CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Fokus Lihat artikel

"Nak Kahwin, Tak Payah Grand Sangat" - PU Amin Tuju Pada Siapa Tu?

14-1-2019 12:49 PM| Diterbitkan: Lilrose| Dilihat: 6623| Komen: 36|Original author: Oleh: LilRose

Description: "Nak kahwin tak payah grand sangat," tulis pendakwah selebriti, PU Amin di laman Instagramnya.
"Nak kahwin tak payah grand sangat," tulis pendakwah selebriti, PU Amin di laman Instagramnya.

Aik, ditujukan khas buat selebriti yang baru berkahwin dalam majlis gilang-gemilang beberapa hari lalu ke ni?




Mohamad Amirul Amin Maulana Lokman Hakim, 29, yang lebih mesra disapa PU Amin dalam kemas kini terbaru di Ignya memuat naik status pedas ditujukan kepada setiap pasangan yang akan berkahwin.

Menurutnya, tidak perlu diadakan majlis besar-besaran, cukup dengan bersederhana selagi tidak membebankan.



Namun, statusnya itu mencetuskan salah faham di kalangan netizen yang menyangka ia ditujukan buat beberapa selebriti tertentu terutama Elfira Loy.


Kredit foto: IG PU Amin

Bagaimanapun, dalam temu bual bersama Harian Metro, PU Amin menafikan status itu tiada kaitan dengan mana-mana artis.

"Status dimuat naik bersifat umum dan nasihat kepada semua golongan anak muda. Tiada kaitan dengan mana-mana majlis perkahwinan artis pun.

"Kebetulan semalam saya menghadiri majlis kahwin rakan. Jadi, ramai kenalan yang masih bujang hadir. Ada antara mereka yang sedang merancang dan bercita-cita untuk mendirikan rumah tangga tahun ini.

"Mentaliti mereka, kalau nak kahwin kena buat majlis secara besar-besaran. Sedangkan, menguruskan perkahwinan perlu mengikut kemampuan masing masing. Pada pendapat saya, majlis perkahwinan yang memakan belanja besar mungkin hanya kepuasan pada hari itu semata mata," katanya kepada Harian Metro.

Siapa makan cili, dialah terasa pedasnya. Tapi, kalau benda betul dan ditegur secara baik, tidak perlu melenting dan cepat melatah ya. - CARI
7

Bagus
13

Marah
8

Terkejut
10

Sedih
12

Lawak
14

Bosan

Friends Rank (64 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote harkktuih 14-1-2019 01:06 PM
PU segala bagai x yah la menayang pkai kasut memahal kalau gitu.. Memadai berslipar jepun..
Quote haryatie 14-1-2019 01:12 PM

kalau da mampu dan bukan niat nak show off
lantak situ
Quote ninja boy 14-1-2019 01:28 PM
Majlis kawen itu menjana pendapatan memberi peluang pekerjaan
Quote Victorioussss 14-1-2019 01:32 PM
Banyak sangat ostat wannabe dari realiti lately..
Iols bkn anti ulamak, iols lg pegang y grad dari madrasah atau institut mcm alazhar dan dah pernah pergi susah payah ceramah masjid ke masjid sampaikan cara dakwah ceramah dan khutbah buat iols y jahat mcm setan ni merasa insap

Setakat ostat nk melawak, bollywood, nyanyi bole who rr yuss kan aje apetah lagi PU bagai ni
Xpernah iols minat PU PU ni..PU y iols suke sgt2 pun PUBG jah
Quote CiliPadiSedap 14-1-2019 01:39 PM
akak dulu kahwin instant 3 in 1 jimat.. tunang akad makan ( 3 in 1)
Quote chinta89 14-1-2019 01:42 PM
menyampah la ngn org yg suka wat statement2 mcm ni lps tu acah2 "sy x tujukan kpd sesiapa"

so dia mcm tetiba je benda tu keluar dari kepala otak kau? mcm tu?

