CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

"Awak Tiada Sebab Untuk Rasa Depress" - Jangan Pandang Rendah Terhadap Depresi

3-12-2018 05:54 PM| Diterbitkan: ctsiti95| Dilihat: 3093| Komen: 17|Original author: Oleh: Syafi Bujang

Description: Sejauh manakah masyarakat memahami tentang depresi? Apakah usaha untuk membantu pesakit ini?

"Awak tak ada sebab untuk rasa depress. Kehidupan awak bahagia dekat sini."


Kecewa bukan apabila kita ingin meminta sokongan tetapi yang kita dapat hanya cemuhan dan tiada bantuan daripada orang yang kita percaya dan sayangi? Depresi, bukan lah suatu perkara baru untuk dikatakan. Ramai orang mempunyai pengetahuan tentang perkara ini, tetapi sejauh mana mereka mahu mengambil berat akan seseorang yang mempunyai penyakit sebegini?


Kredit Foto: Arah.Com


Umum mengetahui bahawa depresi dan stress bukan lah perkara yang sama. Semua orang boleh mengalami stress tetapi tidak semua orang akan mendapat depresi.  Stress merupakan tekanan yang kita rasai apabila berlaku sesuatu yang tidak menyenangkan dan stress boleh hilang jika kita sudah menyelesaikan sesuatu masalah manakala depresi pula merupakan tekanan yang tidak mampu dikawal seterusnya menjadi penyebab untuk penyakit mental.


Memetik laporan Mstar, laporan daripada pakar mengatakan bahawa berlaku peningkatan sebanyak 50 peratus pesakit depresi dari 2011 hingga 2015 di Malaysia. Laporan Pertubuhan Kesihatan Dunia atau World Health Organisation (WHO) juga menjangkakan bahawa pada tahun 2020, penyakit ini mendapat tempat kedua tertinggi  penyebab kehilangan upaya bagi seseorang itu.


Begitu juga daripada laporan Berita Harian, majoriti yang terkena penyakit ini adalah golongan wanita. Dalam laporan tersebut juga, Dr Ng Chong Guan yang merupakan Professor Bersekutu Psikiatri mengatakan bahawa seorang daripada tiga orang akan mengalami masalah mental dan berlaku peningkatan dari tahun ke tahun dengan angka membimbangkan.


Sebagai seorang manusia yang bertanggungjawab, perlu sebenarnya untuk kita mengambil berat antara satu sama lain, lebih-lebih lagi terhadap orang yang sayangkan kita atau orang yang kita sayang. Jika seseorang mengatakan bahawa terdapat tanda-tanda depresi yang dialami olehnya, adalah sangat tidak patut kita meninggalkannya dengan mengatakan "awak tiada sebab untuk merasa depress".


Kita tidak tahu apa yang berlaku pada dirinya, maka kita tidak harus menghakimi terlalu awal dengan apa yang dikatakannya. Layanan yang baik dan perkongsian kasih sayang adalah sangat penting, supaya seseorang itu akan berasa dirinya dihargai seterusnya dapat membantu untuk seseorang itu mengawal emosinya.


Foto: Misawa


Mungkin pada luarannya, kita melihat dia gembira tetapi di dalam hatinya tiada siapa yang mengerti. Apabila dia mengadu tentang masalahnya pada kita, itu bermakna kita sangat penting buatnya untuk berkongsi perasaan. Tetapi, kita sering meninggalkannya berseorangan tanpa teman untuk bercakap dan menganggap bahawa dia sudah biasa dan dia akan okay dengan keadaan itu. Persoalannya, adakah wajar untuk kita melayannya dengan cara yang begini?


Lihat kembali dalam diri kita, apa kah usaha yang telah kita lakukan untuk membantu pesakit-pesakit ini? Lihat lah ke arah wajah isteri kita, anak kita, suami kita, keluarga dan sahabat kita, pernah atau tidak mereka mengadu tentang depresi tetapi kita menganggap itu cuma perkara kecil sahaja?


Beri lah layanan yang terbaik untuk orang yang tersayang. Sudah tidak guna untuk berasa menyesal jika ada perkara buruk yang terjadi. Mencegah, lebih baik daripada mengubati. Anda mampu bertindak sekarang, dan jadilah orang yang lebih bertanggungjawab terhadap orang tersayang yang memerlukan anda untuk sentiasa ada dengannya. -CARI

9

Bagus
10

Marah
13

Terkejut
19

Sedih
11

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (75 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote salmon-suki 3-12-2018 07:39 PM
Ramai y depress tp senyap and the irony is y tak depress melaung2kan dgn bangganya y dorg tu depress..this is so frustrating and depressing!
Quote Ketypurry 3-12-2018 09:11 PM
salmon-suki: Ramai y depress tp senyap and the irony is y tak depress melaung2kan dgn bangganya y dorg tu depress..this is so frustrating and depressing!


