CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Juan Pedro Franco Bukan Lagi Pemegang Rekod Lelaki Paling Gemuk Dunia

3-1-2019 11:44 AM| Diterbitkan: taniabecks92| Dilihat: 2760| Komen: 2|Original author: Oleh: Nia Mohamad

Description: Obesiti ialah satu masalah sejagat di mana satu dunia menghadapi masalah ini. Siapa yang harus dipersalahkan?Bagi Juan Pedro Franco yang berasal dari Mexico, masalah obesitinya bermula sejak kecil lag ...
Obesiti ialah satu masalah sejagat di mana satu dunia menghadapi masalah ini. Individu yang mempunyai BMI 30  dan ke atas adalah dikategorikan sebagai obes atau penghidap obesiti. Justeru siapa yang harus dipersalahkan?

Bagi Juan Pedro Franco yang berasal dari Mexico, masalah obesitinya bermula sejak kecil lagi. Berat badan Juan mencecah 60kg pada usia seawal 6 tahun. Apabila dirujuk kepada doktor, tiada tindakan awal dilakukan bagi mengesan tanda-tanda awal Juan yang rupanya menghidap penyakit Thyroid.

Kredit foto: getty images
Juan memegang rekod lelaki tergemuk dunia pada 2017, dengan berat badan mencecah 571 kilogram. Dengan berat badan sebegini, Juan hanya mampu terlantar di katil. Nasibnya baik kerana masih mempunyai ibu yang sanggup berhenti kerja demi menjaga anaknya yang tidak mampu bergerak. Ibunyalah yang memandikannya, memakaikan pakaian dan memberinya makan. 



Kredit foto: getty images
Namun begitu, setelah kes Juan Pedro diketengahkan oleh stesen televisyen, sekumpulan 30 orang doktor bersepakat untuk membantu Juan. Juan telah menjalani pembedahan bariatrik, iaitu pembedahan mengecilkan saiz perut melalui kaedah pintasan gastrik demi kesihatan Juan. Ia bertujuan mengurangkan jumlah makanan yang boleh masuk ke dalam badan, dan mengecilkan jumlah kalori yang diserap. 

Kredit foto: getty images
Selepas pembedahan itu, Juan yang berumur 32 tahun, sudah boleh berjalan walaupun masih banyak lagi berat yang perlu dikurangkan. Pembedahan yang dijalani pada 2017 itu telah mengurangkan 75 peratus daripada saiz kantung perutnya. Sejak itu, Juan terpaksa mengawal pemakanannya dengan ketat. 


Kredit foto: getty images
Kini, berat badan Juan bersamaan 300 kilogram, sekaligus membuatkan Juan bukan lagi pemegang rekod dunia lelaki paling gemuk. Berat badannya yang berjaya diturunkan menyamai berat seekor harimau, dan sekarang Juan masih perlu menurunkan berat badan yang menyamai berat seekor beruang panda. 

Jom kita tonton video kisah obesiti Juan Pedro.


Semoga Juan berjaya menurunkan berat badannya! -CARI
13

Bagus
13

Marah
10

Terkejut
17

Sedih
6

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (67 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Supersirap 3-1-2019 12:06 PM
Doakan yang terbaik sahaja
Quote Artemesiaa 3-1-2019 12:11 PM
Moga beliau berjaya mencapai berat badan ideal

Lihat semua komen(2)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.095876 second(s), 31 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top