CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Masih Ingat Oshin? Selepas 30 Tahun Pelakon Siri 80an Itu Mahu Drama Ditayang Semula Kerana Masih Relevan

29-10-2018 12:11 PM| Diterbitkan: Sang_Pencinta| Dilihat: 35749| Komen: 194|Original author: Oleh: Sang_Pencinta

Description: Bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1980an, pasti masih terkenang salah satu drama televisyen (TV) dari Jepun yang terkenal ialtu Oshin. Drama yang berlatar belakangkan zaman Meiji sehingga tahun 19 ...

Bagi sesiapa yang membesar pada tahun 1980an, pasti masih terkenang salah satu drama televisyen (TV) dari Jepun yang terkenal ialtu Oshin. Drama yang berlatar belakangkan zaman Meiji sehingga tahun 1980an itu memaparkan suka-duka hidup seorang budak perempuan bernama Shin Tanokura atau lebih dikenali sebagai Oshin sehinggalah beliau dewasa.


Kredit Foto: Tribunnews Bogor

Drama itu memaparkan kehidupan miskin keluarga Oshin dan cabaran-cabaran yang mereka lalui. Tahun lalu, beberapa negara Asia termasuk saluran TV Jepun WakuWaku telah memutuskan untuk menayangkan semula siri itu dan mendapat sambutan hangat daripada penonton.


Kredit Foto: Wikipedia

Terbaru, pelakon yang memegang watak Oshin, Ayako Kobayashi telah datang ke Jakarta untuk kesekian kalinya bagi mempromosikan tayangan semula drama masyarakat itu. Kobayashi telah memegang watak Oshin sejak beliau berumur 10 tahun lagi.


Kredit Foto: The Vocket

Semasa ditemubual oleh media Indonesia termasuk CNN Indonesia, Kobayashi mengatakan beliau tidak menyedari populariti siri drama itu ketika masih kecil tetapi hairan mengapa beliau selalu dijemput ke negara-negara seluruh dunia. Kini, Kobayashi berbangga dengan watak Oshin kerana menjadi bahagian penting dalam kerjaya lakonannya.


Kredit Foto: Daily News

Menurut Kobayashi, beliau berhenti berlakon sementara selepas drama itu tamat untuk menyelesaikan pengajiannya. Beliau kini aktif dalam lakonan TV, radio dan pertunjukan teater. Mengulas mengenai perkembangan drama Oshin,  Kobayashi berharap stesen TV akan mula menayangkan siri itu walaupun telah 30 tahun berlalu kerana pengisiannya masih relevan sehingga kini.


Kredit Foto: CNN Indonesia

Dalam drama Oshin, beliau selalu digambarkan sebagai seseorang yang positif dan mampu menjadi inspirasi kepada golongan muda. Kobayashi berharap penonton dapat belajar sesuatu daripada watak Oshin.


Persoalannya, masih adakah penonton Oshin di Malaysia jika drama ini ditayangkan semula seperti di negara Jepun dan Indonesia? -CARI

33

Bagus
26

Marah
23

Terkejut
24

Sedih
24

Lawak
20

Bosan

Friends Rank (150 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 12:23 PM
Siapa yang tengok drama ni tandanya dah tua
Quote kikuri 29-10-2018 12:27 PM
kecik kecik dulu rajin la tengok oshin... suka tengok pipi dia yang merah merah tu... mop lantai guna kain... tapi tak ingt dah kisah oshin ni pasal apa...
Quote Themilo 29-10-2018 12:31 PM
kikuri replied at 29-10-2018 04:27 AM
kecik kecik dulu rajin la tengok oshin... suka tengok pipi dia yang merah merah tu... mop lantai gun ...

sama la, tak ingat langsung, tapi macam ada dejavu pasal budak pompuan pakai kimono terbongkok-bongkok mengelap lantai..

yang iols ingat, cuma cerita team bola tampar jepun buat somersault berpusing
Quote niena90 29-10-2018 12:49 PM
Tak pernah tahu pun cite ni. Sorry  
Quote tri-max 29-10-2018 12:52 PM
team bola tampar jepun buat somersault berpusing - akulah die hard fan hahahah
tiap2 ptg tggu pas tu practise lompat mcm org gila
Quote paz 29-10-2018 12:53 PM
Dulu masa kecik, bila uwan & atuk nak tengok semua kena tengok.

Sebab kecik sangat tak berapa paham cerita Oshin tentang apa. Menarik juga kalau ditayangkan semula.
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 12:55 PM
Generasi kita masa kini tak ada yang betul2 tengok Oshin sebab masih terlalu kecil

Tapi teringat semangat mereka tengok cerita ni dulu mesti ada sesuatu yg menarik kan?

Harap ditayangkan semula
Quote Bangku 29-10-2018 01:01 PM
Acik tengok cerita oshin ni dari dia kanak2 sampai dia tua..dari dia miskin sampai kaya..best cerita ni....
Quote penjejak-awan 29-10-2018 01:03 PM
Mesti la ingat weh..layan satu famili cerita ni..
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:10 PM
penjejak-awan replied at 29-10-2018 01:03 PM
Mesti la ingat weh..layan satu famili cerita ni..

Best ke? Sesuai ke tayang semula?
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:11 PM
Bangku replied at 29-10-2018 01:01 PM
Acik tengok cerita oshin ni dari dia kanak2 sampai dia tua..dari dia miskin sampai kaya..best cerita ...

Cerita apa ni sebenarnya? Drama berat ke?
Quote auntyaya 29-10-2018 01:13 PM
citer nie best oooo ... zaman saya ler tew
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:36 PM
auntyaya replied at 29-10-2018 01:13 PM
citer nie best oooo ... zaman saya ler tew

Best ke cerita ni Aunty?

Pasal apa? cinta2 ke atau drama laki bini rumahtangga??
Quote bemyself 29-10-2018 01:37 PM
Haah..oshin ni zman aku kanak2 riang dulu....tapi x ingat la psai apa cite ni ek..suka tngok pipi oshin yg merah tu...geram tau
Quote whadda 29-10-2018 01:38 PM
pernah tengok tapi macam samar2 je watak2 dan pelakonnye.. mesti mase ni umur aku dalam 5 6 tahun agaknye
Quote Sang_Pencinta 29-10-2018 01:40 PM
Semua ingat muka Oshin pipi merah sahaja tp ceritanya tak ingat.

Ulangtayang mesti best ni.

Japan dan Indonesia dah ulangtayang
Quote buragazz 29-10-2018 02:00 PM
tri-max replied at 29-10-2018 12:52 PM
team bola tampar jepun buat somersault berpusing - akulah die hard fan hahahah
tiap2 ptg tggu ...

Sama dengannnnn......

Aku sanggup ponteng KoKurikKulum sebab Moerro Attack...

Alamak dah tua...
Quote K_Lily 29-10-2018 02:05 PM
sila tayang semula..i tengok drama ni masa umur 7 tahun kot...
selain tu sila tayang juga miss komet, ..heeehehehehe
Quote mieymiey 29-10-2018 02:18 PM
Iols familiar nama Oshin ni tapi tak tau cerita dia pasal apa

Lihat semua komen(194)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 12:42 AM GMT+8 , Processed in 0.065698 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top