Qiqi milo kah maksud uols?
Quote ninnakarinna 3-12-2018 10:12 PM
Call befrienders je. Luah kat situ. Tapi tadi pukul 2pm call befrienders tak angkat. Siapa la yg tak dapat masuk shift tu. Nasib baik call sebab nak borak je. Bukan terdesak sgt.
Quote MeghanK 3-12-2018 10:15 PM
salmon-suki replied at 3-12-2018 07:39 PM
Ramai y depress tp senyap and the irony is y tak depress melaung2kan dgn bangganya y dorg tu depress ...

kan uols..yang tak depress acah2 depress duk bgtau kat orang kulu kilir..macam bangga sangat ada depression

Quote salmon-suki 3-12-2018 10:32 PM
MeghanK replied at 3-12-2018 10:15 PM
kan uols..yang tak depress acah2 depress duk bgtau kat orang kulu kilir..macam bangga sangat ada d ...

Kannn sis..tataw laa penyakit apa gitu..y pastinya mmg sejenis penyakit mental lah jgk..hehehe
Quote MeghanK 3-12-2018 10:48 PM
salmon-suki replied at 3-12-2018 10:32 PM
Kannn sis..tataw laa penyakit apa gitu..y pastinya mmg sejenis penyakit mental lah jgk..hehehe

depression memang penyakit mental pon tapi sebab dia tengah in skang ni..semua pakat nak mengaku kena depression..macam ocd la..semua pakat ngaku ada ocd..padahal kau cerewet sikit je pon
Quote soy_beans 3-12-2018 11:11 PM
Aku clinical depression ttibe kwn ckp sy pn depresi.tny die. Diagnose kt mane. Die ckp.xde diagnose pn. Cume tgk simptom tau la sy cmtu.
Ape ke heiiiii. Aku nk dpt diagnosis pn jmpe pakar. Benci betul manusia mulut lembik. Acah betol
Quote salmon-suki 4-12-2018 12:05 AM
MeghanK replied at 3-12-2018 10:48 PM
depression memang penyakit mental pon tapi sebab dia tengah in skang ni..semua pakat nak mengaku k ...

Aah..dlu ocd..pstu bipolar..now depression..skrg mmg trend org ngaku sakit jiwa kan..tgk ler pasni sakit ape lagi y akan jd trending..

Zaman dlu2 kalau sakit mental,org xkan ckp psl hal tu publicly..now dah terbalik..zaman skrg..mmg proven laa next few years ramai malaysian akn sakit mental..huhu
Quote Issandra 18-5-2019 06:05 AM
Smlm i gi klinik sbb tiba2 mcm kena panic attack. Bila dah sembang2 dgn doc tu, dia suggest pergi jumpa psychatrist sbb ada simptom2 anxiety disorder n depression. Any idea tak pasal ni? Nak tanya org2, i mcm malu la. Ada sapa2 boleh tolong i x?
Quote dezy 18-5-2019 09:47 AM
Issandra replied at 18-5-2019 06:05 AM
Smlm i gi klinik sbb tiba2 mcm kena panic attack. Bila dah sembang2 dgn doc tu, dia suggest pergi ju ...

try jmpa clinical psychologist dulu.. jangan malu2.. klu u concern pasal your mental health better jmpa professional ni lah dari u wondering and worrying..
Quote Issandra 18-5-2019 11:22 AM
dezy replied at 18-5-2019 09:47 AM
try jmpa clinical psychologist dulu.. jangan malu2.. klu u concern pasal your mental health better ...

Tq @dezy. Phsycologist ke psychatrist? Apa beza ek?
Quote dezy 18-5-2019 10:42 PM
Issandra replied at 18-5-2019 11:22 AM
Tq @dezy. Phsycologist ke psychatrist? Apa beza ek?

psychiatrist - doc yg ada medical degree and then belajar lg to specialize ke arah psychiatry..bole prescribe medication kat u
psychologist - tak de medical degree tapi ada psychology degree, masters or Ph.D..tak bole bagi ubat kat patient..but bole buat therapy kat u
Quote Issandra 18-5-2019 11:39 PM
dezy replied at 18-5-2019 10:42 PM
psychiatrist - doc yg ada medical degree and then belajar lg to specialize ke arah psychiatry..bol ...

Ohhh. Ok. Tq dear. Dah buat appointment utk cek. Risau plk.
Quote dezy 19-5-2019 05:15 AM
Issandra replied at 18-5-2019 11:39 PM
Ohhh. Ok. Tq dear. Dah buat appointment utk cek. Risau plk.

welcome dear..klu mampu mmg bagus dpt seek help..tak bermakna org yg jmpa psychiatrist/psychologist tu gila nak masuk tanjung rambutan(mentaliti macik2 bawang)..
some cases jmpa psychologist bole help them manage anxiety or disorder tanpa perlu ubat ubatan..semoga u baik2 je ye dear
Quote Issandra 19-5-2019 05:34 AM
Tiba2 sedih bila ada stranger doakan baik2 saja utk i. I'm touched. Huwaaaa
Kdg2 i rasa mmg i depression. Mood swing x menentu. Kurang kasih sayang. Anxiety disorder pn selalu sampai tiba2 panic attack n rasa x boleh nafas. Tq youuuuu
Quote Udebo 23-12-2019 01:55 PM
Hi..
cuba cari kawan yg boleh dengar ye..
semoga cepat baik.
Quote Artemesiaa 23-12-2019 04:16 PM
Orang deprasi jarang pamirkan keadaan mereka sebenar macam mana sebab mereka tahu tak ramai yang faham menganinya hinggalah dah sampai tahap kritikal

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 03:33 PM GMT+8 , Processed in 0.066642 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top