CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

'Tak Apa Dibaham Buaya Sebab Sudah Mengucap'

15-1-2019 01:45 PM| Diterbitkan: CARI-MAL| Dilihat: 3243| Komen: 19

Description: Seorang lelaki terjun ke dalam sungai dan sanggup dibaham buaya daripada dicekup penduduk kampung yang menunggu di tebing sungai selepas dia mengugut warga emas menggunakan sebilah parang.
Seorang lelaki terjun ke dalam sungai dan sanggup dibaham buaya daripada dicekup penduduk kampung yang menunggu di tebing sungai selepas dia mengugut warga emas menggunakan sebilah parang.


Memetik Sinar Harian, kejadian berlaku di Kampung Dengir, besut pada petang Isnin.


Kredit foto: Sinar Harian

Menurut seorang penduduk kampung dikenali sebagai Yusuf, 61, suspek tidak mengendahkan kata-kata penduduk kampung yang kononnya ada buaya di dalam sungai itu.

"Walaupun diugut sedemikian, lelaki tetap berdegil sebaliknya memberitahu tak apa kalau dia mati dibaham buaya sebab dia sudah mengucap," katanya.

Tambahnya, ada penduduk menggunakan perahu bagi memujuknya agar membuang golok dan naik ke atas perahu.

Bagaimanapun, suspek tetap berdegil tidak mahu membuang golok dan bergerak ke arah perahu di tengah sungai sebelum dia tenggelam dan tidak timbul.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi yang mengesahkan kejadian berkata, suspek sebelum itu dikatakan mengacukan sebilah golok kepada seorang wanita warga emas, Jawiah Ab Rahman,62.

Ketika itu, Jawiah berada di tempat ternakan lembunya di tasik, Kampung Dengir sebelum suspek tiba-tiba mendekatinya dengan golok berkenaan.

"Suspek didakwa mengacukan golok ke arah mangsa sambil mengugut untuk membunuh mangsa namun mangsa menjerit menyebabkan suspek melarikan diri dan terjun ke dalam sungai berkenaan," katanya.

Suspek yang mempunyai dua rekod dadah dikhuatiri lemas dan usaha mencari membabitkan Pasukan Bomba dan Penyelamat, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), polis dan orang awam.  - CARI
9

Bagus
17

Marah
18

Terkejut
10

Sedih
10

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (76 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Decaffeinated 15-1-2019 01:48 PM
Moga yg terjun gaung pun mengucap jua lah ya...
Quote adm7 15-1-2019 01:52 PM
Apa sebab dia ugut warga emas tu?
Quote LadyCarefree 15-1-2019 02:06 PM
Makin ramai orng melayu pilih mati atau dimatikan
Quote ninja boy 15-1-2019 02:10 PM
Buaya makan penagih dadah kalau ada HIV terjangkit
Quote mieymiey 15-1-2019 02:11 PM
Pendadih tak insaf sampai tua.
Quote kaklong32 15-1-2019 02:25 PM
dah nyusahkan bomba nak mencarik ko plak
Quote moonbug 15-1-2019 02:31 PM
Why am I not surprised that he had (or has) drug related records
Quote kikuri 15-1-2019 02:33 PM
takleh ke kalo tak cari... tunggu die timbul sendiri je... menyusahkan betoi
Quote chinta89 15-1-2019 02:38 PM
kenapa dia ugut warga emas tu? ade dadah2 tlibat tak dlm isu kali ni
Quote giyomi 15-1-2019 06:52 PM
tak faham sangat jalan citer ni, cam citer budak2 pon ada
Quote RatuDunia94 15-1-2019 07:04 PM
Golok tu apa?
Quote Nokiaman 16-1-2019 07:14 AM

parang kontot
Quote mamarock 16-1-2019 07:19 AM
Ugut sebab nak minta duit ke? Nak beli dadah?
Quote Simunggu 16-1-2019 07:28 AM
hahaha...buaya pula di fitnah...tau tau orgnya sudah menyelam lari hilang diri...konon konon di makan buaya...
Quote Manjahati 16-1-2019 08:10 AM
Dadah punya hal ke ni?? Biarkan jer lah x payah cari... Dah nk sangat mati cara gitu kann
Quote Rajawali 16-1-2019 08:58 AM
alhamdulillah..rezeki buaya.
Quote arm_band 16-1-2019 12:03 PM
kahkah bongok.... pengecut pulak tu, ugut nenek pastu cabut lari. konon sanggup nak mengadap buaya dari mengadap manusia last-last tenggelam tak timbul-timbul

rasain loh
Quote onexox97 16-1-2019 12:17 PM
Buaya ada ke kat Besut
Bukan kat Sarawak je ke ada boya
Quote grouper 16-1-2019 12:22 PM
Mana berita kat indon yg pompuan kena mkn buaya tu..badan dh putus dua masuk mulut buaya jahat sgt buaya tu

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.241020 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top