan Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim di Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, hari ini.

Kong Yaw didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan  yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.


Atas kesalahan itu, Kong Yaw dihukum penjara 45 hari serta denda RM1,000 dan jika gagal membayar denda, hukuman penjara akan ditambah selama tiga minggu.

Mengikut fakta kes, Kong Yaw, didapati mencuri mesin generator dari sebuah kereta di Batu 7, Jalan Tuaran, jam 12 tengah hari pada 14 Januari lalu.

Dalam kejadian, mangsa berusia 40 tahun dikatakan meninggalkan kenderaan untuk meminta rakannya mengalihkan kenderaan yang menghalang laluan masuk ke premis alat ganti berkenaan.

Ketika kembali ke kenderaannya, tertuduh dilihat sedang mengangkat sebuah mesin generator masuk ke dalam kereta sebelum melarikan diri.

Sejurus menerima panggilan daripada mangsa untuk mendapatkan bantuan, tertuduh kemudian berjaya dipintas di Jalan Tuaran By Pass. - CARI
9

Bagus
8

Marah
5

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (53 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 22-1-2019 03:50 PM
panjang tangan,terima lah hukuman
Quote EvieWanKenobi 22-1-2019 04:31 PM
dah kena tangkap baru ingat anak..
Quote supernaturalee 22-1-2019 04:41 PM
Sejurus menerima panggilan daripada mangsa untuk mendapatkan bantuan, tertuduh kemudian berjaya dipintas di Jalan Tuaran By Pass.
pantas polis buat keje



Quote cHimo 22-1-2019 05:36 PM
EvieWanKenobi replied at 22-1-2019 04:31 PM
dah kena tangkap baru ingat anak..

Alasan wajib penjenayah kat Malaysia....
Quote Decaffeinated 22-1-2019 05:52 PM
kalau ikut islam xpe mencuri kalau lapar

betulkan kalau saya silap
Quote chinta89 23-1-2019 08:55 AM
hmmmmmmmmmmmmm kesian tp mencuri tu salah
Quote runiadreamer 23-1-2019 09:18 AM
tapi betul la kadang punca jenayah camni disbbkan faktor kemiskinan kesian dia... tapi benda salah hmm
Quote arm_band 23-1-2019 02:05 PM
kesian... tapi lepas curi generator tu nak buat apa, jual balik? kalau nak berjualan, baik lah ko jual barang 'halal' dari jual barang curi

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:10 AM GMT+8 , Processed in 0.070691 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top