CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tonton Filem Bambi Dan Dengar Muzik Klasik Sebagai Hukuman, Boleh Berubah Ke?

24-12-2018 02:29 PM| Diterbitkan: Cari-Nurulain| Dilihat: 3026| Komen: 5|Original author: Oleh: Ain

Description: Semua kesalahan ada hukumannya dan setiap negara memperuntukkan hukuman berbeza bagi kesalahan yang dilakukan setiap individu.
Semua kesalahan ada hukumannya dan setiap negara memperuntukkan hukuman berbeza bagi kesalahan yang dilakukan setiap individu.

Tetapi, pernahkah anda terfikir individu yang melakukan kekejaman terhadap haiwan akan dikenakan hukuman menonton filem animasi Bambi?



Kredit foto: giphy.com

Pelik, bukan? Sebenarnya, ada banyak hukuman pelik dan unik dari seluruh negara yang mungkin anda belum tahu. Jom kita empat hukuman unik ini!


Tonton filem animasi Bambi


Kredit foto: NDTV.com


Memetik Tribun News, lelaki berasal dari Missouri, Amerika Syarikat (AS), David Berry Jr dipenjarakan selama setahun dan dihukum untuk menonton filem animasi terbitan Disney itu sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana membunuh ratusan rusa secara haram.


Berarak dengan keldai


Kredit foto: Queensland Times

Pada 2003, dua remaja Chicago, AS, dipenjara 45 hari dan dipaksa mengelilingi kampung dengan seekor keldai kerana mencuri dan mengotorkan patung dekorasi Hari Natal di sebuah gereja.

Jessica Lange dan Brian Patrick yang ketika itu berusia 19 tahun dipaksa membawa sepanduk dengat ayat 'Maaf atas penghinaan biadab kami'.


Bertaubat di gereja selama 10 tahun


Kredit foto: Crosswalk.com

Tyler Alred, 17, dibebaskan dari hukuman penjara selepas terbukti melakukan pembunuhan kerana kelalaian.

Remaja itu terbabit kemalangan akibat minuman keras yang mengorbankan salah seorang rakannya pada 2011. Tyler diperintahkan untuk lulus sekolah menengah, lulus kelas kimpalan, mengambil ujian dadah dan alkohol selama setahun selain menghabiskan masa selama 10 tahun untuk beribadah di gereja.


Mencari pekerjaan


Kredit foto: Inpathy Bulletin

Lelaki berusia 25 tahun dari Andalusia diperintahkan untuk keluar dari rumah ibu bapanya dalam masa 30 hari dan belajar hidup berdikari selepas membuat tuntutan di mahkamah mendakwa mereka tidak lagi menyara hidupnya.

Lelaki itu mendesak ibu bapanya memberikan wang berjumlah 355 Pounds (RM1,882) setiap bulan.


Mendengar muzik klasik


Kredit foto: Hélène Grimaud

Pada 2008, Andrew Vactor didenda 120 Pounds (RM636) kerana memasang muzik rap dengan kuat di dalam keretanya.

Hakim menawarkan hukuman lebih ringan iaitu 30 Pounds (RM159), sekiranya dia bersetuju untuk mendengar muzik klasik karya Beethoven, Bach dan Chopin selama 20 jam.

Difahamkan, hakim Susan Fornof-Lippencott mahu Vactor merasai bagaimana mendengar muzik yang tidak disukainya.

Vactor bagaimanapun hanya mampu bertahan mendengar muzik itu selama 15 minit sahaja dengan alasan tidak mahu ponteng latihan bola keranjang.


Aduhai, kreatif juga undang-undang di negara lain ya. Persoalannya, mampukah hukuman berkenaan mengubah sikap pelaku salah terbabit? - CARI
13

Bagus
9

Marah
16

Terkejut
13

Sedih
9

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (69 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matkpop 24-12-2018 05:14 PM
hukuman last tu aku pun sanggup
Quote kroit92 24-12-2018 11:07 PM
teringat cerita The Addams Family
part Friday kena pegi summer camp, dia dengan kawan dia kena kurung, paksa movie marathon Disney
Quote fly_in_d_sky 25-12-2018 09:54 PM
tengok filem disney dan dengar lagu klasik
ok jer ...
seronok per ... ehehehehe ..
Quote syadail 26-12-2018 09:04 AM
pernah tengok dokumentari dekat dewan makan penjara depa letak crita alam sekitar gunung ganang dn muzik membelai jiwa.  Utk meredakan hati inmates dan biar hati mereka jd lembut.

Mcm org Islam suruh baca Quran utk menenangkan hati.
Quote syadail 26-12-2018 09:06 AM
bagi org yg mendera kucing baru2 ni bagi hukuman dia kena jaga kucing kt pusat haiwan terbiar selama beberapa bulan. Biar dia tukar jd pencinta kucing.

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:29 AM GMT+8 , Processed in 0.050654 second(s), 34 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top