CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Guru Suspek Amang Seksual Parah Cuba Bunuh Diri Dalam Lokap

22-1-2019 10:24 AM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 11765| Komen: 91

Description: Seorang guru yang direman bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii cedera parah selepas dipercayai cuba membunuh diri di dalam lokap.
Seorang guru yang direman bagi membantu siasatan kes amang seksual fizikal dan seks luar tabii cedera parah selepas dipercayai cuba membunuh diri di dalam lokap.

Memetik Berita Harian, suspek yang merupakan guru sebuah sekolah menengah agama di Pulau Sebang, Alor Gajah, Melaka itu dikatakan memanjat jeriji besi untuk mencederakan dirinya ketika berada di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah.


Foto: Kosmo!

Menurut sumber, dalam kejadian 12 tengah malam kelmarin, suspek berusia 40-an yang juga warden asrama sekolah berkenaan ditemui dalam keadaan lemah oleh anggota bertugas.

“Dia dipercayai memanjat jeriji besi lokap yang tingginya lebih tiga meter untuk mencederakan dirinya.


“Anggota bertugas yang menyedari kejadian kemudian mendapatkan bantuan kecemasan, sebelum lelaki itu di bawa ke hospital menggunakan ambulans,” katanya.

Difahamkan, lelaki berkenaan mengalami patah pinggang dan kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Melaka.

Media sebelum ini melaporkan guru terbabit direman tujuh hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 377B Kanun Keseksaan. - CARI

8

Bagus
12

Marah
15

Terkejut
11

Sedih
7

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 21-1-2019 09:55 PM
Cikgu Sains dia nih.
Quote dani-rox 21-1-2019 09:58 PM
semoga lumpuh terus
Quote kucen_miang 21-1-2019 10:01 PM
tak berfungsi terus lg bagus..selamat anak org
Quote belon 21-1-2019 10:03 PM
Takut pun.. Masa buat tak ingat
Quote Syd 21-1-2019 10:04 PM
Jgn nak bunuh diri pulop lepas ni
Quote dua_chzy 21-1-2019 10:06 PM
Syd replied at 21-1-2019 09:55 PM
Cikgu Sains dia nih.

Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahkan dari sekolah lama last year sebab hada kes memedo dengan pelajar. Pengetua tatau. Dah terima perpindahan heol, baru dia taw. Cilakak pengetua sekolah lama dia diamkan kes dia.
Quote Syd 21-1-2019 10:07 PM
dua_chzy replied at 21-1-2019 10:06 PM
Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahk ...

Buang tidak.

Asik pindahhhhhhkan aja.
Quote Syd 21-1-2019 10:08 PM
dua_chzy replied at 21-1-2019 10:06 PM
Eh? Kebetulan. Cikgu gay pedo tempat ai pon cikgu Sains juga. Cikgu cemerlang okeh. Baru dipindahk ...

Chuols agak dia : -

1)  nak check anus?
2)  nak check organ pembiakan?
Quote jazaa100 21-1-2019 10:15 PM
Syd replied at 21-1-2019 10:04 PM
Jgn nak bunuh diri pulop lepas ni

Dia panjat tu sbb nak bunuh diri lah tu....
patah pinggang le pulak...


Quote dua_chzy 21-1-2019 10:27 PM
Syd replied at 21-1-2019 10:07 PM
Buang tidak.

Asik pindahhhhhhkan aja.

Takat skendel seks jangan harap la ummah gomen dibuang Syd. Mmg sedari dolu dipindahkan je huntok damage kuntrol.
Quote dua_chzy 21-1-2019 10:28 PM
Syd replied at 21-1-2019 10:08 PM
Chuols agak dia : -

1)  nak check anus?


Nak buat amali secara lansung kot.
Quote bawalputih 21-1-2019 10:40 PM
apa sebenarnya maksud amang ni
Quote Malaysia.Doom 21-1-2019 10:45 PM
amang tu sejenis lemang yang disumbat dlm lubang kunyit ke?
Quote Silver_Pearl 21-1-2019 10:45 PM
dah buat salah..lepastu pura2 nak cedera kan diri sendiri..
nanti mesti kata depression la tu...
lepastu closed case.
selamat hidup ye
Quote batmana 21-1-2019 10:46 PM
Pehal kesalahan cmni asik pindah sekolah ajA?

Kang org ckp kerjaya guru ni syurga bagi golongan pedo.psl tndkn cume pndab skolan aja
Quote sinalegna 21-1-2019 11:31 PM
bawalputih replied at 21-1-2019 10:40 PM
apa sebenarnya maksud amang ni

Harassment kut
Quote FitzTzif 22-1-2019 12:05 AM
Edited by FitzTzif at 22-1-2019 12:06 AM
bawalputih replied at 21-1-2019 10:40 PM
apa sebenarnya maksud amang ni


Assault - amang

Screenshot_20190122-000110_1.jpg

Screenshot_20190122-000124_1.jpg

Screenshot_20190121-235505_1.jpg


Quote zehra2 22-1-2019 12:21 AM
Kalo dah jenis takde iman. Jenayah seksual. Nk bunuh diri.. elok la tk mati tp patah pinggang.. biar terbaring menadah ingat balik dosa2 besar dia.
Memalukan profesion perguruan.
Quote mr_cool5885 22-1-2019 12:26 AM
Tak faham la. Panjat lokap? Jeriji tinggi 3meter? Bukan lokap tinggi nya stendet sampai siling macam rumah biasa ke?

Lihat semua komen(91)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 10:46 AM GMT+8 , Processed in 0.071431 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top