Quote mygreentea 14-1-2019 01:47 PM
bersederhana je..... usah tergadai satu kg gara2 nak show off tuk sehari dua je.....
Quote sonatalady 14-1-2019 02:13 PM
Kalau mampu biarlah.
Kita yg jemputan doakan kekal hingga ke syurga.
Tp kalau yg ..ermm..faham2 sendiri..nak buat mcm mana...bkn x tau akibatnya.
Tetapkan doakan kekal hingga ke syurga.
Quote belilies 14-1-2019 02:31 PM
Iols lg tekezut bila tau yg guna personal loan utk majlis sanding. Such a waste.
Quote LipasComel 14-1-2019 03:31 PM
selalunya yg nak beria2 ni parents. sbb malu nnt kwn2 dia ckp apa, "anak2 diorg kawin grand, takkan anak kita kawin bodo2 je".gituu... yg jadi mangsa, pengantin, sebab diorg yg kena keluar duit. but still, kalau mampu, sila kan lah. jgn sebab majlis 1 hari, merana bertahun2.
Quote Lolalala 14-1-2019 04:37 PM
Jangan bila dah tua nanti gila glamer macam aimy saad tu dah la PU PU ni semua pastu claim diri Ustaz. Budget femes. Nak berdakwah tapi perli-perli. Mengambil kesempatan pada masa ada artis bUat majlis grand. Lepas tu nafi tuju pada sape2.
Quote kaklong32 14-1-2019 05:28 PM
iols nak tunggu majlis si pu ni nanti camne plak
Quote Orix 14-1-2019 07:32 PM
Edited by Orix at 14-1-2019 07:34 PM

alahai pondan ni. ekau pun gegeh menayang kasut bagai tu apsal? pakai selipar jepun jah baru 3-4hengget, apesal sebok nak berkasut bagai ??? sbb duit ekau kan? sama la jugak dgan retis sukahati la retis tu nk berhabis berjuta2 sekalipun bukan dia mintak sedekah mcm puak2 ekau asyik mintak sedekah sana sini........


lobai lembab ekonomi mana paham aliran duit dalam sistem kehidupan. yg dia tahu suh org sedekah utk sekolah tmpat ostak2 ramai kantoi pedo n meliwat budak!

bila retis bayar juta2, duit retis tu dpt kat org Isele jugak. caterer hopkos la org meleis kan, xkan retis nak hire caterer cainis pulek khuens utk jamu para tetamu dia..... pehtu caterer tu pun semua yg jd kuli n waiter semua umah meleis org Isele jugek! peluang pekerjaan utk ummah Isele jugek!

Pokok pangkalnya itu duit dia! sukahati dia la! ko sapaaaa

Quote duricinta 14-1-2019 08:45 PM
I lagi x suka bila tgk ada yg share i kawen budget sekian2 je,  pkai baju kurung makan kt lantai jer.. Simple x membazir... Rasa yg jenis cm ni lg riak sbnrnye..

Klu mampu apa salahnye, kawen pn skali jer... Lain la yg x mampu tp nk acah2 grand smpi wat personal loan sume
Quote mujer_in_espejo 14-1-2019 08:51 PM
Tak kisah kalau mampu.  kasut yg PU pakai tu pun mahal, tak semua org boleh beli. takde org nk komplen pun. Klu mampu why not. taste org lain2. ada org suka spend mahal2 kat pakaian, or majlis etc.. ada pula suka spend kat travel, techno, etc.. pokoknya why notttt???? perlu ke kita nak tunjuk zuhud 24 jam? PU2 semua ni zuhud 24jam ke?
Quote jazaa100 14-1-2019 09:04 PM
Lolalala replied at 14-1-2019 04:37 PM
Jangan bila dah tua nanti gila glamer macam aimy saad tu dah la PU PU ni semua pastu claim diri Usta ...

Kannn....

Bila ada artis buat grand...teriba kuar statement tak payah membazir lah...pastu acah acah kata tak tuju kat sesapa....

Biarlah...dah dia mampu....
Quote Lolalala 14-1-2019 10:06 PM
jazaa100 replied at 14-1-2019 09:04 PM
Kannn....

Bila ada artis buat grand...teriba kuar statement tak payah membazir lah...pastu acah ...

Menjana ekonomi jugak bila majlis grand kan. PU tu jgn pakai kasut fufu dah laaa. Dosa tau
Quote whitePoison 15-1-2019 12:00 AM
Tak guna duit kau pun,diam2 sudah laa..Kalau mampu lantak dia la nak buat grand..yang kurang mampu tu buat la setakat mampu je..Tak perlu bising2..
Quote bungarose 15-1-2019 01:03 AM
Bley pakai ker ucapan2 segala p.u nih
Deyols pun mcm hadapkan kontroversi ajer

Lihat semua komen(36)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.119693 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top