Semua kesalahan ada hukumannya dan setiap negara memperuntukkan hukuman berbeza bagi kesalahan yang dilakukan setiap individu.
Tetapi, pernahkah anda terfikir individu yang melakukan kekejaman terhadap haiwan akan dikenakan hukuman menonton filem animasi Bambi?
Kredit foto: giphy.com
Pelik, bukan? Sebenarnya, ada banyak hukuman pelik dan unik dari seluruh negara yang mungkin anda belum tahu. Jom kita empat hukuman unik ini!
Tonton filem animasi Bambi
Kredit foto: NDTV.com
Memetik Tribun News, lelaki berasal dari Missouri, Amerika Syarikat (AS), David Berry Jr dipenjarakan selama setahun dan dihukum untuk menonton filem animasi terbitan Disney itu sekurang-kurangnya sekali setiap bulan kerana membunuh ratusan rusa secara haram.
Berarak dengan keldai
Kredit foto: Queensland Times
Pada 2003, dua remaja Chicago, AS, dipenjara 45 hari dan dipaksa mengelilingi kampung dengan seekor keldai kerana mencuri dan mengotorkan patung dekorasi Hari Natal di sebuah gereja.
Jessica Lange dan Brian Patrick yang ketika itu berusia 19 tahun dipaksa membawa sepanduk dengat ayat 'Maaf atas penghinaan biadab kami'.
Bertaubat di gereja selama 10 tahun
Kredit foto: Crosswalk.com
Tyler Alred, 17, dibebaskan dari hukuman penjara selepas terbukti melakukan pembunuhan kerana kelalaian.
Remaja itu terbabit kemalangan akibat minuman keras yang mengorbankan salah seorang rakannya pada 2011. Tyler diperintahkan untuk lulus sekolah menengah, lulus kelas kimpalan, mengambil ujian dadah dan alkohol selama setahun selain menghabiskan masa selama 10 tahun untuk beribadah di gereja.
Mencari pekerjaan
Kredit foto: Inpathy Bulletin
Lelaki berusia 25 tahun dari Andalusia diperintahkan untuk keluar dari rumah ibu bapanya dalam masa 30 hari dan belajar hidup berdikari selepas membuat tuntutan di mahkamah mendakwa mereka tidak lagi menyara hidupnya.
Lelaki itu mendesak ibu bapanya memberikan wang berjumlah 355 Pounds (RM1,882) setiap bulan.
Mendengar muzik klasik
Kredit foto: Hélène Grimaud
Pada 2008, Andrew Vactor didenda 120 Pounds (RM636) kerana memasang muzik rap dengan kuat di dalam keretanya.
Hakim menawarkan hukuman lebih ringan iaitu 30 Pounds (RM159), sekiranya dia bersetuju untuk mendengar muzik klasik karya Beethoven, Bach dan Chopin selama 20 jam.
Difahamkan, hakim Susan Fornof-Lippencott mahu Vactor merasai bagaimana mendengar muzik yang tidak disukainya.
Vactor bagaimanapun hanya mampu bertahan mendengar muzik itu selama 15 minit sahaja dengan alasan tidak mahu ponteng latihan bola keranjang.
Aduhai, kreatif juga undang-undang di negara lain ya. Persoalannya, mampukah hukuman berkenaan mengubah sikap pelaku salah terbabit? - CARI |